Majlis
mendekat tapi aku masih ada masa untuk keluar. Masih ada yang perlu dibeli,
jadi terpaksalah aku ke beberapa tempat untuk mendapatkan barang- barang itu. Furqan
sendiri pun sibuk dengan persiapannya untuk menolong. Tak ada sesiapa yang
boleh bantu aku. Susahnya hendak kahwin!
Tapi
jangan merungut, majlis sudah hampir pun. selepas ini aku tidak perlu bersusah-
susah lagi. Jadi bersabar sajalah sampai semua hal ni selesai.
Aku
terlalu sibuk ke sana- ke mari hingga aku hampir tidak perasan kelibat Furqan.
Dia sedang duduk di kafe berdekatan bangunan yang aku lalu. Eh, kata sibuk? Ada
masa pula duduk- duduk minum di sini?
Tapi
alang- alang sudah jumpa, lebih baik aku tegur dia. Aku pun rasa haus ni, boleh
minta dia belanja aku minuman. Dengan tersenyum lebar, aku berjalan ke arahnya.
“Nak
rahsiakan sampai bila?”
Suara
itu membuatkan aku tidak jadi menghampiri Furqan. Dia sedang bercakap dengan
siapa? Tiba- tiba Furqan berpaling ke arah aku. Cepat- cepat aku berlindung di
sebalik pokok hiasan yang besar. Harap- harap dia tidak nampak aku!
Kenapa
pula aku sembunyi?
Selepas
beberapa ketika, mereka berbual kembali. Aku mengintai melalui celah- celah
daun. Eh, Imani!
“Bukan saya nak rahsiakan,” kata Furqan.
“Habis
tu?” soal Imani dengan raut wajah tidak berpuas hati. “Takut nak beritahu
tunang awak?”
Furqan
tidak menjawab. Dia merenung ke jalan dengan raut wajah yang marah.
“Saya
tak suka rahsiakan hal- hal begini. Buatlah keputusan yang bijak. Orang yang
pandai macam awak, tak kan tak boleh berfikir apa yang terbaik,” kata Imani.
“Tak pun awak nak saya jumpa tunang awak tu?”
Menyingga
wajah Furqan. “Awak jangan nak sibuk! Lagipun bukan urusan awak pun!”
Imani
tergelak. “Saya pula menyibuk? Ikut awaklah. Memang betul awak cakap, bukan
urusan saya. Tak ada kaitan pun dengan saya!”
Apa
yang mereka bualkan? Apa yang dia takut untuk beritahu aku? Rahsia apa yang
Furqan sembunyikan dari aku? Tak kan mereka berdua ada skandal?!
Hesy,
jangan nak mengarut! Dia bakal suami aku! Dia tak kan menipu aku!
Aku
terasa seperti hendak keluar dan menyoal mereka. Tetapi kalau aku buat begitu
dan sebenarnya ini semua salah faham, Furqan akan marah dengan aku. Kami sudah
hendak kahwin, tak kan kami hendak bertengkar?
Habis
apa patut aku buat sekarang? Selepas berfikir, akhirnya aku menghayun langkah
ke arah bertentangan.
Sampai
di rumah pun, aku masih tidak habis- habis berfikir tentang mereka berdua. Aku
betul- betul ingin tahu apa yang mereka berdua bualkan. Aku pasti ada kaitan
dengan aku! Terasa menyesal tidak menerjah mereka berdua tadi. Kalau aku tanya
tapi aku yang salah, masalah besar nanti. Tapi bila tak tanya, beginilah
jadinya. Asyik fikir tak habis- habis. Padan dengan muka aku!
Telefonku
tiba- tiba bergetar. Hampir melompat aku disebabkan terkejut. Eh, Furqan!
Cepat- cepat aku menjawab panggilannya.
“Awak
buat apa?” tanya Furqan.
Tengok,
dari cara dia bercakap, langsung tidak ada tanda- tanda dia curang dengan aku!
“Tak
ada buat apa- apalah,” jawabku. “Awak buat apa hari ni?”
“Tak
ada apa- apa juga,” jawab Furqan.
“Tak
keluarkah?”
“Keluar
jumpa Imani sekejap tadi.”
Wah,
dia berterus- terang! Tapi bukankah ini maksudnya dia tidak sembunyikan apa-
apa?
