Tinggal
tiga bulan sebelum majlis pernikahan kami. Segala persiapan telah dilakukan.
Baju juga telah dipilih. Yang tinggal hanyalah tibanya hari bersejarah itu. Tak
habis- habis aku mengira hari.
Hai,
terujanya aku!
Hari
ini Furqan menemani aku makan tengah hari selepas dia asyik sibuk sejak
kebelakangan ini. Tidak pernah dia tidak sibuk. Ada saja yang perlu dia
lakukan. Aku harap dia tidak sibuk pada hari perkahwinan kami juga. Kalau tidak
siap dia!
Selepas
beberapa minggu tidak berjumpa, akhirnya aku dan dia sama- sama bersetuju untuk
meluangkan masa sepenuhnya untuk hari ini. Furqan sanggup ambil cuti untuk
bersama dengan aku. Senyumku lebar sejak tadi. Siapa yang tidak gembira dapat
berjumpa kekasih hati!
“Awak
nak ke mana lepas ni?” tanyaku selepas kami makan tengah hari.
“Entahlah.
Saya ingat nak temankan awak hari ni.”
Dia
tak tahu jawapannya itu membuatkan aku rasa berbunga- bunga. Aku tidak minta
banyak benda, cuma kadang- kala, ingat dan luangkan masa dengan aku. Aku pun
sedar dia sibuk dengan urusannya. Aku mencuba sebaik mungkin untuk menjadi
lebih memahami.
“Jadi
awak nak buat apa nanti?” tanya Furqan pula.
“Merayau
saja, nak?” tanyaku.
“Tak
kan satu hari cuma nak merayau?” tanya Furqan.
Laju
aku mengangguk dengan bibir menguntum senyum. Akhirnya merayau juga jadinya.
Sudah lama aku tidak berjalan berdua begini. Tetapi Furqan sekali- sekala
merenung telefonnya yang berbunyi. Siapa pula yang tak boleh biarkan kami
berdua ni.
“Kawan
tempat kerja,” balas Furqan apabila aku menjeling setelah sekali lagi
telefonnya berbunyi.
“'Ada
apa dia asyik mesej awak? Hari ni kan awak cuti?” tanyaku.
“Saya
cuti tapi kerja di pejabat tak cuti. Ada hal yang tak selesai.”
Aku
terdiam walaupun jelas aku langsung tidak berpuas- hati. Tak kan satu hari pun
tak boleh nak biarkan dia bersama aku tanpa diganggu? Matikah syarikat itu
tanpa dia?
Ah,
perlu lebih memahami! Aku dah tekad nak buat begitu, kan? Tak kan aku hendak
berguling- guling di atas tanah atau membentak bagai budak- budak.
Aku
menghela nafas yang sangat panjang.
“Marahkah?
Saya betul- betul minta maaf,” kata Furqan perlahan. Sekurang- kurangnya dia
telah masukkan telefon ke dalam poket.
Ingat,
jadi lebih memahami! Lebih matang!
“Tak
apa, saya faham,” jawabku setenang mungkin. Nadaku umpama seseorang yang matang
dan bergaya bagiku.
Furqan
mengukir senyum. “Jom! Kali ni, saya tak akan layan telefon lagi. Sepenuh masa
saya hanya untuk awak!”
Aku
mengangguk, tersenyum lebar. Aku tahu, susah untuk dia buat begitu sebenarnya.
Tetapi jika dia berusaha, aku sudah berpuas hati. Cinta perlukan tolak ansur,
kan? Itulah yang akan aku cuba lakukan.
Menjadi
seorang isteri. Tinggal di rumah. Menguruskan rumah. Melahirkan anak. Melayan
suami. Jadi isteri dan ibu sebaik mungkin. Itukah kehidupan aku nanti?
