Berdedar-
debar jantungku bagaikan ia ingin tercabut dari dada. Dalam beberapa jam lagi,
aku akan menjadi isteri yang sah kepada Mohd Furqan Fawwal bin Mohd Hadi. Aku
tidak putus mengucapkan syukur kerana tiba juga hari ini. Bagaikan sekejap
tempoh menunggu dan membuat persiapan itu berlalu.
Aku
sudah hendak kahwin!
Aku
meneliti inai di tanganku, tersenyum sendiri. Kedua- dua pihak telah bersetuju
yang majlis akad nikah akan di adakan selepas solat asar dirumahku.
“Where’s
the bride?”
Terkejut
aku dibuatnya! Reesya, yang juga merupakan pemilik dan juga jurusolek Butik
Reesya muncul dengan terlebih ceria secara tiba- tiba. Nasib baik aku tidak
melatah.
“Assalamualaikum,
are you ready?”
Tahu
pula beri salam. Tetapi aku cuma menjawab salamnya tanpa merungut. Sebagai
bakal pengantin, aku mesti mengekalkan aura keceriaan dan ketenangan dan zen
yang positif.
Apa
benda aku merepek ni?
Tetapi
aku duduk, membenarkan Reesya memulakan proses menyolek wajahku untuk majlis
akad nikah. Aku sedaya- upaya mengawal bibirku dari tersenyum lebar kerana
terlalu gembira.
“Where’s
the bridesmaid?” soal Reesya, merujuk kepada Dyana.
Dyana
juga akan disolekkan oleh Reesya atas permintaan aku. Cuma aku berharap dalam
diam yang Dyana tidak akan kelihatan lebih cantik dari aku walaupun itu agak
sukar kerana dia sememangnya lebih cantik dari aku, walaupun tanpa sebarang
solekkan di wajahnya.
“Dalam
perjalanan, tak lama lagi sampailah,” jawabku.
Dyana
telah menghantar mesej yang dia telah keluar dari rumah. Tapi itu beberapa jam
yang lalu. Bukannya perjalanan dari Banting ke Damansara mengambil masa terlalu
lama. Jadi aku tidak tahu mengapa dia masih belum di sini.
Aku
merenung refleksi wanita yang sedang disolek Reesya itu. Itu akukah? Dia
bagaikan wanita lain yang cantik! Walaupun aku mengambil keputusan untuk
menggunakan konsep natural, Reesya masih mampu menyerlahkan seri di wajahku.
Reesya
membantu aku mengenakan selendang putih, sebelum memakaikan tiara yang ringkas tetapi cantik untuk melengkapkan
hiasan kepala.
“You
look gorgeous!” kata Reesya dengar senyum lebar.
Dia
memuji hasil kerjanya sendirikah? Tetapi aku akui, hasil kerja Reesya memang
hebat. Tidak sia- sia aku mendapatkan khidmatnya dengan bayaran yang mahal!
“Thanks,”
kataku.
“So
bila bridesmaid sampai tolong beritahu I, okey?” Reesya mengemas kotak alat
soleknya , kemudian keluar untuk membantu dibahagian lain.
Aku
terus merenung wajahku di cermin. Wanita itu bagaikan bukan aku. Dia kelihatan
terlalu gembira, berseri- seri dan cantik. Aku pernah terfikir bagaimana aku
akan rasa di hari bahagiaku, sekarang tidak perlu fikir lagi!
Aku
tersenyum sendiri.
Terdengar
ketukan di pintu sebelum ia dikuak perlahan. Terpacul wajah Dyana yang aku
tunggu ketibaannya sejak semalam.
“Adik
kenapa?”soalku hairan. Pada hari bahagiaku ini, wajah Dyana kelihatan pucat dan
sugul.
Dia
membisu seketika sebelum menjawab. “Adik tak berapa sihat.”
Aku
berpaling, meneliti wajah Dyana. “Adik tak apa- apakah? Mungkin adik patut
berbaring, berehat sekejap.”
Dyana
tersenyum tawar. “Tak apa kak, adik tak perlu rehat. Pening sikit saja.”
“Betul
ni?”
Dia
cuma mengangguk. Dahiku berkerut, tidak berapa berpuas hati. Dyana memang
nampak lemah dan kurang sihat.
“Oh,
Reesya’s here! Dia cari adik untuk makeup,” kataku.
Raut
wajah Dyana berubah. Dia seperti ingin termuntah.
“Adik
rasa adik tak boleh mekap, bau alat solek tu buat adik rasa nak muntah.”
Seteruk
itukah? Tetapi melihat raut wajahnya, aku rasa terlalu kejam jika aku memaksa
dia. Dia memang tidak berlakon!
“Macam
mana dengan solekkan kakak? Ada bau ke?”
Dyana
menggeleng perlahan. “Tak, itu tak teruk. Cuma alat solek yang belum dipakai tu
ada bau yang lain.”
