Hampir
seminggu berlalu, aku langsung tidak terlupa. Malah makin kuat perasaanku untuk
mencari dia. Apa yang sudah terjadi dengan aku ni?
Dia
sudah sihirkan akukah?
Ah,
tak mungkin! Hazriq bukanlah orang yang begitu. Jangan fikir yang bukan- bukan.
Tapi ke mana dia menghilang? Selama seminggu ini langsung tidak ada khabar
berita. Dia sudah putus asakah?
Hari
ini hari minggu, aku keluar ke kafe yang agak jauh dari rumah. Di rumah, Aunty
Sofea datang berkunjung untuk berbincang tentang persiapan majlis akad nikah. Mereka
terlalu gembira berbual. Entah kenapa, aku rasa rimas mendengar setiap patah
perbualan mereka. Jadi di sinilah aku sejak beberapa jam yang lalu.
Tanganku
mengusap skrin telefon sambil merenung ke luar kafe. Bila aku kembali merenung
skrin, nombor telefon Hazriq terpamer di skrin. Bila masa pula aku cari
nombornya? Cepat- cepat aku letakkan telefon ke atas meja. Kalau aku terus
pegang, entah- entah aku akan buat lebih dari itu.
Kenapa
aku mencari dia? Mungkin aku perlukan seseorang untuk bercakap. Semasa aku ada
masalah dengan Dyana, dia ada untuk mendengar. Sekarang apabila aku ada masalah
dengan dia, tidak mungkin aku boleh mencari dia.
Serabutnya
kepala aku!
Sedang
aku termenung, aku perasan seseorang mendekati aku. Aku berpaling, terkejut
memandang wajah yang aku fikirkan sepanjang minggu ini berjalan mendekat.
Secara refleks, aku cuba untuk bangun dan berlalu. Tapi dia segera menahan.
“Jangan
pergi dulu!” kata Hazriq. “Awak duduk di sini seorang diri, kan? Boleh saya
duduk dengan awak?”
Hairan
mendengar kata- katanya, aku berdiri mematung. Tak kan dia hilang ingatan
selepas seminggu kami tidak berjumpa? Apa yang dia cuba buat? Tindakannya seolah-
olah dia langsung tidak mengenali aku.
“Saya
tak ada niat jahat. Cuma saya terasa nak minum dengan seseorang. Memandangkan awak
minum seorang diri, boleh tak minum dengan saya? Lagipun saya terasa nak
berbual dengan seseorang sekarang,” jelasnya dengan panjang- lebar.
Aku
masih tidak menjawab, merenungnya sambil cuba mentafsir apa yang dia cuba
lakukan.
Hazriq
mengukir senyum. “Memang saya tak ada maksud jahat. Memandangkan kita pun
saling tak kenal, lepas ni boleh kita teruskan dengan hal masing- masing macam
kita tak pernah jumpa. Jadi boleh tak awak temankan saya minum sekarang?”
Akhirnya
aku mengangguk dan duduk kembali. Hazriq mengambil tempat di depanku sambil
meletakkan minumannya. Untuk seketika kami tidak berbual.
“Awak
dalam masalah?” tanya Hazriq tiba- tiba.
Masih
hendak bertanya? Masalahku ada kaitan dengan dia! Tapi sekarang kami berlakon
yang kami ialah orang asing, kan? Bolehkah aku ceritakan?
“Ya,”
jawabku.
“Awak
boleh ceritakan pada saya,” katanya.
“Tapi
awak orang asing,” tempelakku, menyindirnya.
Tapi
lelaki itu cuma tersenyum. “Sebab tu lah awak boleh ceritakan kepada saya. Saya
akan mendengar apa saja masalah awak dan lupakan bila saya pulang nanti.”
Semudah
itukah? Jadi, biar aku mulakan.
“Saya
bakal berkahwin hujung bulan ni!” kataku. “Majlis kenduri dalam sebulan
kemudian!”
Dia
kelu, memandang aku dengan mata membulat. Aku menunggu dia naik angin atau
meninggi suara. Sebaliknya lelaki itu memejam mata, menarik nafas panjang.