Berdasarkan keadaan sekarang, Furqan nampaknya sentiasa sibuk. Aku tidak yakin
dia akan selalu berada di sisi aku nanti. Kemungkinan besar aku akan lebih
banyak ditinggalkan seorang diri apabila dia terlalu sibuk. Tapi sekurang-
kurangnya, aku akan lebih selalu berada di sisinya kerana kami akan tinggal
bersama nanti. Bukankah itu sesuatu yang lebih baik berbanding hubungan kami
sekarang? Sekarang pun dia sibuk tapi kami tidak tinggal bersama. Lagipun kalau
sunyi sangat selepas kahwin nanti, lahirkan anak seramai mungkin. Tak susah!
Terasa
lebih baik berbanding tadi, aku berjalan- jalan menyusuri jalan kecil untuk
kembali ke pejabat. Seperti biasa, aku memang selalu makan tengah hari seorang
diri dan merayau- rayau seketika sebelum kembali ke tempat kerja. Aku bukannya
tidak baik dengan kawan sekerja tapi aku lebih senang sendiri.
Furqan
menelefon semasa aku makan tengah hari tadi, memaklumkan yang mereka akan ke
Terengganu hari ini. Dia akan memandu ditemani oleh Dyana dan seorang lagi
teman kelab bowling mereka. Dyana juga telah memberitahu hal yang sama semalam.
Mereka pasti dalam perjalanan sekarang.
Tinggallah
aku di sini. Ai, apa boleh buat. Kenapalah aku langsung tidak ada skil untuk
bermain bowling macam orang lain? Aku teringin untuk ikut sebenarnya. Tetapi
memandangkan kawan- kawan kelab bowlingnya itu sudah menyaksikan skil aku
bermain tempoh hari, aku yakin ada yang mengutuk- ngutuk aku. Malulah!
Mataku
mengerling ke tepi, memerhatikan kereta- kereta yang diletakkan di tempat
meletak kenderaan di hadapan sebuah kedai peralatan sukan. Beberapa buah
langkah, aku berhenti, kemudian berpaling. Aku macam pernah tengok kereta merah
itu!
Aku
merenung, cuba mengingat di mana aku pernah tengok dan kenapa aku ingat dengan
kereta itu. Lama aku berfikir tetapi langsung tidak dapat ingat apa- apa. Habis
kenapa tiba- tiba ia menarik perhatian aku? Pemandunya juga tidak kelihatan,
jadi aku tidak tahu siapa pemiliknya. Terasa tidak puas hati kerana tidak dapat
ingat apa- apa tentangnya kerana aku dapat rasakan ianya sangat penting.
Aku
mendekati kereta itu, mengelilingi sekali. Ah, masih tak ingat! Kalau aku
jenguk ke dalam macam mana? Aku berpaling melihat keliling. Tidak ada sesiapa
yang memerhatikan sikap pelik aku setakat ini. Hmm…
Aku
mengigit bibir, cuba melihat ke dalam. Ada apa- apa yang dapat mengingatkan aku
pada kereta inikah? Boleh tahan gelap juga cermin dia.
“Tak
ada apa- apa yang menarik untuk awak ambil dari kereta saya.”
Hampir
melompat aku kerana terkejut. Terus tanganku mengurut dada, sambil badanku
bersandar pada kereta itu. Serentak dengan itu, penggera kereta itu tiba- tiba
berbunyi dengan kuat. Orang ramai yang berada berhampiran melihat- lihat,
membuatkan wajahku merah padam kerana malu. Dengan lelaki yang menegur aku tadi
mengeluarkan kunci dan menekan, membuatkan keadaan kembali menjadi sunyi.
“Ah,
awak rupanya!” kata lelaki itu, tersenyum lebar.
Berkerut
dahiku merenung dia. Macam pernah lihat, tapi di mana?
“Saya
Hazriq, ingat lagi tak?” kata lelaki itu lagi.
Terpinga-
pinga aku merenung dia.
“Ini
kereta awak?” tanyaku.
“Ya,
kereta saya. Kereta awak macam mana? Dah siap baiki?” tanya Hazriq.
Terpinga-
pinga aku dengan soalannya. Macam mana dia tahu kereta aku pernah rosak? Tak
kan dia ikut aku selama ni? Stalker?
