Selepas
minum, Hazriq membawa aku ke satu kawasan perumahan. Pada awalnya dia hendak
menghantarku pulang tetapi aku berkeras untuk berada di kafe itu saja sampai
aku dapat fikir hendak ke mana. Hampir lima minit kami bertengkar di kafe!
Akhirnya dia memberi cadangan supaya aku mengikutnya.
“For
my sake, tolong ikut saya!” kata Hazriq dengan serius.
“For
your sake?” Aku menjongket kening.
“Nanti
saya risau dan akan telefon awak berkali- kali malam ni. Boleh hilang akal saya
nanti.”
Akhirnya
aku bersetuju. Lagipun aku percayakan Hazriq. Aku percaya dia tidak ada niat
jahat terhadapku.
“Rumah
siapa ni?” tanyaku apabila melihat dia membelok masuk ke sebuah rumah.
“Rumah
saya!” Dia tersenyum herot.
Boleh
aku tukar fikiran sekarang?
Tanpa
memperdulikan aku yang berfikir sama ada aku patut larikan diri atau tidak,
Hazriq keluar dan memberi salam. Eh, ada orang lainkah di rumah?
Perlahan-
lahan aku keluar, mengekorinya dari belakang. Tapi aku berhenti agak jauh dari
pintu. Aku tidak pasti sama ada aku patut ikut masuk atau tidak. Tiba- tiba
pintu dibuka dari dalam. Seorang wanita yang agak sebaya dengan ibu muncul di
pintu.
“Assalamualaikum,
ummi!” kata Hazriq, tersenyum girang. Dia terus menyalami wanita itu.
“Waalaikumsalam!
Mimpi apa balik malam- malam macam ni?” tanya wanita itu.
“Saya
rindukan ummi!” seloroh Hazriq, membuatkan wanita itu tersenyum lebar.
“Ada-
ada saja kamu ni!” Wanita itu memandangku. “Ini siapa?”
“Ummi,
ini Rania. Sebab dialah saya datang ni,” kata Hazriq. “Rania, ini Hajah Aminah,
ummi saya yang paling jelita!”
Hajah
Aminah tergelak mendengar kata- kata Hazriq.
“Ada
berapa ramai ummi kamu sampai boleh tahu mana paling jelita?” tanya Hajah
Aminah kepada Hazriq yang hanya tersengih. “Sudah, masuklah dulu! Kita berbual
di dalam!”
Aku
mengekori mereka ke ruang tamu. Hazriq duduk di sebelahku. Hajah Aminah sekali-
sekala memandang aku dengan penuh tanda tanya. Dia pasti tertanya- tanya
tentang gadis yang mengikut anak terunanya pulang malam- malam begini. Sudahlah
begitu, gadis itu bertampal di dahi lagi.
“Awak
tak tinggal di sini?” bisikku pada Hazriq.
“Tak,
sekarang saya tinggal lebih dekat dengan pejabat,” jelas Hazriq.
“Ada
sebab apa kamu datang?” tanya Hajah Aminah setelah kami duduk di sofa.
“Rania
ada masalah ummi. Sekarang dia tak dapat pulang. Saya nak minta izin ummi untuk
benarkan dia bermalam di sini. Esok, pagi- pagi saya akan hantar dia balik ke
rumah,”kata Hazriq.
“Masalah
apa sampai tak boleh balik?” Hajah Aminah nampak keliru.
Bunyi
pintu dibuka membuatkan kami bertiga berpaling. Seorang lelaki masuk sambil
memberi salam. Hajah Aminah segera bangun untuk menyambut lelaki itu.
“Lewat
abang malam ni,” kata Hajah Aminah.
“Saya
jumpa dengan kawan lama di masjid tadi. Biasalah bila dah lama tak jumpa. Itu
yang lambat balik,” jawab lelaki itu, kemudian memandang aku dan Hazriq. “Bila
kamu balik?”