“Kenapa?”
tanya Hazriq akhirnya.
“Sebab
itu yang terbaik yang saya dapat fikirkan sekarang.”
Sekali
lagi dia mendiamkan diri, menarik nafas panjang beberapa kali. Dia cuba untuk
minum minuman yang dibawanya tetapi tangannya kelihatan terketar- ketar.
Akhirnya dia letakkan minumannya ke meja, kemudian mengalihkan pandangannya ke
luar tingkap.
“Kenapa
awak tiba- tiba nak kahwin? Awak macam larikan diri dari sesuatu!” komen
Hazriq.
Giliran
aku pula menarik nafas panjang.
“Ada
beberapa sebab. Salah satunya sebab saya dan…kawan saya. Hubungan kami baik. Sangat
baik. Dia dah bertunang dengan kekasih dia. Tiba- tiba tunang dia beritahu saya
yang dia nak batalkan pertunangan dia. Tunang…um…kawan saya tu salahkan saya. Alasannya
ialah sebab wujud perasaan yang tidak sepatutnya antara saya dan…umm….”
“Panggil
saja dia En. A,” saran Hazriq.
“Okay,
dia cakap En. A cintakan saya!”
“Dan
bagaimana dengan awak? Apa perasaan awak pada En. A?” tanya Hazriq, memandang
aku tepat pada wajahku.
“Kami
kawan,” jawabku ringkas.
“Itu
bukan jawapan untuk soalan saya. Apa perasaan awak pada dia?”
Untuk
seorang yang asing kepadaku, dia terlalu penyibuk sekarang!
“Pentingkah
untuk tahu perasaan saya pada dia?” soalku kembali.
“Perasaan
awak pada dia pun memainkan peranan yang penting,” balasnya.
Aku
mendengus, membalas renungannya. Hazriq tidak mengalihkan pandangan, sebaliknya
memandangku, menunggu jawapanku.
“Perasaan
saya pada dia tidak penting sama sekali. Dia tunangan orang, jadi saya tidak
patut rasa apa- apa yang tidak sepatutnya pada dia. Saya dan dia cuma boleh
menjadi kawan baik.”
Dia
tergelak kecil. “Jangan jadikan itu sebagai alasan. Kalau suka, cakap suka.
Kalau benci, cakap benci.”
Memandangkan
dia terus mendesak, aku terasa seperti menjawab yang aku bencikan dia sekarang!
“Saya
tak bencikan dia!” jawabku.
“Jadi
awak sukakan dia?” balasnya.
“Tak
semudah itu.”
“Tak
ada hubungan yang sukar.”
“Ada,
contoh yang baik ada di depan awak sekarang,” kataku.
“Awak
yang jadikannya sukar,” balasnya.
Aku
menghela nafas. “Mungkin.”
Hazriq
membisu, akhirnya mencapai minumannya.
“Saya
pun ada masalah,” katanya.
“Ya?”
tanyaku, walaupun aku sudah maklum masalahnya.
Hazriq
menghela nafas. “Saya namakan dia Cik R. Dia pun kawan baik saya. Saya cintakan
dia.”
Aku
tidak membalas.
“Saya
pernah bertunang tapi Cik R masih tak mahu terima saya biarpun saya sudah putus
tunang.”
“Sebab
dia puncanya! Dia tak mahu jadi orang ketiga!” tingkahku.
“Dia
bukan orang ketiga!” kata Hazriq dengan nada yang keras.
“Habis
orang yang ke berapa?”
“Satu-
satunya orang di hati saya sekarang ialah dia,” jawab Hazriq dengan bersungguh-
sungguh.
Terasa
pipiku panas dengan pengakuannya tetapi aku segera berdehem. Jangan
terpengaruh!
“Tapi
awak tinggalkan tunang awak untuk dia, kan? Bagaimana dia bukan orang ketiga?”
“Jadi
patutkah saya curang dengan bekas tunang saya bila saya tidak lagi cintakan
dia? Bolehkah dia terima bekas tunangnya tidak cintakan dia tapi menaruh
perasaan pada orang lain?”
