Hari
ini aku betul- betul sibuk. Banyak yang perlu aku siapkan untuk dibentangkan di
mesyuarat esok. Semasa aku sibuk beginilah telefonku tidak habis- habis
berdering. Mula- mula butik pengantin yang menelefon.
“Furqan
belum datang untuk cuba baju pengantin,” kata Resya, pemilik butik.
“Ya
kah? Saya dah banyak kali beritahu dia untuk pergi. Nanti saya cakap sekali
lagi.”
Pelik
juga aku dengan tingkahlaku Furqan. Selepas perlawanan bowling di Terengganu
tempoh hari, tiba- tiba dia tidak lagi berminat untuk menyertai aktiviti
kelabnya itu. Apabila aku tanya, dia cakap dia hendak fokus pada kerja dan
majlis perkahwinan kami yang tinggal dua bulan saja lagi.
Tapi
setiap kali berjumpa, aku dapat lihat dia bagaikan banyak berfikir tentang
sesuatu. Furqan lebih banyak mendiamkan diri dan termenung. Entah apa yang
mengganggu fikirkan dia, risau aku dibuatnya. Mungkinkah dia sebenarnya berasa
tertekan dengan majlis perkahwinan kami?
Jika
Furqan tidak lagi berminat dengan aktiviti kelab bowlingnya, Dyana pula telah
memaklumkan yang dia telah berhenti terus dari kelab itu. Eh, kenapa? Bukankah
dia sangat berminat dengan sukan itu? Bukankah dia juga sangat berbakat dan
merupakan pemain harapan mereka?
“Sibuk,
kerja banyak sangat akhir- akhir ni.”
Itulah
jawapan ringkas Dyana. Dia tidak menjawab apabila aku terus mendesak. Tambahan
lagi, dia sudah lama tidak pulang ke rumah. Jadi kami juga sudah lama tidak
berjumpa.
Pelik
aku dengan perangai mereka berdua. Tetapi kalau bertanya pun, masing- masing
tidak menjawab. Jadi tidak ada kesudahannya juga nanti.
Selang
beberapa ketika, telefon itu berdering lagi. Kali ini Aunty Sofea pula. Kenapa pula
ibu Furqan menelefon aku?
“Aunty
dah minta dia balik untuk ambil kad undangan. Manalah tahu ada sesiapa yang dia
nak jemput ke majlis nanti. Tapi sampai hari ni tak balik- balik. Aunty telefon
pun dia tak angkat. Sibuk sangatkah? Kamu telefon dia jawab tak?” leter Aunty
Sofea.
“Jawab
aunty. Kalau saya tak dapat hubungi dia, saya akan hantar pesanan WhatsApp atau
sms. Nanti dia akan telefon saya balik,” jawabku.
Aunty
Sofea menghela nafas. “Ya kah? Aunty ingat dia ada masalah. Macam ni lah, nanti
kamu beritahu dia yang aunty nak dia balik. Macam- macam betul perangai dia.
Majlis dah dekat tapi buat hal pula.”
“Baik,
aunty.”
Apa
kena dengan Furqan ni? Kalau ibu dia pun kena telefon aku, sudah parah kes ni.
Tak pernah pula dia buat perangai macam ni.
Aku
mendail nombornya tetapi langsung tidak diangkat. Setelah beberapa kali
mencuba, aku akhirnya menghantar pesanan WhatsApp.
Assalamualaikum. Saya nak
jumpa awak. Sibuk tak?
Mesti
dia akan membantah nanti kerana dia memang sibuk akhir- akhir ini. Aku berfikir
apa yang akan aku katakan jika dia membantah nanti. Selang beberapa minit, dia
membalas.
Baiklah.
Saya ada berdekatan pejabat awak, ada urusan sikit di sini. Dah dekat masa
lunch ni. Kita lunch sama- sama?
Terkelu
aku seketika. Ingatkan dia hendak menolak tadi. Eh, rezeki jangan ditolak!
Buru- buru aku mengemas meja dan mencapai tas tangan. Siapa yang tidak teruja
kalau pujaan hati ingin berjumpa.
“Ada
apa awak nak jumpa saya?” tanya Furqan.
Kami
berjalan beriringan menyusuri laluan pejalan kaki untuk ke kafe kegemaran aku.
“Pasal
baju pengantin. Butik dah telefon tadi, mereka nak ingatkan awak untuk pergi
cuba. Kalau lambat nanti tak sempat nak ubahsuai,” jawabku.
“Nantilah
saya pergi,” kata Furqan.
“Ibu
awak pun telefon. Dia minta awak balik ambil kad kahwin kita.”
“Kenapa
pula dia telefon awak?” tanya Furqan.
