Pernah
dengar cerita keluarga orang paling kaya di kawasan ini? Tak pernah?
Mestilah
tak pernah, dia bukan lagi orang yang paling kaya itu! Selepas beberapa
generasi yang semuanya orang kaya, tiba-tiba mereka yang di generasi itu jatuh
miskin. Harta yang diwarisi dan kononnya boleh dimakan hingga tujuh keturunan
itu tiba-tiba lesap!
Ada
yang cakap, mereka kena tipu. Bekas orang kaya tidak berapa pandai uruskan perniagaan
warisan keluarganya. Hampir semua urusan diserahkan kepada pembantunya.
Pembantunya itu akhirnya jadi tamak. Dia lakukan sesuatu yang keji dan rampas
kesemua harta bekas orang kaya.
Ada
yang cakap keluarga mereka terlalu boros dan tidak pandai uruskan duit. Selalu
beli barangan yang mahal dan mewah. Lukisan harga jutaan ringgit pun dibeli! Untuk
apa pun tak tahu! Akhirnya duit yang setinggi gunung juga habis dikikis.
Ada
yang cakap ada orang yang berdendam dengan mereka. Jadi orang itu yang membuatkan
mereka jadi papa kedana. Semua harta bekas orang kaya dirampas oleh orang itu.
Bekas orang kaya dan keluarganya diusir dari rumah agam milik mereka. Rumah itu
juga dirampas.
Jadi
apa yang sudah jadi dengan bekas orang kaya dan keluarganya?
Ada yang cakap, orang kaya itu hilang akal selepas tiba-tiba
miskin. Jadi keluarganya membawa dia pergi ke kawasan yang jauh dari orang.
Kata orang, mereka tak mahu ada masalah yang timbul.
Ada
juga yang cakap, bekas orang kaya jatuh sakit. Tapi disebabkan keluarganya
sekarang sudah miskin, mereka tidak mampu untuk mengubati bekas orang kaya.
Hendak minta tolong, tidak tahu pada siapa. Kasihannya dia.
Ada
pula yang cakap, disebabkan tidak tahan hidup susah, isteri bekas orang kaya
itu lari selepas ceraikan bekas orang kaya. Ada juga yang cakap, dia mengahwini
orang kaya yang lain selepas bercerai. Ada sesetengah pula cakap bekas orang
kaya kenal orang kaya yang menjadi suami kepada bekas isterinya itu. Bekas
isterinya itu tidak lagi menjenguk mereka. Langsung tidak peduli nasib bekas
orang kaya atau anak-anaknya. Wah, memang teruk betul dia!
Ada
yang cakap, disebabkan hidup mereka susah, anak lelaki orang kaya tidak habis
belajar kolej. Dia bekerja untuk menyara keluarga mereka. Tapi memandangkan dia
belajar di luar negara sebelum keluarganya jadi miskin, dia berhenti belajar
dan bekerja di sana. Macam-macam kerja yang dia buat supaya dia boleh hantar
wang untuk sara keluarganya.
Itu
cakap itu, ini cakap ini, yang mana betulnya? Ataupun khabar angin? Jadi apa
yang betul-betul berlaku?
No comments:
Post a Comment