“Awak
kecewakan hati dia dengan putuskan pertunangan awak.”
“Tidak ada perpisahan yang tidak ada orang
yang terluka. Apatah lagi dalam hal macam ni. Saya jelas dengan perasaaan saya
pada Cik R. Biarpun dia tidak dapat terima cinta saya pada dia, saya tidak
boleh terus menipu diri dengan berpura- pura setia. Bukankah begitu akan
menyebabkan bekas tunang saya lebih terluka bila dia tahu kelak?”
Aku
tidak ada jawapan untuk hal itu. Kata- katanya memang benar tapi aku masih
tidak mahu terima. Entah kenapa, ada yang tidak kena.
“Dengan
siapa awak hendak berkahwin?” tanya Hazriq.
“Bekas
tunang saya,” jawabku.
Mendengar
jawapan itu, Hazriq merenungku dengan pandangan sukar dimengertikan.
“Awak
masih lagi cintakan bekas tunang awak?” tanya Hazriq lagi.
“Bukan
urusan awak!” jawabku.
“Tapi
saya, maksud saya, En. A pasti hendak tahu perasaan awak pada tunang awak.”
“En.
A terlalu fokus dengan perasaan saya! Perasaan saya pada dia! Perasaan saya
pada bekas tunang saya!” tempelakku.
“Salahkah
untuk tahu?” Hazriq menjungkit kening.
“Dia
tahu perasaan saya!”
“Perasaan
manusia boleh berubah.”
“Perasaan
saya masih lagi sama!” desisku, makin jengkel dengan soalannya.
“Jadi
awak tak lagi cintakan tunang awak?” kata Hazriq.
Aku
tidak menjawab, merenung meja sambil menghirup minumanku.
“Jangan
kahwin dengan dia hanya sebab awak nak jauhkan En. A dari awak,” kata Hazriq.
“Habis
atas sebab apa saya perlu kahwin dengan dia?” soalku.
“Sebab awak memang cintakan dia.”
“Jadi
saya akan belajar cintakan dia! Saya pernah cintakan dia. Jatuh cinta saja
sekali lagi. Orang yang tak pernah bercinta pun boleh berkahwin, apatah lagi
pasangan yang pernah bercinta macam kami!”
Dia
tergelak. “You’re too naïve!”
“Apa
maksud awak?”
“Perasaan
bukan macam suis lampu. Boleh ditekan untuk dibuka atau ditutup. Ia tak semudah
itu.”
“Perasaan
boleh dipupuk,” balasku.
“Semudah
itu?” soalnya, merenungku.
“Semudah
itu!” balasku, tidak melarikan diri dari pandangannya.
“Kalau
perasaan boleh dipupuk kenapa tak belajar menyintai En. A?” soalnya lagi.
“Sebab
dia tunang orang.”
“Bekas
tunang.”
Aku
membisu, merenung keluar. Terasa seperti perbualan kami berpusing di tempat
yang sama. Dia asyik yakinkan aku untuk terima dia, dia asyik cakap dia dah
lama putuskan pertunangan dengan Nurrul Azzwa dan aku tidak sepatutnya
berkahwin dengan Furqan. Hal ini tidak akan selesai nampaknya.
“Boleh
saya cakap sesuatu?” tanya Hazriq.
“Apa
dia?”
“Saya
dapat rasakan awak pun cintakan En. A.”
Terus
aku memandang dia.
“Mengarut!”
desisku.
“Betulkah?”
Dia menjungkit kening.
“Ya!”
“Ya
kah? Cuba cakap begitu sekali lagi sambil pandang mata saya.” cabarnya, kali
ini merenungku tajam.
“Saya…”
Aku
kembali merenung keluar. Hazriq tergelak kecil. Entah kenapa, aku rasa
meradang. Hmm, perkara ini tidak akan selesai dengan terus berbual begini!
“Saya
nak balik!” kataku dengan nada yang keras.
Tiba-
tiba aku terus bangun, mencapai beg dan melangkah keluar dengan laju.