“Ya
kah?” Aku pura- pura terkejut. “Ada apa jumpa dia?”
“Dia
nak cakap sikit.”
“Tentang
apa?” desakku.
“Alah,
hal bowlinglah!”
Tak
habis- habis tentang bowling! Biar betul!
“Kita
nak kahwin pun awak masih boleh bincang tentang bowling lagi?” soalku dengan
nada tidak percaya.
“Habis
awak nak saya bincang pasal persiapan majlis kita dengan dia? Tentang baju?
Tentang makanan? Tentang jemputan?”
“Tak
adalah macam tu,” gumamku.
“Saya
dan dia cuma kenal disebabkan bowling. Lain dari tu, kami memang tak ada topik
nak bincang pun.”
Membisu
aku mendengar. Mesti dia perasan yang aku cemburu!
Furqan
menghela nafas. “Awak nak ajak saya bergaduhkah? Majlis kita tinggal dua hari
saja lagi.”
“Tak
adalah, saya minta maaf,” gumamku lagi.
“Saya
tak mahu kita bergaduh,” katanya.
“Saya
pun!” balasku dengan serta- merta.
“Jadi
macam mana sekarang?” tanya Furqan.
“Saya
minta maaf,” kataku dengan perlahan. “Awak marahkah?”
Furqan
membisu seketika. “Tak adalah, biarlah.”
“Betul?”
“Ya.”
Tapi
rasa bersalah juga sebab mencurigai dia.
“Esok
mereka akan datang untuk buat persiapan,” kataku dengan tiba- tiba, segera
mengubah topik.
“Hmm,
betul juga! Pukul berapa?” balas Furqan.
Sedikit-
sebanyak kami berbual seperti biasa. Kepercayaan ialah sesuatu yang sukar. Tapi
untuk menjayakan sesebuah hubungan, ia adalah keperluan. Walaupun sehingga
sekarang hubungan kami masih belum sempurna, aku pasti kami akan ada sepanjang
hayat kami untuk menyempurnakan ikatan antara kami.
Aku
memerhatikan persiapan yang sedang berjalan lancar di luar dari balkoni rumah.
Semuanya berjalan mengikut perancangan. Pekerja- pekerja dari Butik Reesya
sibuk ke sana ke mari. Selain memasang khemah di luar, mereka juga memasang
pelamin dan menghiasi kamarku. Sebab itulah aku berada di sini sekarang. Aku
‘dihalau’ keluar dari bilik!
Berdebar-
debar aku menunggu majlis akad nikahku esok. Entah- entah aku tidak dapat tidur
lena pada malam ini. Tapi sebagai bakal pengantin, aku harus mengawal diri dan
emosi supaya nampak elegan dan menawan di hari bahagiaku nanti. Ah, apa aku
merepek ni?
Bakal
pengantin. Hehe, rasa puas asyik menyebutnya. Tidak sabar menunggu harinya
tiba. Ya Allah, bahagianya aku!
Dyana
akan pulang pada hari akad nikah. Dia tidak beritahu kenapa tetapi aku rasa
mungkin kerana dia sibuk dengan kerjanya. Berkali- kali dia minta maaf kerana
tidak dapat pulang awal untuk menemaniku. Tak apa, aku tak kisah. Jangan dia
tidak pulang langsung sudah!
Furqan
terus menyepi. Mungkin sibuk dengan persiapan pihak lelaki. Aku biarkan dia
sendiri. Lagipun aku cuma perlu bersabar
untuk sehari saja lagi kerana esok kami akan diijabkabul. Wah! Sekali- sekala
ternampak inai yang telah dilukis oleh Reesya tadi apabila dia dan pekerjanya
datang memasang pelamin untuk untuk aktiviti esok. Inai yang dilukis cantik ini
membuatkan hatiku semakin teruja.
Tiba-
tiba telefonku berdering. Nama Hazriq terpapar di skrin. Kenapa pula dia
mencari aku? Hendak tanya tentang majlis esokkah?
“Assalamualaikum,”
sapaku dengan nada ceria.
“Waalaikumsalam.
Saya nak jumpa awak,” katanya tanpa berbasa- basi.
