Selepas
sebulan berlalu, hidup aku cuba diteruskan seperti biasa. Tapi sekali- sekala
aku pasti teringatkan dia. Kadangkala aku akan mimpikan dia. Apabila terjaga
aku sedar yang itu ialah mustahil. Dia tidak akan kembali lagi.
Tapi
bukan aku seorang yang begitu. Kadang- kadang aku perasan ibu akan termenung
seorang diri. Entah apa yang dia fikirkan. Kemungkinan besar sama seperti aku.
Ayah yang paling nampak kuat di antara kami. Dia lebih banyak tersenyum dan
bergurau. Aku tahu dia memang bersedih tapi dia cuba sedaya- upaya untuk
sembunyikannya.
Kepada
ibu dan ayah, aku ceritakan tentang permintaan terakhir Dyana supaya aku
menjaga Danish bagaikan anakku sendiri. Permintaan itu tidak susah untuk
ditunaikan. Lagipun aku mula rasa sayang pada anak kecil itu.
“Furqan
hendak berpindah ke Johor,” kata ibu semasa kami makan malam seminggu sebelum
itu.
“Dia
berhenti kerja?” tanyaku, terkejut mendengar kata- kata ibu.
“Tak
adalah, dia masih kerja di syarikat yang sama. Dia minta untuk ditukarkan ke
cawangan syarikatnya di Senai,” jawab ibu.
“Siapa
yang beritahu?” tanya ayah.
“Sofea,”
jawab ibu. “Dia datang melawat semasa kamu berdua tak ada tadi.”
“Aunty
Sofea macam mana?” tanyaku.
Ibu
mengeluh. “Macam kitalah.”
Aku
mengangguk, mengerti kata- kata ibu. Sama seperti kami, dia juga pasti berusaha
untuk teruskan hidup seperti biasa.
Aku tidak lagi bertemu dengan Furqan selepas
dia berpindah. Dia terus sibukkan diri dengan kerja dan menjaga Danish. Mungkin
itu cara terbaik untuk dia mengubat kesedihan di hatinya.
Satu
perkara yang berubah ialah hubungan aku dengan Danish. Kami sudah menjadi
semakin rapat sekarang. Kerap dia menelefonku dari Johor. Sekali- sekala dia
akan pulang untuk berjumpa dengan Aunty Sofea dan Uncle Hadi. Setiap kali
itulah dia meminta untuk berjumpa dengan aku. Terasa teruja mendengar dia
memanggilku Mak Yong. Comel betul dia!
Rutin
kerjaku juga diteruskan seperti biasa. Memandangkan aku kini di tahun akhir
pengajian, aku cuba mengimbangkan pelajaran dan kerja sebaik mungkin. Bukan
mudah untuk lakukannya tetapi aku harus cuba sebaik mungkin.
Sudah
hampir sebulan juga aku tidak bertemu Hazriq. Beberapa hari selepas majlis
pengebumian Dyana, dia sekali lagi di tugaskan ke luar kawasan. Kali ini keluar
negara pula. Tapi hampir setiap hari dia menghubungi aku.
“Supaya
awak tak rindukan saya!” katanya.
Nasib
baik dia cakap melalui telefon, kalau tidak dia boleh tahu betapa merahnya
wajahku.
“Mengarut!”
Itu saja jawapanku.
Lelaki
itu cuma ketawa. Tapi biarpun dengar suaranya setiap hari, aku masih teringatkan
dia. Malu juga bila teringat macam mana aku menangis di depan dia tempoh hari.
Nasib baik dia tidak pernah mengungkit hal itu. Beberapa hari yang lepas dia
menghantar pesanan WhatsApp.
Saya akan sampai hujung
minggu nanti. Kita jumpa untuk makan tengah hari, boleh tak?
Aku
sudah menghantar jawapan membalas. Hatiku teruja untuk berjumpa dengan dia.
Hai, dah parah aku ni!
Tapi
aku terfikir juga, bagaimana kalau tiba- tiba hubungan kami dah tidak boleh
begini lagi? Dia bukan milik aku, kan? Serabut setiap kali aku terfikirkan hal
ini. Bersediakah aku untuk hidup tanpa kewujudan dia seperti sekarang?
