Aidilfitri
itu ialah kali terakhir mereka pulang untuk bermalam sebelum satu Syawal.
Mereka masih pulang beraya tapi setakat melawat dan tidak lagi bermalam. Selain
dari hari raya pun mereka jarang pulang. Seboleh- bolehnya, kami mengelak dari
bertembung.
Ibu
dan ayah tidak memberi komen tentang situasi ini. Jika mereka rindukan cucu mereka,
mereka akan pergi melawat Danish di rumah. Kadang- kadang ibu akan bermalam
beberapa hari untuk melepaskan rindu. Sedar tidak sedar, dua tahun berlalu
begitu saja.
Hidupku
diteruskan seperti biasa. Biarpun terkial- kial dengan bebanan kerja dan tugasan
pengajian yang makin bertambah- tambah, setakat ini aku masih mampu menangani
kedua- duanya. Kerjaku dipejabat juga semakin baik apabila aku dapat
menyelesaikan projek dengan sempurna. Aku juga diberi kesempatan untuk menjadi
ketua dalam beberapa projek kumpulan.
Aku
dan Hazriq juga masih bertemu seperti biasa. Kami banyak habiskan masa bersama.
Tapi itu yang bahayanya. Aku tidak sepatutnya terlalu dekat bermain dengan api.
Silap langkah aku akan terbakar nanti.
Hari
itu kami bertemu seperti biasa. Hujung minggu memang banyak aku luangkan
bersama dia jika aku tidak sibuk atau ada kuliah. Tapi sejak datang dia melihat
skrin telefonnya. Kata hendak temankan aku hari ini tapi dia tidak habis- habis
merenung telefon.
“Kenapa
muka masam macam tu?” tanyaku, mengerut dahi melihat wajah Hazriq.
“Azzwa
nak jumpa,” kata Hazriq.
“Bila?”
tanyaku kembali.
“Sekarang
tapi saya beritahu saya ada dengan awak,” jawab Hazriq.
Jadi
dia hendak pergi berjumpa dengan Nurrul Azzwalah sekarang? Macam mana hendak
rancangan yang kami atur hari ini? Petang nanti kami bercadang untuk ke pameran
kamera yang diadakan di kawasan ini. Nampaknya terpaksalah kami pergi lain
kali.
Tapi
anehnya, entah kenapa, ada perasaan tidak senang timbul apabila memikirkan yang
dia akan berjumpa dengan Nurul Azzwa nanti. Hesy, kenapa ni? Normallah kalau
mereka hendak berjumpa. Kenapa aku kerap rasa tidak senang hati? Mungkin kerana
kami selalu bersama, aku bagaikan terlupa satu perkara yang penting.
Aku
bagaikan terlupa siapa sebenarnya Hazriq kepada aku.
Jadi
sedarlah diri dan jangan terus berangan- angan! Dia dan aku hanya sahabat baik,
tidak lebih dari itu! Jika Nurrul Azzwa hendak berjumpa dengan Hazriq, aku
tidak boleh menghalang atau berperasaan yang bukan- bukan!
“Awak
ni, pergilah jumpa dia! Nanti dia marah pula,” kataku.
“Nanti,
bukan sekarang!” kata Hazriq. “Tak kisahlah kalau dia marah. Kalau awak nak
tahu sejak akhir- akhir ni dia asyik marah saja. Lagipun, saya dah janji nak
temankan awak, kan?”
Tersenyum
lebar aku mendengar kata- katanya. Anehnya kata- kata yang langsung tidak ada
maksud mendalam itu membuatkan aku rasa sangat gembira.
“Tak
apa, saya faham,” kataku. “Jadi pergilah temankan dia. Nanti dia merajuk, susah
awak nak pujuk.”
“Awak
ni macam menghalau saya pula!” Muncung mulut Hazriq.
Aku
tergelak kecil dengan reaksinya itu. “Tak adalah macam tu. Tapi saya tak nak
awak berdua bergaduh disebabkan saya.”
“Dia
tahu yang awak kawan saya,” kata Hazriq.
“Tapi-”
Hazriq
segera memotong kata- kataku. “Tak ada tapi! Sekarang saya cuma nak habiskan
masa dengan awak. Saya nak makan aiskrim. Jom!”
Terus
dia menonong pergi. Laju pula tu. Terkejar- kejar aku di belakang. Kalau ya pun
hendak mengelak dari terus bergaduh, tak perlulah lari.
