“Ini…
rumah siapa?”
Ayni
berdiri di pintu, melihat saja Luqman yang mengeluarkan kunci. Ayni menjenguk
ke sekeliling, tapi masih tidak mahu melangkah masuk.
“Rumah
saya!” jawab Luqman.
Tadi
dia cakap dia tak akan bawa Ayni ke rumahnya! Jadi dia menipu! Ayni berundur
selangkah, kemudian terus berjalan ke lif.
“Wah,
nanti! Dengar dulu!” kata Luqman.
“Awak
tipu saya!” kata Ayni, enggan berhenti.
Butang
turun ditekan berkali-kali. Ah, lambat pula lif ni! Ayni cuba berjalan ke
tangga tapi Luqman segera menghalangnya.
“Saya
tak tipu!”
Ayni
merenung Luqman dengan wajah mencuka.
“Okey…
sikit.”
Kali
ini Ayni menyilang tangan.
“Banyak
sikit! Tapi dengarlah dulu!” Cepat-cepat Luqman menyambung apabila Ayni cuba
berjalan lagi.
“Rumah
ni memang rumah saya tapi saya tak tinggal di sini,” kata Luqman.
“Awak
tinggal di mana?”
“Di
rumah yang lain.”
Ayni
mengerut dahi. “Berapa banyak rumah yang awak ada?”
“Nanti
saya hantarkan senarainya pada awak.”
Dia
bergurau atau serius?
“Saya
tak mahulah! Saya nak buat apa dengan senarai tu?”
Luqman
menjungkit kening. “Bukan awak nak tahu tadi?”
Ayni
mengeluh, terasa ingin memicit kepalanya. Dia terlalu letih dengan semua yang
berlaku hari ini dan dia masih tidak dapat berehat.
Luqman
tersenyum. “Saya tak kan tipu awak, jadi jomlah.”
“Saya
tak mahu masuk berdua-duaan dengan awak!” bantah Ayni.
“Ada
orang lain dalam rumah tu. Saya minta dia datang bersihkan rumah.”
“Pembantu
awakkah?”
Ayni
terbayang Azhar yang masih berwajah serius tapi memakai apron dan memegang penyapu
bulu ayam di tangan.
Arahan
dari bos, pasti saya akan laksanakan sebaik mungkin!
“Bukan,
dia memang pembantu rumah. Saya pasti Azhar pun boleh lakukan kerja dengan baik
kalau saya arahkan dia buat, tapi dia masih ada banyak dokumen yang perlu
disemak di pejabat,” terang Luqman.
Ayni
hanya tersengih. Dia masih terkenang Azhar dengan apronnya itu. Ayni akhirnya
mengikut Luqman masuk ke dalam rumah. Memang benar ada seorang wanita menunggu
mereka di dalam. Wanita itu tunduk dengan hormat apabila nampak Luqman dan
Ayni. Sama seperti dengan Azhar, Luqman langsung tidak pedulikan dia.
“Dia
akan datang untuk uruskan semua hal setiap hari. Kalau awak perlu beli apa-apa,
awak boleh beritahu dia atau beritahu terus kepada saya. Ada dua bilik tidur,
jadi awak boleh pilih mana-mana bilik yang awak mahu,” kata Luqman.
Ayni
melihat sekeliling. “Tinggal di sini? Awak ni biar betul.”
“Betullah,
apa yang tak betul?”
“Berapa
lama?” tanya Ayni.
“Seberapa
lama yang awak nak. Nak tinggal terus pun boleh. Tak ada masalah dari pihak
saya.”
Ayni
mengeluh. “Boleh tak jangan bergurau? Saya terlalu letih untuk layan semua ni
sekarang.”
Luqman
menggeleng. “Tapi saya memang serius!”
“Tapi
kenapa? Saya dah tak ingat berapa kali awak tolong saya. Walhal beberapa hari
yang lepas, kita langsung tak kenal pun,” soal Ayni.
Beberapa
hari yang lepas, mereka cuma berjumpa di kedai makan. Beberapa hari yang lepas,
mereka tidak banyak berbual. Dan beberapa hari yang lepas, Ayni pasti Ayni
tidak akan ikut Luqman seperti ini. Kalau orang cakap dia akan berada di sebuah
rumah dengan seseorang lelaki yang dia baru kenal, mungkin dia akan cakap ia
sangat mustahil!
Luqman
mengukir senyum. “Mungkin kita pernah kenal. Mungkin awak tak ingat. Mungkin juga
ia bukan hal yang penting pun. Jadi tak perlu fikir banyak.”
Lagi
sekali dengan jawapan kaburnya. Boleh tak terangkan saja? Seronokkah timbulkan
rasa ingin tahu?
“Awak
berehatlah. Esok kita berbual lagi,” kata Luqman.
Ayni
sendiri terlalu letih untuk berfikir lagi, jadi dia biarkan dulu hal itu. Esok
dia akan tanya lagi sampai dapat jawapan. Selepas Luqman dan pembantu rumah itu
pulang, Ayni melihat-lihat sekeliling apartmen itu. Semuanya ada. Dari set
bilik tidur yang lengkap, hinggalah ke hiasan. Malah makanan juga memenuhi peti
sejuk. Tiba-tiba perut Ayni berkeroncong. Ayni boleh makankah? Tapi ini bukan
miliknya.