“Nanti,
Rania!”
Dan,
pastinya dia mengejar dari belakang. Tidak memperdulikan dia, aku terus ke
kereta. Sebelum sempat aku buka pintu, dia terus menahan pintu kereta dari
dibuka.
“Tak
bolehkah kita bercakap tanpa awak asyik melarikan diri?” tanya Hazriq.
“Tak
ada apa yang kita nak cakapkan lagi. Saya dah cakapkan semuanya tadi,” jawabku
dengan geram.
“Awak
dah cakap semuanya kecuali perasaan awak pada saya.”
“Kenapa
awak asyik mendesak? Saya dah nak kahwinlah!” bantahku.
“Dengan
lelaki yang awak tak cinta tu!”
“Ya
dan itu bukan masalah awak!” tempelakku.
“Masalah
saya bila saya cintakan awak dan awak pun cintakan saya!” balasnya.
“Saya
tak perlu kahwin atas dasar cinta.”
“Jadi
awak cintakan saya?”
Itu
yang dia fokuskan dari tadi?
“Ya!”
jawabku.
Hazriq
merenung wajahku dengan raut wajah tidak percaya.
“Jadi
awak memang cintakan saya?” tanya Hazriq, bagaikan tidak percaya dengan
pengakuanku.
“Ya,
memang saya cintakan awak!” jawabku, tidak lagi berselindung. “Tapi saya tetap
akan kahwin dengan Furqan!”
“Kenapa?”
tanya Hazriq.
Dia
tanya kenapa aku cintakan dia atau kenapa aku hendak berkahwin dengan Furqan?
“Semua ni tak masuk akal.” Dia tergelak
walaupun dia bagaikan ingin menangis.
Betul,
aku juga fikirkan hal yang sama. Tapi dunia tidak berputar mengelilingi kita.
Ada perkara yang memang tidak dapat kita miliki biarpun berapa kuat kita
berusaha. Setiap perkara sudah ditetapkan ketentuannya. Aku memejam mata,
menarik nafas panjang. Semua yang berlaku membuatkan aku rasa terlalu letih
sekarang.
Hazriq
menghela nafas. “Saya merayu, batalkan perkahwinan awak. Tak apa kalau awak tak
terima saya sekarang tapi jangan libatkan orang lain dalam hal kita. Awak akan
lukakan hati banyak pihak nanti.”
“Maaf,
saya tak boleh buat macam tu. Tarikh perkahwinan kami pun dah ditetapkan. Saya
hanya menunggu hari saja lagi untuk menjadi isteri dia,” jawabku dengan
perlahan.
“Please
don’t make a mistake! Awak akan menyesal nanti!”
“Mungkin.”
“Habis
tu?”
Aku
hanya menggeleng. Hazriq bagaikan ingin hilang akal dengan jawapanku.
“Ini
yang sepatutnya. Awak dan Nurrul Azzwa, saya dan Furqan,” kataku.
“Awak ingat saya akan terima dia semula hanya
sebab awak akan kahwin dengan orang lain?” Dia tergelak sinis. “Maaf, saya tak
semudah itu!”
“Itu
terpulang pada awak.”
“Awak
ni memang kejam!” katanya.
Aku
tahu tindakanku memang kejam. Tapi aku memang tidak dapat fikirkan cara yang
lain selain ini. Jadi benci saja aku! Mungkin itu yang terbaik!
Memandangkan
dia tidak lagi memegang pintu kereta, aku membuka pintu lalu masuk. Aku
merenung dia yang berdiri berdekatan dengan wajah yang sugul.
“Maafkan
saya,” kataku dengan perlahan. “Saya tak harap awak maafkan saya, sebab apa
yang saya lakukan memang kejam. Sekali lagi saya minta maaf.”
Aku
pasti dia tidak dapat dengar. Aku terus hidupkan enjin kereta, kemudian pulang.
Aku tidak pasti sama ada dia melihat aku pergi kerana aku langsung tidak
menoleh ke belakang lagi.
No comments:
Post a Comment