Aku
mengangguk, serba salah jadinya. Memang semua patut bergembira untuk aku hari
ini tetapi tidak ada sesiapa pun yang boleh tahu bila dia akan jatuh sakit. Aku
tidak boleh salahkan Dyana.
“Adik
berbaringlah dulu,” usulku.
“Tak
apa kak, tak elok kalau orang nampak.”
“Pedulikanlah
apa orang nak kata. Adik nampak pucat sangat.” Dahiku berkerut.
“Sikit
saja kak. Nanti baiklah. By the way, congratulations! Kakak nampak cantik
sangat!” Dyana tersenyum tawar.
“Terima
kasih!” balasku, senyum merkah di bibir.
Dyana
kembali mendiamkan diri, mengurut kepalanya sedikit. Aku menghulurkan minyak
angin untuk membantu mengurangkan peningnya tetapi dia menolak. Katanya bau itu
juga membuatkan dia terasa ingin muntah. Hesy, teruk betul nampaknya!
Akhirnya
aku membiarkan dia sendiri. Aku mencapai bunga pegang dan membetulkan lipatan
yang aku rasa rosak sedikit. Selain kemeriahan di luar, kami berdua membisu di
dalam bilik. Tiba- tiba pintu bilik dikuak, membuatkan aku sedikit terperanjat.
Bau minyak atar menerjah lubang hidungku.
“Assalamualaikum,”
kata Mak Ngah dengan suara ceria.
Tiba-
tiba Dyana bangun dan berlari keluar dengan menekup mulut. Risau dengan
reaksinya, cepat- cepat aku bangun mengikutnya dari belakang. Dyana masuk ke
bilik air dan menutup pintu. Terdengar seperti dia muntah.
“Adik?
Adik tak apa- apakah?” Aku mengetuk- ngetuk pintu.
“Tak
apa, janganlah risau!” Perlahan sahaja dia menjawab.
Aku
menunggu di depan pintu bilik air seketika sebelum mengambil keputusan untuk
kembali ke bilik. Mak Ngah masih ada di bilikku. Bau minyak atar yang
dipakainya kembali menerjah hidungku.
“Kenapa
dengan Dyana?” Mak Ngah seperti tidak berpuas hati.
“Dia
tak sihat. Sejak pagi lagi dia nampak pucat,” jelasku kepada Mak Ngah.
Kalau
aku dalam posisi Dyana, aku sendiri akan termuntah agaknya. Dia memang pening
dan tidak tahan dengan sebarang bau sejak tadi. Dia pasti tidak tahan dengan
bau dari minyak atar Mak Ngah. Aku sendiri mula rasa pening.
“Habis
tu macam mana? Bukankah dia pengapit kamu?” soal Mak Ngah.
“Esok
baiklah agaknya. Lagipun hari ini cuma akad nikah. Dia boleh berehat lagi,”
jawab aku.
Mak
Ngah mengangguk. “Baguslah macam tu. Mak Ngah cuma nak ucapkan tahniah.”
Mak
Ngah memelukku ringkas sebelum memberitahu yang dia ingin turun mencari ibu
untuk berbual. Aku kembali berseorangan di dalam bilik sebelum ibu masuk
sekejap untuk memberitahuku yang rombongan pengantin lelaki akan tiba sebentar
lagi. Aku diminta untuk menunggu sehingga dipanggil. Gementarnya hanya Allah
yang tahu. Beberapa orang masuk untuk mengucapkan tahniah kepadaku selepas itu
tetapi ia masih belum mampu untuk menghilangkan rasa gementar yang semakin
bergelora ini. Kalau Dyana di sini sekarang mungkin kami boleh berbual- bual.
Sebut
pasal Dyana, kenapa lama sangat dia di bilik air? Terukkah sakitnya. Risau pula
aku dibuatnya. Lantas aku bingkas bangun untuk memeriksa keadaannya. Sebelum
sempat aku melangkah, telefon Dyana yang berada di atas katil berbunyi. Ada
mesej dari What’sAppnya.
Aku
memang tidak bermaksud untuk mengintai. Tetapi apabila telefon dia berbunyi,
secara automatik aku memandangnya. Dan aku langsung tidak berniat untuk membaca
apa yang tertulis di skrin tetapi aku terbaca secara tidak sengaja.
Abang
berharap situasi boleh berlainan demi cinta kita. Abang cintakan Dyana, bukan
dia. Maafkan abang.
Maaf?
Kenapa? Siapa lelaki ini? Dyana ada teman lelaki? Lagipun dia cakap dia
cintakan Dyana. Jika benar, kenapa lelaki itu bagaikan ada perempuan lain?
Terlalu
banyak persoalan bermain di mindaku. Sekali lagi aku memandang skrin, membaca
nama pengirim.
Abang
Furqan.
Abang
Furqan?
Abang…Furqan?
Furqan?
Terkejut
bukanlah perkataan paling sesuai untuk perasaanku sekarang kerana aku sendiri
tidak dapat mengagak apa perasaanku.