Kerja
di pejabat agak kucar- kacir hari ini. Fail laporan yang sedang aku siapkan
tiba- tiba tidak boleh dibuka. Berkali- kali aku mencuba tapi aku mendapat
mesej yang fail itu sudah rosak. Laporan ini memang aku perlu siapkan dengan
segera dan serahkan hari ini juga. Sudahlah aku tidak buat fail sokongan.
Habislah aku macam ni!
“Tolong
hantar laporan tu, saya nak semak,” kata Encik Anas yang tiba- tiba muncul di
hadapan mejaku. Bila dia pun aku tidak sedar.
“Maafkan
saya encik. Saya memang patut siapakan hari ni. Malah saya dah hampir habis
pun. Tapi fail tu rosak, saya tak dapat buka!” jelasku dengan hati yang kecut.
Berterus-
terang memanglah membuatkan aku takut, tapi menipu pun tidak berguna juga.
Daripada terkial- kial mencari alasan lain, lebih baik aku jelaskan saja
perkara sebenar. Tepat ramalanku, wajah Encik Anas berubah.
“Tak
boleh buka langsung?” soalnya.
“Saya
tengah cuba file recovery. Walaupun tak dapat pulihkan semua, saya boleh
sambung dari apa yang saya dapat nanti,” jawabku.
Encik
Anas mengeluh dengan kuat. “Macam mana awak buat kerja sampai macam ni? Kalau
tahu fail tu penting, buat fail sokongan! Habis sekarang macam mana? Saya juga
yang susah!”
“Saya
betul- betul minta maaf Encik Anas. Saya janji saya akan usaha untuk siapkan
secepat mungkin. Insya Allah saya akan hantar hari ini juga.”
“Buatlah
macam mana sekalipun, saya nak fail tu siap cetak dan letak atas meja saya hari
ini juga!” arah Encik Anas sebelum kembali ke biliknya.
Jadi
bertungkus- lumus aku sepanjang pagi untuk menyiapkan laporan. Data yang aku
perolehi dari file recovery pun tidak
banyak membantu. Hampir separuh dari apa yang telah aku siapkan hilang. Tapi
itu lebih baik dari semuanya hilang. Aku juga masih ingat apa yang aku telah
siapkan. Nampaknya aku akan makan mee segera di meja lagi untuk rehat hari ini.
Kak
Diba dan Zura berbual- bual sambil sekali- sekala mengerling aku. Gosip apa
pula kali ini? Setahu aku, aku tidak terlibat dengan apa- apa skandal sejak
akhir- akhir ini. Lagipun keluargaku dan keluarga Furqan masih bersedih dengan
kehilangan Dyana. Aku tidak ada masa untuk terlibat dengan perkara- perkara
yang mengarut. Hesy, kalau tak ada kerja, lebih baik tolong aku! Tak nampakkah
aku tengah sibuk ni?
Tiba-
tiba Zura bangun menghampiri meja aku. Secara jujur aku memang terkejut. Dia
dengarkah kata- kata aku tadi? Tapi aku cuma ucapkan di dalam hati. Aku perasan
dia sempat mengerling Kak Diba dan wanita itu cuma tersenyum seraya menjungkit
kening.
“Rania,”
sapanya. “Dengar cerita tak?”
Aku
cuma merenung gadis di depanku ini. Dia hendak ajak aku bergosipkah? Ini kali
pertama dia menegur aku setelah sekian lama, dia hendak mengajak aku berbuat
dosa?
Tapi
Zura tidak menunggu aku menjawab. “Ada orang cakap dia dah bertunang!”
“Siapa?”
soalku secara spontan.
“Boyfriend
kaulah!” jawab Kak Diba dari mejanya.
“Siapa
boyfriend saya?” soalku lagi. Hatiku mula rasa syak tapi aku segera nafikan.
“Hazriq!”
jawab Zura dengan ceria.
Aku
terus merenung Zura dengan terkejut. “Siapa cakap?”