Tidak
habis di situ, aku terus memikirkan tentang perasaanku tadi selepas pulang.
Bagaimana ia bermula, aku sendiri tidak pasti. Mungkin sebab kami selalu
berjumpa, perasaan yang tidak sepatutnya sudah berputik? Adakah aku sudah mula…
Hesy,
tak kanlah!
Aku
tidak sepatutnya ada perasaan yang lebih dari seorang sahabat terhadap dia.
Lagipun dia sudah ada Nurrul Azzwa. Jangan fikir yang bukan- bukan!
Hazriq
memang seorang yang baik. Dia juga kelakar dan pandai mengambil hati. Setiap
kali bersama dia aku rasa selamat. Adakah disebabkan semua ini perasaanku mula
berubah? Aku sudah kelirukah tentang perasaan sebenar aku?
Aku
sukakan diakah? Ya.
Aku
selalu ingin bersama dia? Ya.
Aku
selalu memikirkan dia? Umm…ya? Hesy, buat apa hendak menipu? Ya!
Aku
gembira setiap kali berjumpa dia? Ya, memang ya!
Aku…cintakan
dia? Err…ya? Tidak? Aku tak tahu!
Perasaan
ini cintakah atau cuma sayang? Atau aku cuma perlukan seseorang di sisi aku
kerana tidak ada orang lain?
Mengarutlah!
Hesy,
tapi… tapi…. Hesy!!!
Ya
Allah,tapi jika benar aku cintakan dia,
apa yang aku patut lakukan sekarang?
Cukuplah
sekali aku kehilangan seorang sahabat baik. Kali ini aku tidak mahu sahabatku
hilang hanya kerana aku ada menyimpan perasaan yang tidak sepatutnya kepada
dia. Aku perlu lakukan sesuatu.
Mungkin
apa yang aku perlu lakukan ialah mengubah pandanganku. Pilihan terbaik ialah
mencari seorang teman lelaki. Apabila ada lelaki lain yang aku cintai, aku
pasti dapat belajar melupakan perasaan yang bukan- bukan kepadanya ini. Betul
tu, ini jalan paling baik!
Beberapa
hari selepas itu, aku asyik memikirkan cara untuk mencari seorang lelaki
untukku. Wah, macam gatal bunyinya! Tapi memang itu yang aku ingin lakukan.
Habis bagaimana untuk bercinta lagi jika aku berdiam diri? Istilah perigi cari
timba itu sangat sesuai sekarang untuk menggambarkan keadaanku. Ah, tapi Nabi
Muhammad S.A.W. pun dipinang oleh Siti Khadijah! Jadi apa yang aku buat ini
tidak salah!
Aku
berkira- kira untuk mendaftar di beberapa portal mencari jodoh. Tapi takut juga
hendak berjumpa orang asing dengan cara itu. Pilihan yang lain ialah meminta
bantuan ibu dan ayah. Mereka pasti akan carikan seseorang yang sesuai untukku.
Tapi untuk membuka mulut dan meminta bantuan mereka, aku rasa malu. Mungkin aku
patut tebalkan saja muka dan cakap saja.
“Kenapa
muka awak macam tu?”
Aku
memandang Hazriq yang memerhatikan aku dengan dahi berkerut. Air minuman yang
ditempahnya pun langsung tidak dihirup.
“Muka
yang macam mana?” tanyaku kembali.
“Macam
awak tengah fikirkan sesuatu,” jawab Hazriq. “Jangan fikir banyak sangat,
meletup otak awak nanti!”
Aku
menjeling dia, tidak membalas. Mungkin ini masa yang sesuai untuk aku beritahu
dia tentang keputusan yang telah aku ambil. Aku pun teringin juga hendak tahu
pendapat dia.
“Awak?”
panggilku.
“Hmm?”
“Saya
ingat saya nak minta ibu dan ayah carikan seorang lelaki untuk saya,” kataku.
Di
luar jangkaanku, Hazriq kelihatan benar- benar terperanjat. Dia terus duduk
dengan tegak, memandang aku dengan mata membulat.
“Untuk
apa?” tanya Hazriq dengan suara separuh meninggi.
“Kahwinlah!
Apa lagi?” Aku juga terperanjat dengan reaksinya.
“Eh..tapi…”
Kenapa
pula Hazriq ni? Terkejut sangatkah kalau aku hendak kahwin? Apa yang peliknya?