Tapi…
Tak
mungkin! Cuma ada satu abang Furqan bagi Dyana ataupun ada abang Furqan lain
yang aku tidak tahu. Tak mungkin Furqan yang menghantar mesej itu. Tak mungkin
lelaki yang bakal menjadi suamiku sebentar nanti.
Tak
mungkin!
Aku
mencapai telefon, membuka kekunci dan mencari mesej- mesej lain yang berkaitan.
Aku perlu pastikan yang bukan Furqan yang aku kenali itu yang menghantar mesej
itu. Pastinya bukan dia!
Aku
berharap yang aku salah kerana kalau benar, aku tidak tahu apa yang patut aku
lakukan nanti. Aku mencari mesej paling lama dan mula membaca.
Kita
mesti lupakan.
Dyana faham. Kita mesti
cuba, demi kakak.
Lupakan
apa? Perasaan ingin tahu membuak- buak.
Abang
juga tidak tahu bagaimana boleh jadi begini. Abang dah berusaha untuk mengelak
dari berjumpa Dyana tapi perasaan ini tetap tidak hilang. Malah bertambah kuat.
Abang sudah buntu.
Dyana juga sama. Dyana
sedar kita tidak patut jatuh cinta tapi perasaan ini datang sendiri. Kita dah
bersalah pada kakak.
Abang
tahu.
Abang menyesal jatuh
cinta pada Dyana?
Tak.
Tapi…
Dyana faham abang. Itu
juga apa yang Dyana rasa.
Pasal
malam semalam, abang mahu bertanggungjawab.
Jangan abang! Abang dan
kakak bakal berkahwin. Tinggal dua bulan saja lagi.
Macam
mana abang nak kahwin dengan Rania kalau hati dan badan abang dah jadi milik
Dyana?
Hati
dan badan….
Apa
yang mereka mainkan di belakang aku? Terasa air mata ingin merembas keluar
tetapi aku mengawal diri. Aku perlu tahu apa yang berlaku seterusnya.
Tapi kakak akan kecewa
nanti.
Kita
dah berdosa Dyana. Kita mesti menanggung dosa kita.
Dyana faham abang tapi
Dyana tak sanggup untuk lukakan kakak.
Kita
dah pun lukakan dia. Rania saja belum tahu.
Tapi Dyana tak sanggup
abang. Biarlah Dyana yang tanggung semua ni sendiri.
Abang
tak sanggup biar orang yang abang cintai sengsara begini. Abang nak batalkan
majlis perkahwinan kami. Abang tak boleh kahwin dengan dia.
Kalau abang buat macam
tu, Dyana tak akan maafkan abang!
Habis
Dyana nak abang buat apa? Abang dah tak cintakan dia!
Abang mesti teruskan
dengan perkahwinan ni. Biarlah kita simpan saja perasaan kita.
Aku
berhenti membaca. Tak sanggup aku teruskan lagi. Mereka berdua bercinta di
belakang aku. Dia kekasihku sekian lama dan wanita itu adikku sendiri. jika
benar apa yang aku baca ini, mereka telah…
Astagfirullahhalazim.
Ya Allah, dugaan apakah yang kau ingin berikan padaku sekarang?
Nanti!
Dyana kelihatan pucat dan muntah- muntah sejak tadi.
Dyana…hamil?
Aku
jatuh terduduk ditepi katil. Hampir terlepas telefon dari tanganku.
Nanti
dulu! Ini bukan drama atau filem. Kalau muntah- muntah atau pitam maka
konklusinya ialah perempuan itu hamil. Betul tu, ini realiti. Jangan kerana
Dyana muntah- muntah tadi, aku boleh menganggap dia hamil. Malah kemungkinan
hal tentang malam itu, mungkin tidak ada apa- apa berlaku antara mereka berdua.
Mereka tak mungkin akan lakukan perkara sebegitu.
Betul,
kan?
Lama
aku duduk di bibir katil, tidak tahu apa yang perlu aku lakukan sekarang. Aku
bakal menikahi lelaki ini, lelaki yang telah menyerahkan hati dan badannya
kepada adikku sendiri. Siapa yang harus aku salahkan? Bertepuk sebelah tangan
tidak akan berbunyi. Terdengar bunyi beberapa buah kereta masuk ke halaman
rumah. Terdengar keriuhan tetamu.
Pihak
pengantin lelaki telah sampai.
“Ya
Allah!” ibu muncul di pintu. “Ibu suruh kamu tunggu di sini. Yang kamu duduk di
lantai ni kenapa?”
Aku
langsung tidak menjawab, cuma memandang wajah ibu. Bagaimana hendak aku
ceritakan kepada ibu tentang apa yang telah berlaku? Selepas seketika, ibu
menghampiri dan membantuku bangun.
“Kamu
ni kenapa? Jom, kita turun terus ke bawah. Acara akad nikah akan bermula.”
No comments:
Post a Comment