“Staf
dari syarikat dia datang tadi, mereka yang beritahu,” jawab Zura.
Kerana
terkejut aku membisu. Nampaknya benar apa yang aku fikirkan tadi. Aku
sepatutnya menafikan dia teman lelaki aku tetapi buat masa sekarang lidahku
kelu.
“Kau
tak tahukah?” tanya Kak Diba, tergelak- gelak.
Aku
tidak menjawab. Semakin seronok mereka berdua dengan reaksi aku. Tak boleh
begini. Aku menghela nafas, cuba kelihatan setenang mungkin.
“Dia
baru balik dari Sydney, jadi kami tak jumpa lagi. Nanti dia beritahu agaknya,”
kataku.
“Boyfriend
kau bertunang pun, kau tak kisah? Bukan dengan kau, kan?” tanya Kak Diba.
“Dia
bukan boyfriend saya!” kataku dengan suara agak keras.
“Hai,
selalu berkepit ke sana sini, bukan lagi?” sindir Zura.
Terasa
hendak tampar saja perempuan ini, tapi aku masih dapat menahan diri.
“Dia
kawan baik saya!” kataku.
“Yalah
tu!” sindir Zura lagi.
Kak
Diba yang mendengar turut senyum sinis. Mereka berdua betul- betul buat aku
meradang.
“Kalau
dia bertunang pun kenapa? Apa kena- mengena dengan kamu berdua?” soalku.
Zura
tergelak. “Memang tak ada kaitan dengan kami, tapi ada kaitan dengan kau!”
“Maksud
kau?”
“Buah
hati dah dirampas orang!” jawab Zura.
Kurang
ajar! Terasa hendak lempar kertas di tangan aku ke wajahnya. Bukan dia saja,
Kak Diba pun sama.
“Ada
masa nak berbual lagi? Laporan kamu dah siap Rania?” tengking Encik Anas. Entah
bila dia keluar dari biliknya dan bercekak pinggang berdekatan meja kami.
Zura
segera kembali ke mejanya, pura- pura menaip di komputer. Kak Diba pula tiba-
tiba membuka fail yang berada di atas mejanya sambil segera menaip. Pandai
betul mereka berdua berlakon!
“Saya
tengah siapkan,” jawabku.
“Kalau
nak kerja, buat cara nak kerja! Jangan asyik nak berbual!” kata Encik Anas
sebelum masuk kembali ke biliknya.
Aku
cuba memberi tumpuan untuk menyiapkan kerja tapi kata- kata Zura terus bermain
di mindaku. Benarkah dia sudah bertunang? Kenapa dia tak cakap apa- apa
kepadaku? Walhal boleh dikatakan hampir setiap hari kami berbual melalui
telefon. Kenapa pula dia hendak rahsiakan?
Tapi…mungkin
juga kerana dia anggap aku bukan seseorang yang penting untuk diberitahu berita
begini. Entah kenapa, berbanding semasa dikhianati Furqan, kali ini hatiku
terasa lebih sakit. Adakah kerana Hazriq lebih istimewa dihatiku?
Aku
sedar sejak dulu yang dia dan aku memang tidak boleh terlalu rapat, tapi aku
yang degil. Sekarang dia dan jadi tunangan orang, aku patut berusaha dengan
lebih kuat untuk menjauhkan diri. Tapi lebih senang bercakap dari melakukannya.
Ah, apa patut aku buat sekarang?
Aku
menggigit bibir, merenung laporan yang masih perlu disiapkan dan dihantar.
Macam mana aku hendak fokus dengan kerja sekarang?
Tapi
berjaya juga aku siapkan laporan biarpun aku terpaksa pulang lebih lewat dari
biasa. Tapi secara jujur, aku tidak fikir ia sebagus hasil kerjaku sebelum ini.
Memandangkan aku tidak dapat fokus lagi, aku hantar juga ke meja Encik Anas.
Setibanya
di rumah, aku terus ke bilik. Aku beritahu ibu dan ayah yang aku ingin berehat
kerana penat. Hendak makan pun terasa tidak berselera. Jadi lebih baik aku
berehat di bilik.