“Sebab
dia tak dapat telefon awak,” jawabku.
Furqan
diam tidak menjawab.
“Awak
matikan telefonkah?” tanyaku.
“Mesti
saya tak dengar masa dia telefon,” jawab Furqan.
Selepas
itu dia kembali membisu. Pelik aku tengok perangai dia. Aku ingin terus
bertanya tetapi aku ternampak kelibat seorang lelaki melintas di depan kami.
“Hazriq!”
kataku.
Hazriq
berhenti, memandang kami berdua sebelum mengukir senyuman.
“Eh,
awak pun ada di sini!” kata Hazriq.
“Pejabat
saya dekat dengan kawasan ni. Awak pun selalu ada juga. Dah dua kali saya jumpa
awak di sini,” balasku.
“Saya
ada urusan, sebab tu saya datang,” kata Hazriq. “Tunang awak?”
“Ya,
ini tunang saya, Furqan.” Aku memandang Furqan. “Awak, ini Hazriq. Dialah yang
tolong saya masa kereta saya rosak hari tu.”
“Oh,
terima kasih untuk hari tu,” kata Furqan, menghulurkan tangannya kepada Hazriq.
“Sama-
sama. Hal kecil saja tu,” balas Hazriq, menyambut huluran tangannya.
“Awak
baru datang atau awak dah nak balik?” tanyaku.
“Dah
selesai kerja pun, jadi nak baliklah ni,” kata Hazriq.
“Kalau
macam tu, awak boleh sertai kami makan. Rania pernah cakap nak belanja makan
sebagai tanda terima kasih, kan? Jomlah!” ajak Furqan.
“Eh,
tak apalah! Saya ikhlas tolong dia hari tu.” Sekali lagi Hazriq cuba menolak.
“Awak
ni, kecil hati saya. Saya pun ikhlas nak belanja. Besar jasa awak pada saya
hari tu,” kataku.
Hazriq
akhirnya akur. “Baiklah kalau macam tu.”
“Bila
majlis perkahwinan kamu berdua?” tanya Hazriq.
“Dalam
masa dua bulan lagi,” jawabku. “Jemputlah datang.”
Aku
menghulurkan kad undangan kepadanya. Rasanya memang tidak salah kalau aku
jemput dia. Hazriq membaca seraya mengangguk.
“Insya
Allah. Kalau tak ada apa- apa hal saya akan datang.”
“Bawalah
sekali teman wanita dan keluarga awak. Saya jemput mereka semua juga,” kataku.
“Insya
Allah,” balas Hazriq.
Selepas
itu Hazriq lebih banyak berbual dengan Furqan. Aku mengambil kesempatan untuk
melihat- lihat sekeliling kafe yang kini sesak dengan pengunjung yang ingin
makan tengah hari.
“Kereta
awak rosak apa sebenarnya malam tu?” Tiba- tiba Hazriq bertanya kepadaku.
“Entahlah,
saya pun tak pasti,” jawabku.
“Awak
tak tanya mekanik?” tanya Furqan, tidak bepuas- hati dengan sikapku.
Aku
menjungkit bahu. “Tanya tapi saya tetap tak faham.”
“Macam
mana kalau dia tipu awak, awak tak tahu pun,” komen Furqan.
“Tapi
saya memang tak faham, saya nak buat macam mana?” soalku.
Furqan
menarik muka, ingin memprotes jawapanku. Tetapi dia tidak jadi berkata apa- apa
apabila sedar Hazriq sedang melihat.
“Saya
kenal selalu juga ke bengkel tu. Owner dia memang baik dan boleh dipercayai.
Insya Allah, saya yakin dia tak akan tipu awak,” kata Hazriq, tiba- tiba
mencelah.
“Awak
kenal dia?” tanyaku.
“Ya.
Saya tinggal pun dekat kawasan tu juga. Jadi saya memang pernah pergi bengkel
dia beberapa kali. Uncle tu memang baik,” jelas Hazriq.
Furqan
tidak memberi komen. Pasti masih ada yang tidak puas di hatinya. Aku membisu,
enggan terus bergaduh. Apatah lagi Hazriq ada dengan kami sekarang. Makanan
pula sampai pada masa itu, jadi masing- masing tidak lagi banyak berbual
seperti tadi.
Selesai
makan, Hazriq minta diri. Katanya dia perlu singgah ke pejabat untuk serahkan
dokumen. Furqan pula menghantarku pulang ke pejabat.
“Awak
macam dah lama kenal dia?” komen Furqan.
“Saya
baru kenal dia hari tu,” balasku.
“Macam
mana awak tahu dia ada girlfriend?” tanya Furqan.
