Ayni
menjenguk dari sebalik pagar, mencari kereta yang bagaikan satu sumpahan itu.
Datangkah? Tak nampak pun. Sebentar lagi bas akan datang, jadi dia ingin ke
perhentian bas. Kalau tidak dia akan ketinggalan bas. Tapi dia tak mahu kereta
itu tiba-tiba muncul semasa dia sedang menunggu bas.
Nampaknya
memang tak ada! Baguslah! Ayni menarik nafas lega. Dia membetulkan beg, ingin segera
sampai ke perhentian bas.
“Awak
cari siapa tadi?”
Luqman
bersandar di pagar, hanya tergelak melihat Ayni yang menjerit kerana terkejut.
“Awak
buat apa di sin?” tanya Ayni, mengurut dada.
“Memandangkan
awak tak mahu naik dengan pemandu, saya datang jemput awak sendirilah,” jawab
Luqman.
Ayni
segera melihat ke sekeliling. Ada segelintir pelajar yang sedang melihat-lihat
dia sambil berbisik-bisik sesama mereka. Ayni menarik tudungnya, menutup
separuh muka.
“Jomlah!”
kata Luqman. “Saya hantarkan.”
Ayni
cepat-cepat menggeleng. “Awak dah hilang akalkah? Kenapa buat macam ni?”
Luqman
berfikir sesuatu. “Saya pernah dengar sesetengah pelajar sekolah malu kalau ibu
bapa mereka datang jemput? Sebab itukah?”
Langsung
bukan!
“Tapi
saya bukan ibu bapa awak, malah saya nampak muda lagi. Jadi tak perlu malulah.”
Ya
Allah, kenapalah dia tak faham? Nampaknya dia tidak akan mengalah. Kalau Ayni
berkeras, entah-entah dia akan ikut Ayni naik bas. Lagipun dia pernah ikut Ayni
jalan kaki sampai ke rumah. Buru-buru Ayni berjalan keluar.
“Awak
nak ke mana?” tanya Luqman, mengikut dari belakang.
“Mana
kereta awak?” tanya Ayni.
“Sini,”
kata Luqman berjalan ke keretanya.
Sudahlah
keretanya begitu, dia letakkan pula dekat dengan pagar. Semua orang boleh
nampak dan pasti tertanya-tanya siapa pemilik kereta mewah itu. Habislah!
Tanpa
menunggu Luqman, Ayni terus buka pintu dan masuk sendiri. Kalau tadi cuma
menutup muka dengan tudung, kali ini dia tutup mukanya dengan beg. Dia tak tahu
sama ada cermin kereta ini cukup gelap sehingga boleh nampak ke dalam atau
tidak tapi dia tidak mahu ambil risiko. Luqman terpinga-pinga melihat kelakuan
Ayni tapi dia tidak memberi sebarang komen. Dia terus masuk ke bahagian pemandu
dan memandu pergi. Selepas jauh dari kawasan sekolah barulah Ayni bertenang
sedikit.
“Awak
nak makan dulu?” tanya Luqman.
Ayni
tidak menjawab. Rasa tidak puas hatinya kepada Luqman memuncak sekarang. Jadi
dia membisu, merenung ke luar tingkap. Dia hanya mahu pulang dan kemudian
mengurung diri di dalam bilik.
“Awak
marahkan saya?” tanya Luqman.
Sudah
tahu, mahu bertanya lagikah?
“Kenapa?”
tanya Luqman lagi. “Cakaplah, kalau tidak macam mana saya nak tahu.”
Ayni
menyilang tangan, masih merenung ke luar tingkap. Fikirlah sendiri!
“Mungkin
saya patut hantar dan jemput awak balik dari sekolah setiap hari. Barulah awak
tak marah,” kata Luqman.
Terus
Ayni berpaling. “Jangan nak mengarut!”
“Tak
bolehkah?”
“Tak
boleh!”
“Tapi
kenapa?”