Betulkah
dia sudah bertunang? Tidak habis- habis aku fikirkan tentang hal itu. Apa kata
aku telefon saja dia untuk bertanya. Tapi hendak cakap apa?
‘Awak
dah bertunangkah? Kenapa tak cakap pun?’
Macam
tukang sibuk pula. Tapi kami kawan, kan? Apa salahnya aku tanya begitu? Tapi
kalau aku seorang kawan yang penting, mesti dia sudah beritahu aku. Ah, sakit
hati pula bila difikirkan!
Telefonku
bergetar, membuatkan aku berpaling. Macam tahu- tahu pula aku fikirkan dia. Aku
menghela nafas, mencapai telefon.
“Saya
akan pulang esok,” kata Hazriq.
“Saya
tahu,” kataku dengan suara mendatar.
Dia
diam seketika. “Kenapa awak macam tak bersemangat? Apa yang dah jadi?”
“Tak
ada apalah.”
“Maksudnya
ada apa- apalah tu.”
Aku
membisu. Patutkah aku bertanya. Tapi aku memang hendak tahu. Hesy, tanya
sajalah!
“Saya
nak tanya sesuatu, boleh tak?” tanyaku.
“Tanyalah.”
“Saya
dengar awak dah bertunang, betulkah?” tanyaku.
Dia
diam seketika. “Siapa yang beritahu awak?”
Jadi
dia tak nafikan.
“Kawan
sepejabat,” jawabku. “Maksudnya, betullah?”
Sekali
lagi dia membisu seketika. “Macam tu lah.”
Jadi
benarlah khabar angin itu. Walaupun aku memang sudah bersedia, kenapa aku masih
rasa kecewa?
“Tahniah!”
ucapku, walau hatiku terasa pedih. “Bila majlis perkahwinan awak?”
“Tak
tahu! Mereka tak bincang dengan saya pun!” jawabnya dengan dingin.
“Ya
kah?”
“Rania.”
“Ya?”
“Saya
bertunang pun atas kehendak keluarga. Mereka buat kejutan semasa saya sampai
balik semalam,” jelasnya.
Habis
apa bezanya? Ia tetap tidak mengubah apa- apa. Aku membisu. Hendak bercakap
dengan dia lagi pun terasa berat hati sekarang.
“Awak
dengar tak saya cakap tadi?” tanya Hazriq.
“Dengar,”
jawabku, menghela nafas.
“Saya…kita…”
Dia pula mengeluh. “Boleh kita jumpa esok? Kita dah janji untuk makan tengah
hari, kan?”
“Pasal
tu…saya nak minta maaf. Saya…sibuk sikit minggu ni. Minggu peperiksaan dah
dekat. Jadi saya kena banyak mengulangkaji.”
“Macam
tu.”
Kami
sama- sama membisu. Hatiku benar- benar sakit sekarang.
“Saya
nak tidur sekarang. Assalamualaikum,” kataku.
“Baiklah,
waalaikumsalam.”
Aku
menggigit bibir, meraup muka dengan kedua tangan. Semua ini salah aku! Aku yang
tidak sedar diri, terus biarkan perasaan tu wujud antara kami. Sekarang siapa
yang merana? Aku juga, kan?
Esoknya
hampir separuh pagi aku dileter oleh Encik Anas. Seperti yang aku duga laporan
yang aku telah siapkan semalam memang tidak memuaskan hatinya langsung. Tapi
aku langsung tidak dapat berikan tumpuan kepada apa yang dia katakan. Di dalam
kepalaku tidak habis- habis memikirkan satu perkara saja.
Dia
dah bertunang.
Dia
dah bertunang.
DIA
DAH BERTUNANG!
Hai,
sakitnya hati!
“Faham
tak?” tanya Encik Anas.
Laju
saja aku mengangguk. Entah apa yang dia leterkan tadi.
“Saya
nak awak baiki dan hantar balik!” Encik Anas menghempas laporan itu di depanku.
“Setakat laporan macam ni, budak sekolah pun boleh buat lebih baik dari awak!”