“Saya
tak boleh keluarlah. Ada banyak hal nak dibuat di rumah. Esok kan majlis akad
nikah saya,” jawabku, cuba menolak dengan baik. Lagipun tak manis kalau aku
keluar hari ini.
“Sekejap
saja. Saya betul- betul ada hal penting yang saya nak sampaikan pada awak.
Kalau awak tak dapat datang, saya boleh jumpa awak di rumah awak!” desak
Hazriq.
Dia
sudah hilang akal agaknya? Nanti apa hendak aku beritahu ibu dan ayah. Tak kan
aku nak cakap, ‘Saya dan Hazriq memang kenal rapat. Sebab tu lah dia datang.’
Mengarut!
“Kenapa
dengan awak ni? Apa yang penting sangat sampai awak beria- ia nak jumpa saya?”
soalku dengan hairan.
“Saya
tak boleh cakap dalam telefon.”
Aku
menghela nafas. Nampaknya nekad betul dia. Kalau aku menolak, mesti dia sampai
di depan pintu pagar rumah aku.
“Baiklah.
Jumpa di mana?” Terpaksa aku akur.
Hazriq
memberitahu nama taman berdekatan kawasan kejiranan rumahku dan dia akan
menunggu di sana. Taman itu sering menjadi tumpuan orang ramai yang datang
beriadah dan berehat bersama keluarga di tepi tasik yang besar terdapat dalam
taman pada begini, jadi aku bersetuju.
“Hendak
ke mana Rania?” tanya ibu apabila nampak aku turun.
“Keluar
sekejap untuk jumpa kawan. Saya pergi dulu, ibu,” balasku sambil menyalaminya.
“Jangan
lama sangat. Esok kamu dah nak berkahwin. Darah manis, tak elok keluar kerap
sangat,” pesan ibu.
“Baik
bu.”
Sepanjang
memandu ke taman, aku berfikir- fikir sebab mengapa Hazriq ingin berjumpa
denganku. Sampai di taman, kelihatan kereta putih dan pemiliknya berada di
tempat meletak kenderaan. Ramai pengunjung berada di kawasan tasik, jadi tempat
letak kenderaan agak lengang. Aku memilih untuk meletakkan kereta di sebelah
keretanya. Hazriq datang berdiri bersebelahan pintu pemandu, menunggu aku
keluar. Nampaknya dia tidak sabar untuk beritahu aku.
“Assalamualaikum,”
sapanya.
“Waalaikumsalam.
Ada apa awak hendak jumpa saya?”
“Kita
cakap di sana,” ajak Hazriq, menunjuk ke kerusi batu yang berada berdekatan
kami.
Aku
mengangguk, mengikutnya ke sana. Selepas aku melabuhkan punggung dan Hazriq
mengambil tempat di hadapanku, dia terus membisu. Dia nampak gelisah tapi masih
belum membuka mulut.
“Kenapa
ni? Cakaplah!” gesaku.
Dia
melurut rambutnya, bersandar pada kerusi. “Susah saya nak cakap.”
“Kenapa
awak serius sangat ni? Ada apa masalahkah?”
Dia
merenungku lama. “Saya…saya tak tahu bagaimana nak cakap. Saya harap, awak
bersabar dan faham yang saya tak menipu atau berniat jahat.”
Makin
berdebar hatiku dengan perangai peliknya. “Apa dia? Cakaplah!”
“Awak
perlu tahu sesuatu. Saya rasa…saya rasa tunang awak tak setia dengan awak.”
Menyingga,
terus aku memandang wajahnya. “Awak jangan nak buat cerita!”
“Saya
tak buat cerita!” balasnya dengan serta- merta.
“Habis
awak nak tuduh tunang saya curang tu kenapa? Saya percayakan dia! Saya pasti
dia tidak akan curang dengan saya!”
“Saya
nampak dengan mata kepala saya sendiri tadi!” Hazriq sendiri mula meninggi
suara.
“Awak
dah silap oranglah!”
“Saya
betul- betul nampak dia! Orang ketiga tu pun saya nampak!”
“Awak
nampak muka perempuan tu?” soalku.
“Ya,
awak tak akan percaya kalau saya beritahu dia siapa!” jawab Hazriq.
Memang
aku tidak mahu percaya!