“Baru
sampai walid,” jawab Hazriq, kemudian memandang aku. “Ini walid saya, Haji
Akram. Walid, ini Rania, kawan saya.”
Aku
hanya tersenyum pada Haji Akram. Dia nampak seperti seorang yang garang. Tetapi
telahanku salah apabila lelaki itu tersenyum membalas.
“Anak
dara siapa pula yang kamu culik malam- malam ni?” tanya Haji Akram seraya duduk
di depanku. Hajah Aminah duduk di sebelahnya. Aku dan Hazriq duduk bertentangan
dengan mereka.
“Bukan
macam tu walid. Tak kan saya nak culik anak dara orang! Rania ada masalah,
sebab tu saya bawa dia ke sini!” jelas Hazriq.
“Masalah
apa?” tanya Haji Akram.
Hazriq
memandang aku. Aku menghela nafas, mengangguk perlahan. Jadi dia ceritakan
secara ringkas apa yang telah berlaku. Ada beberapa perkaran yang dia rahsiakan
dari ummi dan walidnya. Aku tersentuh kerana dia masih mahu melindungiku tidak
kira pada saat ini sekalipun. Jadi secara ringkas, Haji Akram dan Hajah Aminah
tahu aku bergaduh dengan adikku tetapi tidak tahu kenapa. Mereka juga tahu yang
Dyana ada di hospital sekarang dan ahli keluarga yang lain semuanya ada di
sana.
“Hmm,
macam tu. Baiklah, kamu berehatlah dulu di sini malam ni. Tenangkan fikiran
kamu dulu. Tapi telefon keluarga kamu, maklumkan pada mereka kamu ada di mana.
Jangan sampai mereka risau,” kata Haji Akram.
“Betul
kata pakcik kamu tu. Pasti ibu kamu tercari- cari kamu nanti,” kata Hajah
Aminah pula.
“Baiklah.
Terima kasih sebab benarkan saya bermalam!” kataku.
“Tunjukkanlah
bilik tetamu untuk dia. Nampaknya dia pun letih dan perlukan rehat,” arah Haji
Akram.
“Mari
ikut makcik,” kata Hajah Aminah.
Aku
bingas bangun mengekori Hajah Aminah. Sempat aku mengerling Hazriq dan
tersenyum sebagai tanda terima kasih. Dia sendiri tersenyum membalas. Hajah
Aminah membawaku ke tingkat atas. Setelah menunjukkan bilik dan arah kiblat,
dia membawa sepasang pakaian dan tuala untuk aku menukar pakaian.
“Ini
pakaian kakak Hazriq. Entah muat atau tidak. Tapi badannya lebih kurang badan
kamu,” kata Hajah Aminah.
“Terima
kasih makcik. Tapi dia tak kisahkah kalau saya pakai pakaian dia?” tanyaku.
“Makcik
rasa dia tak akan kisah. Lagipun dia tak tinggal di sini sekarang. Dia ada di
Jordan. Lepas kahwin dia menetap di sana. Suaminya mengajar di sebuah
universiti di Jordan,” jawab Hajah Aminah.
“Macam
tu.”
“Nanti
jangan lupa telefon keluarga kamu. Jangan buat mereka risau!” pesan Hajah
Aminah.
“Baik,
makcik!”
Hajah
Aminah meninggalkan aku untuk menguruskan diri. Telefonku sekali lagi bergetar.
Aku menggigit bibir, merenung skrin. Nampaknya ibu yang cuba menelefon aku
lagi. Belum sempat aku menelefon, ibu yang berbuat begitu terlebih dahulu.
“Assalamualaikum,”
sapaku perlahan. Aku tahu ibu akan mula berleter.
Tepat
jangkaanku, ibu terus marah- marah tanpa menjawab salamku. “Kamu di mana? Ibu
ingat kamu dah pulang tapi di rumah pun tak ada. Ibu telefon pun kamu tak
jawab. Kenapa buat macam tu?”
