“Sah!”
Dengan
sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada Hazriq. Terasa air mataku membasahi
pipi. Aku mengerling ibu yang juga nampaknya sama sepertiku. Dia cakap dia
tidak akan menangis. Teringat perbualan aku dengan ibu semalam semasa majlis
berinai.
“Kali
ni nak batalkan lagikah? Alasan apa pula kali ni?” soal ibu, mengusik.
Maaf
ibu, aku tidak ada alasan kali ini! Aku memang ingin bersama dengan dia hingga
ke akhir hayat. Bukan Hazriq seorang yang menunggu selama ini.
“Bidadari
saya, my wife!” bisik Hazriq semasa dia menghampiriku untuk mencium dahi bagi
membatalkan air sembahyang.
“My
husband!” bisikku membalas dengan wajah merona merah. Hazriq tersenyum lebar
mendengar ayatku itu.
Selesai
sesi bergambar, kami disekelilingi oleh saudara dan sahabat yang ingin
mengucapkan tahniah atas perkahwinan kami. Ramai juga sahabat Hazriq yang
datang.
“Tahniah,
bro!”
“Congrats!”
“Cepat-
cepat dapatkan anak!”
“Nak
ubat kuat tak?”
Soalan
terakhir itu membuatkan rakannya yang lain ketawa berdekah- dekah. Hazriq
membalas komen itu dengan dahi yang berkerut.
“Tahniah!”
Aku
terseyum lebar mendengar suara itu.
“Terima
kasih sebab datang!” kataku, tersenyum melihat Rizal yang mendekati aku.
“Mestilah
datang. Hari ni hari istimewa untuk anak saudara kesayangan,” kata Rizal.
“Oh,
sekarang dah jadi kesayangan? Sebelum ni tak?” tanyaku.
Rizal
tersengih, mengangguk.
“Dia
datang tak?” tanya Rizal.
Aku
tidak perlu tanya siapa dia yang dimaksudkannya.
“Tak
mungkin dia akan datang!” balasku, tersenyum kecil. Sekuat mana sekalipun
Nurrul Azzwa, aku tidak fikir dia sekuat ini.
Selepas
pulang dari lapangan terbang tempoh hari, Rizal terus mendesak untuk tahu
cerita sebenarnya. Akhirnya aku ceritakan juga. Rizal tidak ada banyak komen
tentang hubungan aku dan Hazriq, tapi dia benar- benar berminat untuk tahu
tentang lebih lanjut mengenai Nurrul Azzwa. Nampaknya dia memang berminat untuk
mengenali gadis itu.
Atas
desakan dia juga, aku akhirnya berikan nombor telefon Nurrul Azzwa kepada
Rizal. Silap besar aku! Orang pertama yang dimarahinya ialah aku kerana sibuk
dengan hidupnya.
“Hanya
sebab awak akhirnya bersama dengan Hazriq, awak cuba padankan saya dengan orang
lain? Jangan cuba nak sibuk dengan hidup saya!”
Hah,
padan muka aku!
Selepas
aku, giliran Rizal pula dilanda amarah gadis itu. Rizal diberi kata dua, sama
ada jangan mengganggu dia lagi atau dia akan dapatkan sekatan dari mahkamah
terhadap Rizal!
Malangnya
aku tidak fikir Rizal dapat berundur lagi. Nampaknya dia memang benar- benar
sukakan Nurrul Azzwa. Harapan aku cuma satu. Tidak kira apa sekalipun
kesudahannya, aku harap mereka berdua akan menemui kebahagiaan mereka satu hari
nanti.
“Terima
kasih sebab datang!” kata Hazriq, mendekati kami.
“Sama-
sama. Tahniah!” balas Rizal.
Hazriq
hanya mengangguk, tersenyum kepada Rizal.
“Jadi
memandangkan saya dah kahwin dengan Rania, bolehlah panggil paksu,” usik
Hazriq.
“Sila
jangan! Kalau boleh sila elakkan! Tuanya dipanggil paksu oleh anak saudara yang
sebaya,” balas Rizal dengan muka kelat.
Aku
tergelak. Memang itu sesuatu yang sensitif untuk Rizal sejak dulu lagi. Rizal
kemudiannya meninggalkan kami untuk menyapa ibu dan ayah.
Tetamu
seterusnya yang menghampiri kami ialah Furqan dan keluarganya. Danish terus
meluru apabila nampak aku. Tangannya yang kecil itu terus memeluk aku. Rindu
pada aku agaknya. Lama juga kami tidak berjumpa.
“Mak
Yong cantik!” komen anak kecil itu.
“Terima
kasih!” balasku, mencuit hidungnya. Terkekeh- kekeh dia ketawa.
“Tahniah!”
kata Furqan.
“Terima
kasih,” kata Hazriq. “Terima kasih juga sebab datang.”
“Kitakan
dah jadi keluarga,” jawab Furqan.
Aunty
Sofea memelukku sambil mengucapkan tahniah. Dia mengambil masa mengusap pipiku
dengan mata yang berair sebelum meminta diri untuk berjumpa dengan ibu dan ayah.
Uncle Hadi mengikutnya tanpa sepatah kata.
“Ini
siapa?” tanya Danish.
“Ini
suami Mak Yong, panggil Pak Yong,” jelas Furqan.
Danish
mengangguk laju bagaikan dia faham. Furqan seperti ingin menyatakan sesuatu
tetapi dia akhirnya cuma mengukir senyum. Dia memandang kami berdua dengan
pandangan yang sukar dimengertikan.
“Saya
nak jumpa ibu dan ayah dulu. Tahniah sekali lagi!” kata Furqan.
“Terima
kasih!” balasku.
Dia
mendukung Danish, lalu berlalu pergi. Hazriq berpaling, tersenyum herot
memandangku.
“My
wife!” katanya.
“Ya?”
balasku.
“My
wife!” Ulangnya lagi.
Dia
panggil aku atau sengaja sebut?
“Kenapa?”
“My
wife!”
Okay,
sekarang aku benar- benar jengkel! Hari pertama berkahwin, sudah ajak
bergaduhkah?
“Ada
apa awak panggil saya berkali- kali?” tanyaku dengan raut wajah kurang senang.
“Saya
cuma sebut,” jawab Hazriq, tersengih lagi. Langsung tidak terkesan dengan
marahku itu.
“Sebab?”
“Saya
gembira! Akhirnya awak jadi isteri saya.”
Segembira
itukah dia?
“And
you, Encik Power Ranger, my husband!” balasku, membuatkan senyumannya makin
lebar.
Mudahnya
hendak gembirakan hati dia.
“I
love you!”
Eh,
tiba- tiba buat luahan perasaan pula! Tidak sempat aku membalas, terus menonong
dia pergi mencari kawan- kawannya.
Tapi
tak apa, masih ada banyak masa selepas ini untuk luahkan ayat itu kepadanya.
Terima kasih Ya Allah atas percaturanmu ini. Terima kasih kerana memberi
peluang untukku bahagia. Biarpun dia bukan cinta pertamaku, aku harap jadikan
dia yang terakhir untukku. Amin Ya Rabbal Alamin.
Tamat
No comments:
Post a Comment