Tak
mungkin aku akan ceritakan bagaimana aku sebenarnya boleh tahu!
“Kami
pernah berbual,” jawabku samar- samar.
“Hmm…macam
tu,” kata Furqan.
Kami
kemudian membisu hingga sampai di hadapan bangunan pejabatku.
“Jangan
lupa pergi butik. Jangan lupa balik jumpa aunty juga. Nanti dia telefon lagi,”
pesanku kepada Furqan.
Lelaki
itu tidak membalas, hanya menggangguk. Dia kemudiannya berlalu tanpa berkata
apa- apa. Aku termangu merenung dia pergi. Kenapa dengan dia? Apa yang tidak
kena sebenarnya?
Memandangkan
Furqan laksanakan juga semua pesanan aku, jadi tidak ada rungutan lagi selepas
itu. Aku anggap sikap murungnya itu ialah kerana tekanan. Mungkin dia banyak
berfikir tentang perkahwinan kami nanti.
Hari
ini aku merayau dengan Dyana untuk mencari sesuatu yang boleh ditambah kepada
hadiah untuk tetamu yang datang nanti. Jarang Dyana dapat menemani aku, jadi
aku sangat teruja apabila dia bersetuju tadi. Tapi sejak datang, wajahnya
murung dan banyak mendiamkan diri.
“Tak
sihatkah?” tanyaku pada Dyana apabila dia tidak memberi tumpuan pada perbualan
kami.
“Tak
adalah,” jawab Dyana.
“Habis
kenapa diam dari tadi? Pelik kakak tengok kamu,” komenku.
“Adik
penat kak. Kerja banyak sekarang. Cuti pun kurang,” jawab Dyana.
“Ya
kah? Dah penat kenapa datang juga? Berehatlah di rumah.”
Dyana
mengukir senyuman kecil. “Tak apalah kak. Adik tak tolong kakak sangat pun
untuk majlis kakak nanti.”
“Alah
hal kecillah.”
“Tak
apalah. Jom, kak! Lagipun kita kena balik cepat. Nanti ibu berleter pula,” kata
Dyana, memaut lenganku.
Betul
juga. Malam ini keluarga aku dan Furqan akan makan malam bersama. Kami perlu
pulang awal untuk menolong ibu memasak nanti.
“Abang
Furqan datang jugakah?” tanya Dyana tiba- tiba.
“Entahlah.
Dia cakap dia ada di Johor sekarang. Tapi dia cakap dia akan cuba balik untuk
makan malam dengan kita,” jelasku.
Dyana
hanya bergumam membalas. Raut wajahnya nampak sedikit kecewa. Dia hendak
berjumpa dengan Furqankah? Sebab itukah dia bertanya?
Tapi
kenapa?
“Adik
tak tanya dia sendirikah?” tanyaku.
“Kami
dah lama tak bercakap. Selepas game di Terengganu hari tu, adik dah tak main
bowling lagi. Jadi tak ada sebab untuk berbual macam dulu,” jelas Dyana.
Jadi
mereka dah tak berhubung. Mungkin aku tak patut tunjukkan pada Dyana yang aku
rasa gembira dengan berita itu. Aku akui aku memang rasa cemburu apabila mereka
rapat tempoh hari. Walaupun aku tahu mereka tidak akan mengkhianati aku tapi
aku tetap rasa risau. Tapi semua itu sudah berlalu.
Tapi…apa
boleh buat? Aku memang tersenyum lebar sekarang.
“Kenapa
kakak tersenyum macam tu?” tanya Dyana.
“Tak
ada apa, kakak seronok berjalan- jalan dengan kamu macam ni,” jawabku.
“Kakak
nak beli apa lagi?” tanya Dyana.
“Aiskrim.”
“Huh?”
Dyana kelihatan terpinga- pinga.
“Kakak
tiba- tiba rasa nak makan aiskrim. Vanilla. Coklat cair. Tabur kacang di atas.”
Dyana
tergelak. “Mana nak cari tu?”
“Jom!”
Aku menarik tangan Dyana. “Tak pun kita boleh cuba aiskrim Turki yang glamour
tu. Mari kita lawan tarik- tarik dengan dia!”
Dyana
hanya tersenyum mengikut. Persiapan untuk majlis perkahwinanku berjalan lancar.
Aku akan menjadi isteri Furqan dalam tempoh tidak sampai dua bulan saja lagi.
Segalanya menjadi seperti apa yang aku mahukan. Terasa bagaikan dunia ini aku
yang punya. Malah rasa bahagiaku memang melimpah ruah sekarang.
Jadi
bagaimana aku tidak boleh tersenyum lebar?