Ayni
menggigit bibir, menahan lapar. Akhirnya dia menutup peti sejuk dengan agak
kuat. Tidur! Semua masalah akan selesai bila tidur!
Tapi
di tempat baru, susah untuk terus tidur. Bila begini barulah dia boleh berfikir
dengan tentang kejadian beberapa hari ini. Ke mana Arman menghilang? Bagaimana
dia boleh tinggalkan Ayni begitu saja?
Nanti
Ayni masih perlu cari bilik sewa. Walaupun niat Luqman baik untuk menolongnya,
Ayni tidak boleh ambil kesempatan. Dia tak boleh tinggal di sini selamanya.
Ayni tak mahu terus susahkan orang.
Untuk
seseorang yang berumur 17 tahun, banyak betul yang Ayni perlu fikir. Ayni
menghela nafas, memandang siling yang gelap. Apa akan jadi lepas ni? Ayni sudah
tidak tahu hendak fikir apa lagi.
Ayni bangun lebih awal dari
biasa. Perut meragam kerana dia tidak makan langsung hari sebelumnya. Perlukah
dia keluar untuk beli makanan?
Mengarut!
Dia mana ada duit!
Selepas
berfikir panjang, Ayni buka juga peti ais itu. Dia berfikir sama ada hendak gunakan
sedikit makanan di dalam peti ais ini. Apa yang paling murah? Dari bahagian
beku hingga ke sayur, hanya itu yang nampak paling murah. Ayni goreng telurlah.
Sekurang-kurangnya dia mampu untuk bayar balik harga sebiji telur.
Ingat
lagi skil memasak Ayni? Telur goreng itu hangit! Ayni menguis-nguis telur itu
dengan garfu, menelan liur. Boleh makan lagikah? Bukan salah Ayni, okey! Telur
tu yang melekat di belanga. Mungkin Ayni patut masukkan minyak lebih banyak. Bersusah
payah Ayni cuba untuk terbalikkan ke sebelah lagi. Itu yang hancur, selain dari
berwarna hitam.
Habis
sekarang macam mana? Ayni masih perlu makan. Dia menghela nafas. Ah, makanlah!
Rasanya tak akan ada masalah. Lagipun ini bukan kali pertama Ayni masak begini.
Setakat ini Ayni masih hidup dengan sihat!
Baru
hendak mencucuk telur, terdengar loceng pintu. Terpinga-pinga sekejap Ayni. Dia
ada tetamukah? Tapi ini bukannya rumah Ayni. Perlahan-lahan dia bangun,
mencapai tudung, kemudian ke pintu. Hendak terus bukakah? Entah-entah orang itu
salah rumah. Setelah berfikir beberapa kali, akhirnya Ayni membuka pintu juga.
Luqman
tersengih lebar. “Assalamualaikum.”
Eh,
rupanya dia! Azhar berdiri tegak di belakang Luqman, cuma menundukkan kepala
sedikit kepada Ayni.
“Waalaikumsalam.
Kenapa awak tak masuk terus? Bukankah awak pun ada kunci? Rumah awak, kan?”
tanya Ayni.
“Tapi
sekarang ini rumah awak, tak kan saya nak meluru masuk macam tu saja. Awak buat
apa? Boleh kita berbual?” tanya Luqman.
Ayni
membuka pintu lebih luas, membenarkan dua lelaki itu masuk. Luqman yang melalui
meja makan ternampak hasil ‘seni’ Ayni pada pagi itu.
“Apa
benda ni?” tanya Luqman dengan hairan.
Alamak!
Cepat-cepat Ayni ke meja, mengambil piring itu.
“Tak
ada apa-apa!” kata Ayni dengan rasa malu.
“Makanankah?”
tanya Luqman.
Ah,
jangan tanya lagi! Malulah! Bertambah malu apabila melihat Luqman tersenyum
penuh makna.
Tapi
bagaikan 180°, senyuman itu terus lenyap apabila Luqman berpaling memandang
Azhar dan bercakap dengan serius. “Telefon pembantu rumah tu. Suruh dia datang
sekarang. Mulai sekarang dia kena datang lebih awal untuk siapkan sarapan.”
“Baik!”
Terus Azhar keluarkan telefon.
Sarapan
siapa? Aynikah?
“Nanti!”
kata Ayni dengan tiba-tiba.
“Ada
apa?” tanya Luqman.
“Awak
minta dia siapkan sarapan siapa?”
“Awaklah,”
jawab Luqman dengan selamba. “Sepatutnya dia dah siapkan sarapan awak. Awak tak
perlu buat apa-apa pun. Tapi sekarang awak masak sendiri. Mungkin saya patut
pecat dia!”
Luqman
memang nampak serius apabila dia cakap dia mahu memecat pembantu rumah itu!
“Nanti!
Kenapa pula awak nak pecat dia? Eh, bukan! Kenapa pula dia patut masak untuk
saya? Tapi… maksud saya… kenapa pula awak sediakan pembantu rumah untuk saya?