“Sebab
saya tak mahu!”
“Kenapa
awak tak mahu?”
“Awak
ni…” Ayni menarik nafas. “Kenapa awak buat semua ni? Kita bukannya kenal sangat
pun.”
“Awak
tanya soalan tu lagi?” tanya Luqman kembali. “Saya rasa saya dah jelaskan pun
kenapa.”
“Jawapan
awak terlalu kabur untuk saya percaya,” rungut Ayni.
Luqman
menghela nafas. “Saya dan awak bukan kali pertama berjumpa beberapa hari yang
lepas. Rasanya awak memang dah lupakan saya. Saya tak salahkan awak sebab
pertemuan kita masa tu terlalu singkat. Lagipun saya tahu saya bukan orang yang
penting. Tapi tak apa, saya tak pernah lupa dan tak akan sesekali lupa. Orang
yang pernah buat salah pada saya pun saya ingat, apatah lagi orang yang pernah
berbudi. Bagi saya, awaklah orang yang penting sebab awak pernah tolong saya.”
“Apa
yang saya dah buat?” tanya Ayni, cuba mengingat kembali di mana dia pernah
bertemu lelaki ini.
Seingat
Ayni dia tidak pernah jumpa Luqman. Dia juga tidak pernah tolong sesiapa seumur
hidupnya sehingga memerlukan orang itu membalas budi hingga ke tahap ini.
“Semua
itu dah tak penting. Yang penting sekarang biar saya tolong awak. Awak pernah
hidup bagai seorang puteri dulu, jadi saya nak awak hidup seperti itu lagi.
Jadi tak apa kalau saya buat semua ni?”
Pantas
Ayni menggeleng. “Saya tak mahu!”
“Tapi
kenapa?”
“Sebab
saya tak mahu terhutang budi!” Ayni memandang Luqman dengan serius. “Saya tak
suka dan saya tak mahu. Saya akan hidup seperti dulu suatu hari nanti, tapi itu
atas usaha saya sendiri. Kalau saya gagal bererti setakat itu saja kemampuan
saya. Tapi sekurang-kurangnya saya mencuba.”
“Jadi
sebelum sampai masa tu, biarlah saya layan awak macam puteri dulu.”
“Awak
faham tak saya cakap tadi???”
Luqman
mengangguk. “Hendak terima itu keputusan awak. Hendak buat baik pada awak itu
pula keputusan saya. Awak dah buat keputusan awak. Ini pula keputusan saya.”
Ayni
hampir-hampir menjerit kerana marah. Bercakap dengan Luqman bagaikan berpusing
di dalam bulatan. Tidak ada penghujungnya. Jadi dia lakukan apa yang dia boleh
lakukan pada masa itu. Ayni menyilang tangan, merenung ke luar tingkap dengan
raut wajah mencuka.
“Awak
marah lagikah?” tanya Luqman.
Ayni
cuma mencebik.
“Marah
pulak tuan puteri saya ni. Macam mana saya nak pujuk ya?”
Jangan
panggil Ayni tuan puteri! Tapi disebabkan dia masih memprotes, dia hanya
menjerit di dalam hati.
“Bila
marah, pipi kembang macam tu, nampak macam ikan buntal!”
Kurang
ajar! Ini hendak memujuk atau mengutuk?
“Jangan
marah lagilah. Awak cakap apa yang awak nak, saya akan tunaikan,” pujuk Luqman.
“Awak
bukannya nak dengar pun apa yang saya nak. Nanti awak buat ikut suka hati awak
jugak,” rungut Ayni dengan sebal.
“Saya
minta maaf. Saya akan dengar kali ni. Boleh maafkan saya tak?”
Ayni
berpaling, merenung lelaki itu. “Betulkah?”
Luqman
mengangguk.
“Janji
ni?”
“Ya!
Cakaplah!”
“Satu…”
“Satu?
Ada berapa banyak permintaan awak?” Luqman mengerut dahi.