“Yang
awak reaksi sampai macam ni kenapa?” tanyaku dengan jengkel.
“Tak
adalah!” Dia mengusap rambut. “Kenapa tiba- tiba awak nak kahwin?”
“Bukan
tiba- tiba, dah lama pun saya fikir. Lagipun saya dah lama cukup umur. Dah
layak pun. Sampai bila saya nak bersedih pasal majlis kahwin saya yang tak jadi
tu? Lelaki tu pun dah ada anak. Dah hidup bahagia. Saya pun patut teruskan
hidup juga,” jelasku.
“Macam
tu.”
Itu
saja komennya. Pelik sangatkah kalau aku hendak kahwin?
“Awak
rasa saya tak patut buat begitu?” tanyaku.
“Buat
apa?” Dia terpinga- pinga.
“Minta
ibu dan ayah carikan jodoh untuk saya.”
Hazriq
menjawab dengan acuh tidak acuh. “Buatlah apa yang awak suka. Ini soal masa
depan awak. Tak ada kaitan dengan saya.”
Jawapan
apa begitu?
“Hmm,
macam tu. Nanti saya akan jemput awak ke majlis perkahwinan saya,” kataku,
tiba- tiba meradang dengan sikapnya.
“Okay!”
Makin
marah aku dibuatnya. Walaupun aku tahu memang bukan salah dia, aku masih tidak
dapat menahan diri dari rasa marah dan kecewa. Hmm, apa yang aku harapkan? Tak
kan dia hendak menghalang aku dari berkahwin? Dia bukannya ada perasaan kepada
aku. Lagipun dia sudah ada Nurrul Azzwa di hatinya. Sejak awal lagi aku patut
sedar. Tapi kenapa aku rasa marah bila dia tidak membantah jika aku hendak
berkahwin? Anehnya semua ini buat aku rasa tidak senang hati!
“Saya
nak balik,” kataku tiba- tiba.
“Kenapa?
Makan pun belum!” Hazriq nampak terkejut.
“Tak
jadi! Ada hal di rumah secara tiba- tiba! Nanti awak makanlah bahagian saya,”
jawabku.
“Nanti!”
Hazriq bangun mengikutku. “Kenapa dengan awak?”
“Tak
ada apa- apa. Lain kalilah kita jumpa.”
Cepat-
cepat aku berjalan ke kereta. Hazriq cuba untuk mengikut tapi pelayan restauran
telah menahannya kerana makanan kami belum dibayar. Kesempatan itu aku gunakan
untuk masuk ke kereta dan memandu pulang.
Malu
pula apabila di fikirkan sikapku tadi. Sudahlah tidak rasional, cemburu tidak
bertempat. Lepas tu aku balik macam itu saja. Aku sendiri cakap yang aku patut
belajar lupakan perasaan yang tidak sepatutnya pada dia, tapi sekarang aku
bergaduh dengan dia pula. Pasti dia keliru dengan sikapku.
Hesy,
apa yang aku fikirkan tadi!
Tapi
mengeluh pun tidak berguna. Sekarang macam mana aku hendak selesaikan perkara
ini? Lebih baik aku telefon Hazriq untuk meminta maaf. Aku tidak mahu
kehilangan dia hanya kerana tindakan bodohku tadi.
Lama
juga aku menunggu dia mengangkat telefon. Marahkah dia pada aku sampai
panggilan aku pun tidak terjawab? Mungkin aku patut cuba lain kali. Biar
hatinya sejuk dahulu. Tapi belum sempat aku memutuskan talian, Hazriq menjawab
panggilanku.
“Assalamualaikum,”
katanya dengan termengah- mengah.
“Waalaikumsalam,”
jawabku dengan dahi berkerut. “Kenapa dengan awak?”
“Saya
berlari dari tingkat atas ke bawah. Saya tak perasan telefon berbunyi. Penat
juga saya berlari,” jawab Hazriq apabila dia dapat bernafas seperti biasa.
“Awak
sibukkah?” tanyaku.
“Tak
adalah. Kenapa?”
Aku
menarik nafas. “Saya nak minta maaf pasal tadi. Saya harap awak tak tersinggung
dengan perangai saya tadi.”
Hazriq
membisu seketika. “Awak ingat senang- senang saya nak maafkan awak? Dah la
marah saya, lepas tu tinggal macam tu saja. Bil pun tak bayar!”
“Huh?”
Terkejut aku mendengarnya.