“Maaf
ibu tapi janganlah risau. Saya ada di rumah kawan saya sekarang,” jelasku.
“Kawan
yang mana? Kenapa pula nak tidur di rumah dia? Balik ke rumah kita saja!”
Aku
mengeluh. “Malam ini biar saya tidur di sini saja. Saya nak tenangkan diri
dulu. Esok awal- awal pagi saya akan balik.”
Ibu
menghela nafas. “Ibu tak berapa suka kamu tinggal di rumah orang yang ibu tak
kenal. Tapi ibu boleh faham kenapa.”
“Jadi
ibu benarkan?”
“Cuma
untuk malam ni. Esok awal- awal pagi ibu nak kamu balik ke rumah.”
“Baik,
ibu.”
“Lagi
satu, tak perlu risau tentang Dyana. Keadaan dia sudah stabil. Dia dah sedar
pun sebelum ibu balik tadi,” kata ibu.
“O-Oh…”
“Jadi
tak perlulah risau lagi. Ibu tahu kamu risaukan keadaan dia, kan?” tanya ibu.
“Saya
tak risau pun!” Buru- buru aku menjawab.
“Ibu
kenal anak- anak ibu. Tak apalah, berehatlah dulu malam ni. Esok pagi kita
jumpa. Assalamualaikum!”
“Waalaikumsalam!”
Nampaknya
Dyana juga tak apa- apa. Baguslah kalau begitu. Aku menghela nafas. Terasa
bagaikan hilang satu tekanan yang menyesakkan sejak tadi.
Awal
pagi lagi aku bangun. Selesai membersihkan diri dan bersolat, aku terus turun
ke bawah. Hajah Aminah sudah sibuk di dapur ketika aku turun.
“Awalnya
kamu bangun,” komen Hajah Aminah.
“Saya
solat Subuh. Lepas tu saya memang tak biasa tidur balik. Makcik memasakkah? Ada
apa- apa yang saya boleh tolong?” tawarku.
“Tak
payahlah. Duduk saja di situ. Kamukan tetamu. Nanti makcik hidangkan makanan,”
kata Hajah Aminah.
“Tak
apa makcik, saya dah biasa tolong ibu. Biar saya tolong makcik hari ni,”
bantahku. Aku mencapai pisau, memotong menolong sayur untuk dimasukkan ke dalam
bihun goreng.
Hajah
Aminah tersenyum. “Dah lama tak ada orang di dapur dengan makcik. Anak
perempuan makcik dah lama tak balik. Hazriq pula bukannya suka sangat ke dapur.
Jadi makcik memang selalu seorang diri macam ni.”
“Hazriq
pernah cakap yang dia boleh memasak,” komenku.
“Dia
memang boleh memasak. Setakat nak hidup tu memang lepas. Tapi itulah, dia
memang tak minat sangat benda- benda macam ni. Kamu pandai memasak tak?” tanya
Hajah Aminah.
Aku
tersengih, menggeleng. “Tapi saya pandai menolong.”
“Tak
apa, perlahan- lahanlah belajar. Makcik mula- mula kahwin dulu pun tak pandai.
Nasib baik pakcik kamu tu tak mati keracunan!” seloroh Hajah Aminah.
Aku
tergelak kecil. “Ya, makcik!”
Hajah
Aminah menghela nafas. “Nanti bila kamu dah balik, sunyi baliklah makcik.”
“Mungkin
makcik perlu gesa Hazriq supaya cepat kahwin,” usulku secara bergurau.
“Betul
juga!” kata Hajah Aminah dengan serius. “Baik juga kalau dia cepat kahwin
dengan Nurrul Azzwa!”
Aku
terdiam mendengar kata- kata itu. Entah kenapa, aku rasa terhiris mendengarnya.
Aku tidak pasti kenapa. Tapi yang pasti, aku tidak akan dapat berjumpa dengan
Hazriq dengan lebih kerap selepas dia menjadi suami orang. Nurrul Azzwa pasti
tidak suka suaminya berjumpa dengan wanita lain, biarpun orang itu cuma kawan
baik suaminya.