Tanpa
banyak soal, aku meminta diri lalu kembali ke mejaku. Zura dan Kak Diba seperti
biasa berbisik- bisik, kemudian tergelak- gelak apabila nampak aku. Ada lagi
gosip tentang akukah? Lebih baik aku cuba tumpukan pada kerja. Tidak ada benda
yang baik pun yang keluar dari mulut mereka berdua tu!
Tapi
Zura bangun mendekati aku, sama seperti semalam. Kak Diba pula memberi sokongan
dari jauh kepadanya, juga sama seperti semalam.
“Rania,
kau nak tengok tak gambar tunang Hazriq?” tanya Zura dengan penuh konspirasi.
Bibirnya mengukir senyum penuh makna. Dia menunjuk ke telefon yang berada di
tangannya.
Okay,
secara jujur aku memang hendak tengok! Tapi aku masih dapat menahan diri dari
merampas telefon itu. Mestilah aku teringin benar untuk melihat siapa orang
yang sangat istimewa di hati Hazriq itu.
Tapi
aku mesti bersabar. Jangan tunjukkan yang aku sangat berminat. Kalau tidak
mereka berdua akan menang.
“Tak
berminat!” jawabku dengan nada acuh tak acuh. Wah, aku bangga dengan diri
sendiri!
Zura
nampak keliru. “Kau tak mahu tengok wajah orang yang dah berjaya kalahkan kau
tu?”
Wahai
hati, bersabarlah! Jadi terpengaruh dengan pujukan syaitan yang menggoda aku
supaya menampar perempuan ini!
“Tak
ada kalah atau menang dalam hal ni. Kami bukannya bertanding acara sukan!”
tempelakku.
Zura
dan Kak Diba bertukar senyuman.
“Dia
memang cantik, sesuai dengan Hazriq!” kata Zura, membuatkan hati aku terbakar.
“Habis,
kenapa?” soalku dengan nada dingin.
Jangan
kalah, Rania! Jangan kalah dengan mereka!
“Kamu
berdua tak ada kerjakah?” soalku dengan suara keras. Aku menumpukan perhatian
kepada monitor komputer di hadapanku.
Mereka
berdua sama- sama tergelak, membuatkan rasa marahku makin membuak- buak.
“Tak
ada kerjakah?”
Sekali
lagi Encik Anas jadi penyelamat. Tepat masanya dia datang. Aku memang sudah
tidak dapat bersabar lebih dari ini. Mereka berdua, sama seperti semalam, tiba-
tiba sibuk menaip entah apa. Memang pelakon terbaik!
Tapi
malang bagi mereka, kali ini lama juga Encik Anas berdiri sambil bercekak
pinggang merenung kami bertiga. Aku tidak pasti apa yang mereka sibuk taipkan
tanpa henti. Hampir lima belas minit barulah Encik Anas masuk kembali ke dalam
biliknya. Mereka berdua serta- merta berhenti menaip dan kelihatan termengah-
mengah.
Secara
jujur, hatiku memang mendesak supaya aku melihat wajah gadis bertuah itu. Tapi
bila difikirkan semula, untuk apa? Yang pentingnya orang itu bukan aku. Jadi
tak ada gunanya, kan?
Beberapa
hari selepas itu, dia menelefon lagi.
“Boleh
kita jumpa minggu ni?” tanya Hazriq.
“Maaf,
saya sibuk! Ada assigment yang saya kena hantar pada kelas akan datang,”
jawabku.
Aku
tidak ada sebarang tugasan yang perlu dihantar sebenarnya. Peperiksaan pun
sudah dekat.
“Ya
kah? Lain kali sajalah,” katanya dengan nada kecewa.
Tapi
tak ada lain kali itu. Pelbagai alasan aku berikan kepada dia. Ada kelas. Ada
kerja berkumpulan. Ada sesi ulangkaji dengan teman sekuliah. Ada hal keluarga.
Ada mesyuarat. Lama- kelamaan, aku semakin kehabisan idea. Aku pasti dia
sendiri sedar yang semua ini tidak masuk akal. Sebelum ini aku memang sibuk
tapi tidaklah sesibuk begini. Lambat- laun aku terpaksa berdepan dengan dia
juga.