Lupa
pula masa aku balik, aku tidak bayar pun makanan kami. Kali ini giliran aku
untuk belanja pula tu.
“Saya
minta maaf awak! Saya betul- betul lupa tadi!” kataku.
“Kalau
awak nak saya maafkan awak, belanja saya makan minggu ni,” katanya.
“Belanja
makan?”
“Ya,
itu saja!” jawab Hazriq.
“Senangnya,”
komenku. “Tadi cakap macam betul- betul marah. Saya ingat awak nak saya buat
apa tadi. Tak apa, nanti saya belanja awak.”
“Heh,
macamlah saya boleh marahkan awak! Hal kecillah, tak perlu simpan dalam hati.
Tentang bil tadi pun tak payahlah risau. Saya belanja kali ni,” balas Hazriq.
Hesy,
bergurau pula dia! Aku ingatkan dia memang betul- betul serius tadi.
“Awak
ni buat saya terkejut tau tak? Saya betul- betul ingat awak marahkan saya,” kataku.
Hazriq
tergelak kecil. “Tapi seronok bila mengusik awak.”
“Awak
yang seronok, saya tak rasa seronok pun!” bentakku.
“Ya,
sebab tu lah saya yang mengusik,” kata Hazriq.
Amboi,
seronok betul dia! Geram juga aku dibuatnya.
“Ya
lah, saya belanja awak nanti!” kataku, mengalah akhirnya.
“Saya
nak makan steak di hotel lima bintang,” selorohnya.
“Jangan
nak mengada- ngada!” jawabku, membuatkan dia tergelak.
“Tapi
awak seriuskah tentang apa yang awak cakap tu?” tanya Hazriq setelah tawanya reda.
“Tentang
apa?” tanyaku.
“Tentang
kahwin tu.”
“Ya,”
jawabku dengan jujur.
“Dengan
siapa?” Hazriq seperti serius.
“Entahlah,
saya tak tahu lagi. Sebab tu saya nak mula mencari,” jawabku.
“Tapi
tak apakah kahwin dengan orang yang awak tak kenal? Awak tak kenal dia
sebenarnya bagaimana.”
“Bertahun-
tahun saya bercinta dengan Furqan tapi saya tetap tidak kenal dia juga
akhirnya. Jadi apa bezanya berkahwin dengan orang yang memang saya tak kenal?”
soalku.
Hazriq
diam seketika. “Tapi bukan semua orang seperti Furqan. Masih ada lelaki yang
boleh hargai awak seadanya.”
“Kalau
benar dia ada, saya masih belum jumpa dia.”
Kali
ini nampaknya dia tidak ada jawapan untuk itu kerana dia membisu.
“Lain
kalilah kita berbual tentang hal ini. Saya pun nak tidur awal malam ni,”
kataku.
“Hmm,
baiklah. Kita jumpa untuk makan sama- sama esok. Saya akan ke kawasan pejabat
awak,” kata Hazriq. “Mimpikan saya malam ni?”
“Kenapa
pula?” soalku.
“Wajah
kacak saya ni akan buatkan mimpi awak jadi indah,” jawabnya.
“Itu
benda paling mengarut pernah saya dengar,” kataku dengan mendatar. “Gelinya!”
Hazriq
tergelak besar. “Kita jumpa esok. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Mimpikan
dia? Heh, mengarut betul!
“Saya
dah jumpa lelaki yang sesuai untuk awak,” kata Hazriq, merenung wajahku.
“Siapa?”
tanyaku penuh tanda tanya.
Dia
menunjuk dirinya. “Saya!”
Wah,
terkejut aku dibuatnya! Sebelum sempat aku membalas, seorang wanita tiba- tiba
muncul dan menamparku dengan kuat. Terus aku terjaga.
Wanita
tadi Nurrul Azzwakah? Aku tidak nampak wajahnya tapi aku boleh rasa yang dia
memang betul- betul marah. Walaupun mimpi terasa bagaikan benar- benar
ditampar. Aku segera meraba pipi. Tak sakit, nasib baik cuma mimpi.
Ini
semua salah Hazriq! Sebab dia cakap macam tu lah aku boleh sampai terbawa- bawa
ke dalam mimpi! Hmmp! Aku terus merebahkan badan kembali, menarik selimut
dengan rasa marah. Lebih baik aku tidur. Esok aku perlu pergi kerja.
No comments:
Post a Comment