“Bila
kamu nak kahwin Rania?” tanya Hajah Aminah.
“Belum
ada jodoh lagi makcik!” jawabku.
“Tak
ada calonkah?”
Aku
tersenyum pahit. “Tak ada.”
“Eh,
tak kan tak ada yang suka pada kamu?” tanya Hajah Aminah.
“Tak
ada, saya tak laku!” gurauku.
“Hesy,
tak mungkinlah! Tak apa, beritahu makcik lelaki yang macam mana yang kamu nak.
Makcik tolong carikan,” tawar Hajah Aminah.
Yang
macam Hazriq.
Eh,
apa yang aku fikir? Nanti Hajah Aminah fikir aku gatal pula!
Apabila
sedar Hajah Aminah menunggu jawapanku, aku segera menjawab secara bergurau.
“Yang cukup empat syarat itu makcik.”
“Oh,
yang macam tu! Nanti makcik carikan untuk kamu.”
Bersungguh-
sungguh pula nampaknya Hajah Aminah.
“Tak
apalah makcik, saya cuma bergurau. Bagi saya biarlah jodoh saya tu datang
sendiri,” kataku.
“Tapi
kita kena berusaha juga!” kata Hajah Aminah.
Aku
hanya tersenyum. Kalau aku menjawab tak habis juga nanti. Hampir selesai
memasak, Hazriq dan Haji Akram muncul. Nampaknya mereka ke surau untuk bersolat
bersama- sama.
“Pergi
hidangkan minuman ni. Biar makcik siapkan bihun goreng ni,” arah Hajah Aminah.
Aku
menurut, membawa minuman ke meja makan. Haji Akram yang nampak aku tersenyum.
“Tetamu
pula yang masak,” komen Haji Akram.
“Saya
cuma tolong makcik. Pakcik dan Hazriq jemputlah sarapan!” pelawaku.
“Mari
Hazriq! Hari ini ada bidadari yang hidangkan makanan untuk kita!” kata Haji
Akram dengan tersenyum girang, lalu duduk.
Hazriq
yang mengekorinya tersengih apabila nampak wajahku yang merah padam. Tidak
pernah aku digelar bidadari oleh sesiapa pun.
“Amboi
abang, hari- hari saya masakkan untuk abang, abang tak pernah pun panggil saya
bidadari!” komen Hajah Aminah yang datang membawa semangkuk besar bihun goreng.
“Sebab
awak bidadari syurga saya. Saya pernah beritahu, kan?” jawab Haji Akram.
“Itu
dulu, masa saya masih anak dara,” kata Hajah Aminah.
“Sekarang
pun sama. Tak ada yang berubahnya tentang awak. Dulu dan selamanya awak
bidadari syurga saya!”
Berseri-
seri Hajah Aminah mendengar kata- kata Haji Akram itu. Dia duduk di sebelah
suaminya dan melayani lelaki itu makan dengan mesra.
“Duduklah
makan Rania. Nanti Hazriq boleh hantarkan kamu pulang,” kata Hajah Aminah
dengan tersenyum.
Aku
mengangguk, mengambil tempat di sebelah Hazriq. Sekali- sekala aku mengerling
pasangan yang makan dengan mesra itu dengan rasa kagum. Hazriq yang perasan aku
melihat mereka mengisyaratkan agar aku makan. Nampaknya ini memang pemandangan
biasa untuknya.
“Kirim salam
pada keluarga kamu,” pesan Haji Akram.
“Baik,
pakcik!”
Hajah
Aminah memelukku. “Kalau senang datanglah lagi.”
“Insya
Allah! Terima kasih sebab benarkan saya bermalam semalam.”
“Hal
kecil saja tu. Hazriq, hantar anak dara orang pulang baik- baik!”
“Ya,
baiklah!”