“Awak
dah tak ingat sayakah? Sampainya hati awak, cepat betul lupakan saya,” kata
Hazriq dengan nada bergurau. “Saya rasa macam kita dah jadi rapat sebab lama
juga saya tunggu luar kereta awak hari tu.”
Tunggu
luar kereta aku?
Hmm…
Eh,
patutlah macam pernah tengok!
Dia!
Bulat
mataku merenung Hazriq. “Awak!”
“Ya,
saya. Dah ingat?”
“Ya
Allah, awak! Minta maaf awak, saya memang tak ingat! Malam itu awak dah tolong
saya tapi saya tak dapat cam awak tadi. Saya minta maaf sangat- sangat!”
Hazriq
tergelak kecil. “Bukannya dosa besar pun nak minta maaf sampai macam tu. Hal
kecillah!”
“Ya
lah tapi…” Aku mengerling keretanya sekilas dengan rasa bersalah. Patutlah
nampak macam pernah tengok kereta ni.
“Awak
dari mana?” tanya Hazriq.
“Lunch!
Sekarang saya nak balik ke ofis,” balasku. “Saya nak ucapkan banyak- banyak terima
kasih pada awak. Hari tu tak sempat cakap apa, awak dah hilang.”
“Sama-
sama. Tapi terima kasih sajakah? Mungkin awak patut belanja saya makan,” kata
Hazriq.
“Boleh,
apa salahnya.”
“Eh,
tak apa. Saya cuma bergurau.”
“Tapi
saya serius. Saya memang betul- betul rasa berterima kasih. Kalau awak tak
tolong saya, entah apa jadi pada saya,” kataku bersungguh- sungguh.
“Alah,
benda kecil macam tu tak payahlah nak besar- besarkan.”
“Tak
ada kecilnya menolong seseorang dengan ikhlas.”
Hazriq
tersenyum herot. “Mana awak tahu saya ikhlas. Entah- entah saya ada niat
tersirat tolong awak.”
“Ada
ke?” soalku, merenungnya.
“Tak
adalah! Saya pun ada ibu dan saya nak orang tolong dia dengan niat yang sama
bila dia dalam kesusahan. Lagipun saya tak fikir banyak masa tu.”
“Kalau
macam tu, ambil nombor telefon saya ni, tolong telefon saya bila ada masa
nanti. Kita cuba aturkan masa untuk jumpa. Saya cuma boleh belanja makan tengah
hari, makan malam susah sikit,” kataku, mengeluarkan sekeping kertas untuk
menulis nombor telefon, kemudian menghulurkan kepada Hazriq.
“Tak
payahlah, hal kecillah.” Hazriq cuba membantah.
“Tak
ada kecilnya, saya nak belanja awak juga!”
Hazriq
merenungku, kemudian tersenyum herot. “Beria- ia awak nak makan dengan saya.”
Lain
macam saja nada dia. Eh, nanti! jangan- jangan dia ingat aku sukakan dia pula.
Aku akui dia memang sangat tampan tapi aku sudah ada Furqan di hatiku. Aku
mesti betulkan pandangan dia!
“Saya
tak sukakan awak!” tegasku.
“Huh?”
Hazriq terpinga- pinga.
“Saya
dah ada tunang, jadi saya tak sukakan awak.” Aku mengangkat jari, menunjukkan
cincin.
Hazriq
merenung cincin di jariku, kemudian tergelak kecil.
“Saya
pun dah berpunya.” Dia mengangkat jarinya, menunjuk cincin yang disarung di
jari manis. “Saya pun tak sukakan awak.”
Terasa
wajahku panas. Apa yang aku fikir tadi?
“Baguslah
macam tu,” kataku, cuba menunjukkan yang aku memang tidak terkesan dengan apa
yang berlaku.
“Ya,
baguslah,” ulang Hazriq.
“Jadi
awak bolehlah pergi makan dengan saya,” ujarku sebelum sempat menahan diri.
Bodohnya
aku! Hai, baguslah Rania! Mesti dia ingat kau gatal.