“Mungkin
dia berbual saja tak lebih dari tu!” sangkalku.
“Saya
boleh tahu yang mereka bukan sekadar kawan. Saya terdengar apa yang mereka
bualkan.”
“Kenapa
awak buat semua ni? Awak sengaja nak kenakan saya?” soalku, menahan rasa marah
yang amat sangat.
Wajah
Hazriq merah padam. “Buat apa saya nak kenakan awak? Awak ingat saya seronok
nak mainkan perasaan awak?”
“Habis
tu kenapa?”
“Saya
tak menipu! Saya cakap perkara yang betul!”
“Apa
yang betulnya kalau awak menipu?”
“Demi
Allah, saya sanggup bersumpah yang saya cakap hal yang betul! Saya tak kan
main- main dengan hal- hal macam ni!” kata Hazriq dengan serius.
Aku
mati akal dibuatnya. Tapi nanti dulu! Aku merenung wajahnya.
“Awak
sengaja buat cerita supaya saya tinggalkan Furqan? Sebab tu awak cakap dia
curang?”
Mata
Hazriq membulat membalas renunganku. “Saya tak sekeji tu! Lagipun apa tujuan
saya nak buat macam tu?”
“Sudah!
Jangan cakap lagi!” herdikku. “Lepas ni saya tak nak jumpa awak lagi! Jangan
awak telefon saya lagi! Assalamualaikum!”
Cepat-
cepat aku bangun, meninggalkan Hazriq yang masih nampak marah tetapi sedikit
terkejut dengan keputusanku. Dalam hati terselit rasa percaya dengan kata- kata
Hazriq tetapi berkali- kali aku mengingatkan diri yang aku mesti percayakan
Furqan. Dia tidak akan buat begitu kepada aku!
Apabila
masuk ke dalam kereta, aku mengeluarkan telefon mendail nombor Furqan. Selepas
satu deringan, aku memutuskan talian. Aku tidak boleh menyoal Furqan kesahihan
cerita ini, Furqan akan menganggap yang aku tidak mempercayai dia. Sudah berapa
kali aku biarkan sikap cemburuku menjadi punca pergaduhan kami? Kali ini
bolehkah dia maafkan aku kalau dia tahu aku lebih percayakan orang lain?
Apa
patut aku buat sekarang? Buntu aku dibuatnya. Aku mendail nombor Dyana tetapi
membatalkannya sebelum sempat dihubung lagi. Semuanya bagaikan tidak kena. Dari
jauh kelihatan Hazriq sudah dalam perjalanan ke keretanya. Cepat- cepat aku
hidupkan enjin dan memandu keluar dari kawasan tempat meletak kenderaan. Aku
tidak memandu pulang tapi tanpa arah tujuan. Yang aku tahu aku perlu ke satu
tempat, asalkan bukan di sini.
Selepas
seketika aku dapat berfikir semula. Mungkin dia cuma mereka- reka cerita. Aku
dan Furqan lebih mengenali satu sama lain berbanding orang lain. Aku tahu
Furqan pasti setia kepadaku. Betul tu. Aku mesti percayakan Furqan, bukannya rang
lain yang mungkin berniat jahat. Aku tidak pasti apa tujuan Hazriq buat semua
ini tapi aku lebih percayakan Furqan.
Aku
menghela nafas dan beristighfar. Ini pasti satu dugaan dalam hubungan kami. Aku
tidak patut membiarkan ia menjadi duri.
Telefonku
berbunyi. Hazriq lagi! Tapi baik selesaikan hal ini dengan dia sekarang. Aku
melarik skrin, kemudian membisu. Aku menunggu apa lagi yang dia cuba mainkan.
“Assalamualaikum,”
sapanya perlahan.
“Waalaikumsalam,”
jawabku dengan sedikit kasar.
“Saya
nak minta maaf atas pergaduhan kita
tadi. Saya tak patut naik angin dengan awak.”
“Jadi
awak mengaku yang awak reka cerita?” soalku.
Dengan
segera dia menyangkal. “Saya tak buat cerita! Saya memang nampak dengan mata
saya sendiri!”
“Jadi
kita tak ada benda yang nak dicakapkan!” tegasku.
“Please
Rania, jangan buat keputusan yang salah.”