Aku
memerhatikan mereka dari dalam kereta sehingga mereka hilang dari pandangan.
“Keluarga
awak memang baik,” kataku pada Hazriq.
“Sebab
itulah saya pun orang yang baik.”
Aku
tahu dia bergurau tapi apa yang dikatakannya itu juga benar. “Saya tahu.”
“Saya
berguraulah,” balas Hazriq.
“Tapi
saya tak bergurau. Saya memang maksudnya. Terima kasih,” kataku.
Hazriq
tersenyum kecil mendengar kata- kataku. “Sama- sama.”
Hazriq
menghantarku hingga ke pagar rumah. Aku melihat rumah yang kelihatan sunyi.
Mungkin ibu dan ayah sedang bersarapan.
“Masuklah
dulu. Saya tunggu sampai awak berada di dalam,” kata Hazriq.
“Nanti
sampaikan salam saya pada ummi dan walid awak. Cakap saya ucapkan terima
kasih.”
“Tapi
tadi awak dah cakap pun.”
“Berapa
kali pun tak cukup.”
“Hmm,
ya lah. Masuklah cepat!”
Hazriq
memandu pergi apabila aku berada di dalam rumah. Tepat jangkaan aku, ibu dan
ayah sedang bersarapan. Mereka saling berpandangan sebelum ibu bangun
mendapatkan aku.
“Kepala
kamu masih sakit?” tanya ibu.
“Berdenyut
sikit. Tapi saya dah makan ubat tahan sakit,” jawabku.
“Marilah
sarapan dulu. Nanti kamu berehatlah,” kata ayah.
“Tak
apa, saya dah makan tadi dengan keluarga dia. Saya berehat dulu,” kataku.
Ibu
menghantarku hingga ke bilik. Aku tahu dia ada banyak yang ingin dia tanyakan
tapi dia menahan diri. Dia duduk dibibir katil apabila aku menyelimuti badanku.
“Ibu
nak tanya apa yang dah jadi, kan?” tanyaku setelah ibu membisu dengan lama.
Ibu
menghela nafas. “Memang begitu niat ibu tapi ibu tak pasti jika sekarang ialah
masa yang sesuai.”
Aku
diam, tidak membalas.
“Ibu
dapat agak apa yang dah berlaku dan ibu tak nak salahkan sesiapa. Tapi ibu
harap sangat, demi kebahagian kamu, kamu dapat maafkan mereka. Memang kejam
permintaan ibu ni tapi ibu tahu yang kamu tidak akan rasa tenang selagi kamu
tak dapat lupakan apa yang dah berlaku. Ibu nak anak ibu bahagia,” kata ibu
dengan mata yang berkaca- kaca.
“Saya
tahu saya patut cuba maafkan mereka tapi entah kenapa, hati saya rasa berat
sangat,” luahku perlahan.
“Berilah
masa pada diri kamu untuk maafkan mereka. Ibu tahu selama ini kamu berusaha
untuk tabahkan diri dan cuba hidup seperti biasa. Jika ibu di tempat kamu,
belum tentu ibu dapat lakukan sebaik kamu. Jadi jangan rasa bersalah atau
rendah diri kalau kamu masih sukar untuk maafkan mereka kerana ibu tahu kamu
dah cuba yang terbaik,” Ibu merangkul aku, memelukku erat. “Ibu bangga dengan
kamu!”
Ayat
ibu itu menyebabkan air mata aku kembali mengalir. Aku membalas pelukkannya.
Betul kata orang, pelukan ibulah yang paling hangat. Pelukan ibu juga
membuatkan aku rasa lebih tenang.
Berikan
diriku masa untuk memaafkan mereka. Ibu dan Hazriq cakap perkara yang sama.
Tapi betulkah masa boleh merawat luka di hatiku? Berapa lama yang diperlukan
untuk melupakan apa yang telah berlaku? Sukar untuk aku menjawab soalan- soalan
ini.