Paling
tidak tahan aku masih rindukan dia. Terasa ingin menatap wajah dia. terasa
ingin berbual dengan dia.
Tapi
aku sudah buat keputusan, jadi aku mesti tetapkan hati. Memang kami masih boleh
berkawan tapi bukan buat masa sekarang. Tunggulah hatiku menjadi lebih kuat,
jadi aku tidak akan goyah.
Masalahnya
bila? Hati, kenapa lebih senang untuk goyah tapi susah bila hendak menjadi
kuat?
Usahaku
mengelak dari bertemu dia berentetan dari beberapa hari hingga ke beberapa
minggu. Wah, aku sendiri kagum dengan kekuatan aku! Tak sangka aku mampu
bertahan selama ini.
Caranya
mudah saja. Jika kehabisan alasan, jangan angkat panggilan dia. Jangan balas
mesej dia. Jangan teringatkan dia. Tapi yang terakhir itu susah sikit. Tapi
asalkan terus mencuba pasti ada jalannya, insya Allah. Kadang- kala dia datang
ke pejabat untuk mencariku tapi aku bersembunyi hingga dia pergi.
Tapi
setakat itu sajalah aku dapat bertahan dari bertembung. Nasib baikku itu
nampaknya tidak berlarutan. Menjelang hampir lebih sebulan aku berusaha, dia
sendiri mencari aku dengan lebih drastik.
Petang
itu aku pulang lebih lewat dari biasa. Apabila sampai ke tempat meletak
kenderaan, aku nampak Hazriq menungguku di kereta. Dari cara dia bersandar
sambil merenung kejauhan, nampaknya dia memang sudah lama menunggu di situ.
Macam mana aku hendak elakkan dari bertemu dia sekarang? Tak kan aku tidak
balik ke rumah?
Aku
menghela nafas. Sudahlah, baik selesaikan saja hal ni hari ini. Mengelak pun
tidak ada gunanya. Sampai bila aku hendak buat begitu?
Dia
yang bersandar di keretaku segera meluruskan badan apabila nampak aku sampai.
“Kenapa
awak ada di sini?” tanyaku.
“Saya
nak jumpa awak!” jawabnya.
“Jadi
awak tunggu saya di kereta?” soalku, menjungkit kening.
“Kalau
saya tak buat begitu, entah apa lagi alasan yang awak akan bagi.”
Aku
tidak membalas. Tanganku meraba- raba mencari kunci.
“Kenapa
saya rasa awak mengelak dari jumpa saya?” tanya Hazriq apabila terlalu lama aku
membisu.
“Saya
rasa kita tak sepatutnya kerap jumpa macam ni,” jawabku.
“Kenapa?”
“Sebab
awak dah jadi tunang orang!” jelasku separuh meninggi.
“Habis
tu kenapa?” soal Hazriq.
Dia
tidak faham apa pura- pura tidak mengerti? Perlukah aku jelaskan dengan panjang
lebar kenapa dan mengapa?
“Secara
jujur saya tidak berhasrat untuk bertunang pun. Tapi tiba- tiba saya
ditunangkan. Lepas tu, awak pula tak mahu jumpa saya lagi. Apa patut saya buat
sekarang?” Dia kelihatan marah.
“Kenapa
pula awak tak mahu bertunang?” soalku hairan.
“Sebab
bukan itu yang saya mahu sekarang!”
Aku
benar- benar keliru sekarang.
“Saya
minta sangat- sangat pada awak, jangan berubah! Saya tak mahu keadaan kita jadi
macam ni,” rayu Hazriq.
“Tapi
tak eloklah saya selalu jumpa awak. Azzwa tak akan suka saya rapat dengan
tunang dia,” nasihatku, walaupun hatiku ingin benar mengiyakan kata- katanya.
Hati
janganlah goyah!
“Saya
tak peduli apa yang dia fikir!” Hazriq benar- benar marah.
Wah,
kenapa pula? Pelik benar reaksinya.
“Kenapa
dengan awak ni?” soalku.