“Tunang
awak tak marahkah makan dengan lelaki lain?” tanya Hazrirl, mengerut dahi.
Tengok, mesti dia fikir betapa gatalnya aku!
“Saya
akan tanya dia dulu. Kalau boleh, saya akan ajak dia sekali. Kita bukan buat
apa- apa pun, cuma pergi makan. Dia pun mesti nak berterima kasih sebab awak
dah tolong saya hari tu.”
Hah,
bangganya aku sebab dapat cakap semua tu dengan tenang! Terasa diri sendiri
sangat hebat!
“Tunang
awak marahkah kalau saya belanja awak makan sebagai tanda terima kasih?”
tanyaku, masih mengekalkan nada yang sama.
Hazriq
tersenyum kecil. “Teman wanita saya tak akan marah kalau saya beritahu dia. Ini
bukan kali pertama saya cuma makan berdua dengan perempuan lain selain dia.
Saya selalu buat begitu semasa kerja. Setiap kali tu, saya akan beritahu dia.”
Aku
tidak dapat menahan diri dari merenung dia dengan cuak. Macam buaya darat pula
aku tengok dia. Wajah memang tampan, perangai sama jugakah?
Hesy,
jangan cepat buruk sangka! Kalau memang dia jahat, sanggupkah dia tolong malam
tu tanpa minta apa- apa balasan. Jangan cepat menilai!
“Kalau
macam tu, nanti awak hantar sms atau WhatsApp kepada saya. Senang kita aturkan
nanti,” kataku, seraya melihat jam tangan. “Saya kena balik ke pejabat
sekarang, jumpa lagi. Assalamualaikum!”
Sebelum
sempat aku berlalu, Hazriq melaung memanggilku. “Cik nanti la dulu!”
“Ada
apa?”
“Cik
asyik nak belanja saya makan, nama cik pun saya tak tahu.” Hazriq tergelak-
gelak kecil.
Aku
tak pernah cakapkah? Hazriq tidak habis- habis tersenyum. Mesti dia kelakar
tengok aku.
“Rania
Aisyah. Panggil saja Rania,” jawabku, dengan nada seselamba mungkin.
“Baiklah,
jumpa lagi nanti. Assalamualaikum,” kata Hazriq.
“Waalaikumsalam.”
Menonong
aku berjalan balik ke pejabat. Laju pula tu. Malunya usah dicakap. Ah, lupa
minta nombor telefon dia! Tunggu dia telefon sajalah. Mati hidup semula pun aku
tidak akan berpatah balik!
“Jadi
macam mana?” tanyaku.
Furqan
terdiam, berfikir panjang. Aku sudah menerangkan tentang pertemuan aku dan
Hazriq secara panjang lebar, serta mengapa aku ingin membelanja Hazriq makan.
Furqan mendengar sejak tadi tanpa sebarang komen.
Dia
akhirnya menghela nafas. “Bila?”
“Entahlah.
Saya menunggu dia telefon dulu. Boleh aturkan nanti.”
“Insya
Allah, tengoklah nanti macam mana.”
“Awak
nak temankan saya tak?”
“Kalau
tak ada hal, saya pergilah.”
“Jadi…
sudah sampaikah?” tanyaku, mengubah topik.
“Petang
tadi, dekat waktu maghrib. Sekarang kami di hotel.”
“Dyana?”
“Ada
dalam bilik dia agaknya. Lepas makan tadi, semua buat hal masing- masing.
Rasanya dia dan Imani balik ke bilik.”
“Siapa
pula Imani?”
“Yang
datang dengan kami. Dia sebilik dengan Dyana.”
“Macam
tu.”
“Ok,
nanti kita cakap lagi. Saya nak berehat dulu. Esok nak bangun awal. Esok saya
telefon awak, ok?”
“Ok,
selamat malam. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Jadi
tak ada masalah oleh Furqan. Bagus juga kalau dia dapat temankan, tak lah aku
makan berdua dengan Hazriq. Segan pula nanti.