Aku
mula terasa marah kembali. “Excuse me?”
“Dia
tak cintakan awak. Dia ada orang lain. Orang yang awak sangat kenal. Perempuan
tu ialah-”
Terus
aku memotong. “Jangan nak buat cerita lagi. Saya dan Furqan bakal berkahwin
esok. Jadi jangan nak buat cerita yang bukan- bukan!”
“Rania…”
“Saya
percayakan dia sepenuh hati saya. Saya percaya dia pun sama.”
“Kenapa
awak tak percayakan saya? Saya tak boleh terima lelaki yang curang dengan awak
menjadi suami awak! Awak layak untuk dapat seseorang yang lebih baik dari itu,”
bantahnya.
Aku
mendengus. “Fine! It’s nice knowing you. Terima kasih untuk segalanya sebelum
ini!”
“Tunggu-”
Terus
aku memetuskan talian. Telefon sekali lagi berdering tetapi cepat- cepat
menekan butang Cancel.
Selamat
tinggal Hazriq! Kita tak akan berjumpa lagi selepas ini!
Aku
mengerling telefon yang berkelip- kelip sejak tadi. Selepas aku pulang, Hazriq
beberapa kali cuba menghubungiku tetapi aku langsung tidak hiraukan dia. Majlis
perkahwinanku ialah pada hari esok. Aku tidak mahu peduli dengan hal- hal
negatif sebegini. Aku juga tak perlukan seorang kawan yang bermulut jahat
seperti dia.
“Rania,
kenapa dengan telefon kamu tu?” soal ayah.
“Tak
ada apalah ayah, kadang- kadang memang macam ni pun,” balasku, mencapai telefon
dan terus mematikannya.
Ayah
kembali berbual dengan ibu tentang majlis esok. Aku kembali mengelamun,
merenung televisyen.
“Dari
kamu termenung tu, pergilah tidur. Esok hari penting kamu,” kata ibu.
Aku
akur, bangun memeluk ibu dan ayah untuk mengucapkan selamat malam. Kalau terus
di sini pun aku cuma menghabiskan masa dengan termenung. Lagipun sejak pulang
tadi, hatiku terus gelisah.
Setelah
kembali ke bilik tidur, aku kembali mengelamun. Tiba- tiba aku terasa ingin
mendengar suara Furqan. Harap- harap dia menjawab panggilanku. Selepas dua kali
mencuba, suara Furqan kedengaran di hujung talian.
“Assalamualaikum.”
Sepatah
perkataan sudah cukup membuatkan aku ingin menangis. Apa yang berlaku hari ini
dan sudah lama tidak berjumpa dia membuatkan aku terlalu rindu padanya. Kalau
boleh aku ingin menatap wajahnya sekarang tapi dia akan nampak wajahku bila aku
mula menangis.
“Waalaikumsalam,”
jawabku perlahan.
“Ada
apa?”
“Awak
tengah buat apa?” soalku.
“Berehat
di bilik.”
“Awal
awak tidur?”
“Mama
mahu saya banyak berehat.”
Tidak
dapat aku jelaskan bagaimana segala keresahan tadi hilang apabila aku mendengar
suaranya. Aku tidak mahu dia berhenti bercakap.
“Esok
jangan lupa datang!” kataku, cuba bergurau.
“Boleh
buat- buat lupakah?” tanya Furqan.
“Lupa
siap awak!” ugutku.
“Tak
lupalah, tak mungkin lupa! Awak rehatlah. Awak pun perlu bangun awal esok,
kan?” katanya.
“Tak
apa, saya cuma nak berbual dengan awak lama sikit malam ni. Boleh tak?”
Dia
diam, lama juga berfikir. “Cakaplah apa yang awak nak cakap.”
Aku
tergelak kecil. “Bila cakap macam tu, saya tak tahu nak cakap apa.”
Dia
menghela nafas. “Awak sibuk hari ini?”
“Bolehlah.”
“Buat
apa?”
“Macam-
macam.”
Kami
terus berbual sehingga malam larut. Resah di hatiku menghilang selepas itu.
Cinta memang penawar terbaik. Aku yakin Furqan akan membahagiakan aku.
InsyaAllah, aku yakin dengan keputusanku ini.
No comments:
Post a Comment