“Saya
tak mahu kehilangan awak! Sebab kes bertunang ni, nak jumpa awak pun dah tak
boleh!”
Hah,
makin keliru aku! Macam mana kalau Nurrul Azzwa dengar semua ni? Pasti dia
fikir aku sudah sihirkan tunang dia sampai dia bercakap macam ni!
“Awak
jangan macam ni. Nanti apa orang fikir?”
Hazriq
merenung aku. “Sebab tu sajakah awak tak mahu jumpa saya?”
“Perlu
sebab lainkah?” soalku kembali.
“Jadi
kalau saya berkahwin, awak tak mahu jumpa saya langsung lepas ni?” soal Hazriq
kembali.
“Tak
adalah sampai macam tu,” jawabku.
“Tapi
itu yang awak buat sekarang!” tempelak Hazriq dengan marah.
Aku
menghela nafas. Bagaimana aku hendak jelaskan kepada dia? Dia langsung tidak
mahu dengar kata- kata aku.
“Awak…seseorang
yang penting dalam hidup saya,” kata Hazriq.
“Maksud
awak?” soalku dengan dada berdebar- debar.
“Saya…kita…”
Dia nampak gugup.
Aku
rasa jantungku bagai hendak tercabut menunggu dia menyambung kata- katanya.
“Kitakan
kawan baik!” katanya.
Terasa
hendak marah pula.
“Jadi?”
soalku.
“Kawan
jumpa kawan tak kan salah?” soal Hazriq.
“Tapi
saya risau tunang awak-”
Hazriq
terus memotong. “Jangan risaukan dia! Saya akan cakap dengan dia nanti!”
Aku
merenung Hazriq, tidak membalas.
“Saya
tak mahu kehilangan awak…sahabat baik saya,” katanya.
Ya,
sahabat baiknya! Asyik- asyik ulang ayat itu! Tapi apa yang aku mahu dengar?
Lebih dari itu? Berhentilah bermimpi dan hadapi realiti ini, Rania Aisyah! Aku
harus sedar siapa dia dan siapa aku.
Aku
merenung wajah Hazriq, seraya menghela nafas. “Okay.”
“Okay?”
“Saya
pun tak mahu kehilangan kawan baik saya ni,” jawabku.
Hazriq
menghela nafas. Dia mengukir senyum lebar di bibir.
“Tapi
kita dah tak boleh jumpa kerap sangat macam dulu. Tak kira apa pun, awak tu
tunang orang. Saya tak mahu cari pasal dengan Azzwa,” kataku.
Hazriq
mengangguk, laju. “Saya faham.”
“Kita
jumpa untuk lunch,” kataku lagi.
“Esok?”
“Ya,
esok! Saya nak balik, dah lewat ni.”
Dia
segera menjarakkan diri jauh dari pintu kereta. Tapi sempat pula dia bukakan
pintu kereta apabila aku menekan kunci.
“Jumpa
esok!” katanya.
“Ya,
baiklah!” balasku.
“Janji?”
“Janji!”
“Betul
awak janji?” tanya Hazriq lagi.
“Ya,
saya janjilah!” jawabku.
“Betul?
Tak tipu?” tanyanya lagi.
“Betul!”
“Betul?”
Okay,
aku mula rasa marah. “Tak jadilah!”
“Eh,
kenapa?” Hazriq nampak terkejut.
“Sakit
hati dengan awak!” jawabku.
“Sorry,
sorry!” Cepat dia membalas. “Okay, esok!”
“Saya balik dulu, assalamualaikum,” kataku.
“Waalaikumsalam,”
jawab Hazriq.
Dia
menunggu hingga aku benar- benar pergi. Betulkah keputusan aku ini? Tapi
mungkin ini yang terbaik. Tiba- tiba menjauhkan diri, hatiku juga yang parah.
Dia juga nampaknya sama dan tidak faham. Biarlah kami belajar secara perlahan-
lahan untuk menjarakkan hubungan kami. Dia mungkin tidak rasa apa- apa tapi aku
yang terasa kesannya. Tiba- tiba aku rasa sunyi.
No comments:
Post a Comment