Bila
agaknya dia hendak telefon aku? Mungkin dia pun kena minta persetujuan teman
wanita dia. Teman wanita dia tak benarkan dia makan dengan aku agaknya. Buat
apa nak takut, aku dah ada Furqanlah.
Hmmp,
yang aku pula tertunggu- tunggu dia telefon ni kenapa pula?
Furqan
tidak menelefon sepanjang hari. Sibuk dengan perlawanan agaknya. Panggilan aku
pun tidak diangkat. Agaknya dia sibuk atau perlawanan belum lagi tamat.
Tapi
aku tidak habis- habis mengerling telefon, mengharapkan ia berdering. Dia
lupakah? Ah, tak kanlah. Mesti sebab dia sibuk, pasti!
“Nanti
meletup telefon tu kena jeling dengan kamu,” kata Zura, kemudian tergelak-
gelak dengan Kak Diba.
Aku
menjeling mereka sebelum kembali cuba memberi tumpuan kepada kerja. Reaksiku
itu membuatkan gelak tawa mereka semakin kuat.
“Bergaduhkah?”
tanya Zura.
“Dah
nak kenduri ni, berbaik- baiklah. Jangan bergaduh,” tegur Kak Diba.
“Kami
tak bergaduhlah kak,” keluhku.
“Habis
tu kenapa?” tanya Kak Diba.
“Tengah
tunggu dia telefon, tapi dia tak telefon- telefon lagi,” jawabku, sekali lagi
mengerling telefon.
Jawapanku
itu membuatkan Zura tergelak. “Ingatkan ada masalah besar sangat tadi. Dah dia
tak telefon, kau telefonlah dia.”
“Dah
telefon, tak angkat.”
“Sibuk
kut. Janganlah di fikirkan sangat, nanti dia telefonlah kamu tu,” nasihat Kak
Diba.
Aku
mengangguk, cuba kembali fokus dengan kerja. Nanti dia telefonlah juga. Tetapi
sepanjang hari menunggu, Furqan langsung tiada khabar berita.
Malam
itu, akhirnya Furqan menelefonku. Belum sempat aku bercakap apa- apa, dia mula
mengadu nasibnya. Rupanya mereka masih belum sampai ke ibu kota.
“Kereta
saya rosak. Sekarang saya tengah tunggu tow truck. Sudah dua jam kami tersadai
di sini.”
“Awak
di mana?” soalku.
“Atas
lebuhraya Karak. Kami sudah sampai separuh jalan sebelum kereta saya buat hal,”
rungut Furqan.
“Sabarlah,
sekejap lagi sampailah tu. Dyana macam mana?”
“Dia
ada di dalam kereta.”
“Bukankah
kamu berdua bekerja esok?” tanyaku.
Dia
mengeluh. “Nak buat macam mana, cutilah lagi. Bukan sengaja tak nak pergi
kerja. Pukul berapa sampai balik pun tak pasti lagi, macam mana nak tercongok
di pejabat satu hari esok.”
“Apa-
apa telefon saya lagi nanti. Risau juga saya.”
“Tahulah.”
Aku
memutuskan talian dengan hati yang tidak tenang. Entah kenapa, ada sesuatu yang
mengganggu benakku. Ya Allah, tenangkanlah hatiku.
Lewat
malam kemudian, Furqan menghantar pesanan WhatsApp yang keretanya kini di
bengkel. Tetapi dia dan Dyana tidak dapat pulang dan perlu bermalam di sana
kerana keretanya cuma akan dibaiki esok. Furqan langsung tidak menghantar
khabar berita hinggalah hampir tengah hari esoknya.
Kereta
siap dibaiki. Kami dalam perjalanan balik.
Alhamdulillah.
Walaupun masih ada secebis perasaan tidak senang hati, aku cuba lupakan dan
mengingatkan diriku untuk mempercayai mereka berdua. Aku dan Furqan bakal
menempuh perjalanan yang aku harap akan berkekalan hingga ke Jannah. Aku tidak
patut membiarkan bisikan syaitan meracuni pemikiranku.