“Jangan
potong cakap saya boleh tak? Tadi awak jugak yang janji!”
“Tapi
saya rasa tak boleh banyak sangatlah. Nanti mesti banyak yang awak nak minta.
Bukan saya tak boleh tunaikan tapi mesti saya tak sanggup.”
Macam
dia boleh tahu apa yang Ayni nak minta.
“Habis
berapa?” soal Ayni.
Luqman
berfikir seketika. “Satu saja.”
“Mana
boleh! Lima!” bantah Ayni.
“Tiga!”
balas Luqman.
“Tiga?
Sikitnya!”
“Lebih
banyak dari satu.”
Ayni
mendengus. “Yalah! Tiga!”
“Deal!”
“Okey,
satu,” kata Ayni, menekan perkataan satu itu dengan geram. “Saya akan bayar
sewa sepanjang saya tinggal di rumah awak.”
“Kenapa
pulak?” tanya Luqman.
“Tadi
dah janji!”
Luqman
mengeluh. “Menyesal pulak saya janji dengan awak. Ini baru satu. Lagi dua macam
mana agaknya.”
Ayni
tergelak. “Ini yang kedua. Saya tak mahu ada pembantu rumah!”
“Tapi….”
“Janji?
Ingat tak?”
“Pembantu
rumah tu untuk senangkan awak. Saya masih ingat ‘benda hitam’ kelmarin.
Sekurang-kurangnya dia boleh tolong masakkan untuk awak,” kata Luqman, cuba
memujuk.
Kenapa
dia masih tak lupa? Tolonglah lupakan!
“Untuk
pengetahuan awak, itu bukan paling teruk yang saya masak. Setakat ni saya masih
hidup dengan sihat sampai sekarang. Jadi dia tak relevan,” balas Ayni.
“Tapi
apa kata biarkan saja dia di rumah tu. Sekurang-kurangnya dia boleh temankan
awak. Tak perlulah awak tinggal berseorangan,” pujuk Luqman lagi.
“Setakat
temankan saja?” tanya Ayni.
Laju
Luqman mengangguk.
Ayni
menghela nafas. “Okey.”
“Okey,
jadi yang ketiga?”
“Yang
ketiga, saya tak mahu dihantar atau dijemput saya ke sekolah. Baik pemandu
ataupun awak. Saya boleh naik bas. Tak susah pun! Lagi satu saya tak suka orang
nampak saya naik kereta pergi balik ke sekolah. Semua orang tahu saya orang susah.
Tiba-tiba naik kereta, semua orang akan fikir yang bukan-bukan!”
“Kenapa
perlu peduli apa orang fikir? Mereka bukannya membantu dalam hidup awak pun? Bila
susah, tak ada siapa pandang. Bila senang sikit, semua kawan baik awak. Setakat
tahu mengkritik, semua orang boleh buat?” rungut Luqman, benar-benar nampak tidak
berpuas hati.
“Saya
nak habiskan persekolahan saya dengan tenang. Tak habis-habis mereka bercakap
tentang saya. Lama-lama saya boleh jadi tertekan!”
“Macam
mana kalau kecemasan? Saya boleh jemput atau hantar awak?”
“Kecemasan
lainlah. Tapi tak kan kecemasan setiap hari?”
Luqman
mengeluh. “Yalah! Baiklah!”
“Janji?”
“Ya,
janji!” jawab Luqman, menghela nafas. “Susahnya nak senangkan hati tuan
puteri.”
“Jangan
panggil saya tuan puteri!” marah Ayni.
“Tapi
tak ada dalam perjanjian kita pun!” bantah Luqman.
“Memanglah
tak tapi gelilah!”
“Okey,
saya tak akan panggil di depan awak.”
Salah
satu pelajaran penting dalam hidup, jangan terlalu cepat meraikan sesuatu. Ayni
masih perlu banyak belajar tentang hidup!
No comments:
Post a Comment