Hari
terakhir hujung minggu yang sarat dengan drama ini aku habiskan dengan berehat
dikatil. Kepalaku yang awalnya cuma berdenyut- denyut mula melarat sakitnya
menjelang tengah hari. Nasib baik ia mula reda apabila malam mengunjung tiba.
Kalau tidak terpaksalah aku bercuti esok.
“Esok
kamu bekerjakah?” tanya ibu.
“Ya,
kepala saya dah tak berapa sakit lagi,” jawabku.
“Kalau
sakit jangan paksa diri,” nasihat ayah.
“Saya
memang tak apa- apa ayah!”
“Hmm,
baguslah. Buat sehari dua ni, biar ayah hantarkan kamu pergi balik ke tempat
kerja. Senang sikit hati ayah.”
Kalau
aku membantah pun pasti ayah tidak akan setuju. Jadi aku mengangguk saja.
“Esok
awal- awal pagi saya nak pergi melawat Dyana. Abang nak pergi sekali tak?”
tanya ibu kepada ayah.
Ayah
mengeluh. “Kalau diikutkan, memang saya nak ikut awak tapi saya kena pergi
kerja esok. Inikan tiga bulan terakhir saya sebelum bersara. Banyak yang perlu
saya lakukan untuk penyerahan tugas kepada orang lain.”
“Tak
apa, saya boleh ajak Sofea. Sofea ada tawarkan untuk datang jemput saya. Hadi
ada mesyuarat, jadi tak dapat datang dengan dia. Jadi dia minta saya temankan
dia. Nanti saya beritahu dia yang saya boleh datang dengan dia.”
“Baguslah
macam tu,” kata ayah.
Mereka
kembali membisu selepas itu. Ibu dan ayah pasti masih memikirkan keadaan Dyana.
Dengan usia kehamilannya yang semakin sarat, dia tidak boleh tertekan seperti
tadi. Entah kerana aku marahkan dia atau kerana terkejut melihat kepalaku yang
berdarah, aku tidak pasti punca sebenar dia begitu tertekan. Dia dan aku tidak
boleh berjumpa buat masa sekarang. Keadaan yang sama mungkin akan berulang.
Patutkah aku cuba menjauhkan diri dari dia? Tapi dia juga patut cuba menjauhkan
diri dari aku.
Malamnya
Hazriq menelefon untuk bertanya khabar.
“Esok
awak bekerjakah?” tanya Hazriq.
“Ya,
kepala saya dah tak sakit lagi,” jawabku.
“Alhamdulillah,
baguslah macam tu!”
“Awak
sampaikan tak ucapan terima kasih saya pada ummi dan walid awak?” tanyaku.
“Dah!
Tak percayakan sayakah?” tanya Hazriq.
“Bukan
macam tu. Saya takut awak terlupa.”
“Samalah!”
“Merajukkah?”
usikku.
“Ya!”
Aku
tergelak.
“Gelak
pula!” komen Hazriq.
“Habis
awak nak saya menangis?” tanyaku. “Jangan jawab!”
Hazriq
tergelak besar.
“Pergilah
berehat, esok kita jumpa untuk makan tengah hari sama- sama,” kata Hazriq.
“Baiklah,
selamat malam. Assalamualaikum!”
“Waalaikumsalam.
Selamat malam, Cik Bidadari!” kata Hazriq.
Serta-
merta terasa wajahku panas.
“Jangan
panggil macam tu! Malulah!” bentakku.
“Walid
saya panggil awakmacam tu tapi awak tak cakap apa- apa pun.” komen Hazriq.
“Dia
lain.”
“Apa
yang lainnya?” tanya Hazriq.
“Tak tahu! Selamat malam!” bentakku.
Terus
aku putuskan talian. Tanganku meraup muka. Ya lah, apa yang lainnya? Anehnya.
Kenapa perkataan yang sama mengundang emosi yang berbeza bila diungkapkan oleh
orang yang berlainan. Kenapa ya?