Saya… awak… hesy!” Ayni menggosok kepalanya.
Luqman
tergelak. “Bukan semalam saya dah beritahu awak yang dia akan uruskan semua hal
di sini? Saya harap awak dapat tinggal di sini dengan selesa.”
Ayni
ingat kata-katanya itu, tapi hari ini bila Ayni sudah berehat, barulah dia
dapat berfikir dengan baik. Tindakan lelaki ini benar-benar tidak masuk akal!
Mula-mula dia sediakan sebuah rumah. Kemudian dia sediakan seorang pembantu
rumah. Entah-entah lepas ini dia akan hadiahkan kereta pula pada Ayni.
Sementara
menunggu pembantu rumah sediakan makanan, mereka duduk di sofa. Luqman dan
Azhar berbincang tentang sesuatu. Ayni pula masih berfikir panjang sambil
sekali-sekala mengerling Luqman. Ah, memang sukar untuk menduga apa yang
bermain di fikiran lelaki ini sebenarnya.
“Apa
yang awak masak tadi tu?” tanya Luqman tiba-tiba.
Kenapa
dia masih ingat tentang hal itu? Lupakanlah! Tolonglah lupakan! Tapi Luqman
nampak betul-betul berminat, menunggu jawapan dari Ayni dengan sabar.
“Telur
goreng,” jawab Ayni.
Luqman
mengangguk. “Pertama kali saya nampak telur goreng macam tu.”
Kalau
bukan kerana dia nampak serius, pasti Ayni fikir dia menyindir Ayni. Ah, nanti!
Mungkin dia memang menyindir!
“Tapi
kenapa cuma telur goreng? Bahan tak cukupkah? Nanti saya minta dia tambahkan
lagi bahan dapur,” kata Luqman.
“Tak,
itu bukan masalahnya,” gumam Ayni.
“Habis
kenapa?”
“Nanti
saya tak mampu nak bayar balik pada awak. Saya rasa telur itulah yang paling
murah.”
“Kenapa
pula awak nak kena bayar balik? Awak boleh gunakan apa saja yang ada di rumah
ni. Tak perlu bayar apa-apa,” kata Luqman, nampak benar-benar hairan.
Ayni
menghela nafas. “Tak bolehlah macam tu. Saya rasa terhutang budi dengan awak.”
“Habis
awak nak macam mana?” tanya Luqman.
“Saya
akan cari kerja secepat mungkin. Saya akan bayar balik pada awak dengan segera,”
kata Ayni dengan bersungguh-sungguh.
“Awak
masih lagi seorang pelajar. Kerja seorang pelajar ialah untuk belajar. Jadi
kenapa awak nak bekerja kalau saya boleh tolong awak?” soal Luqman, mengerut
dahi.
“Saya
tak suka berhutang! Saya seboleh-bolehnya tak mahu berhutang dengan sesiapa
pun! Saya tak mahu awak tolong saya juga! Dah banyak awak tolong saya! Saya tak
tahu macam mana nak balas balik nanti!”
“Hmm,
nampaknya awak memang berkeras tentang hal ni. Tak kira apa saya cakap pun,
awak masih nak bayar balik pada saya. Tapi kerja apa yang awak nak buat?”
“Entahlah,
saya belum pasti lagi. Tapi susah juga nak dapat kerja sekarang. Mungkin kalau
terdesak, saya boleh juga buah pinggang saya untuk langsaikan hutang pada awak,
ha ha.”
Ayni
cuma bergurau, tak perlulah tengok Ayni dengan serius! Azhar pun sama! Sama
saja majikan dengan pekerja!
Luqman
menarik nafas panjang. “Macam ni lah. Saya ada satu cadangan, tak tahulah awak
akan setuju atau tidak.”
“Cakaplah.”
“Dari
awak bekerja entah apa atau jual buah pinggang awak tu, awak boleh bekerja
dengan saya. Tunggu saya cakap dulu,” kata Luqman apabila nampak Ayni ingin
memprotes. “Hari biasa awak ke sekolah, awak belajarlah. Hari Sabtu, datang ke
pejabat saya. Saya akan minta Azhar sediakan kerja untuk awak. Saya akan beri
awak elaun untuk setiap jam awak bekerja. Macam mana?”
“Hari
Ahad macam mana?”
“Awak
masih perlu mengulangkaji.”
Ini
lebih baik dari tiada. Lagipun Ayni boleh belajar dan dapatkan pengalaman
bekerja dalam masa yang sama. Tak kisahlah berapa elaun yang dibayar, ada juga
pendapatan. Kalau tak cukup, Ayni akan cuba cari kerja lain.
“Saya
cuba dulu, boleh?”
“Mestilah
boleh!” Luqman tersenyum girang. “Hujung minggu ni awak boleh cuba.”
Ayni
tersenyum, mengangguk. Memandangkan Luqman pun ada bersama, Ayni mengajak dia
bersarapan bersama. Azhar pun Ayni ajak, tapi dia menolak dengan raut wajah
yang serius.
Bila
makan bersama begini, Ayni teringatkan keluarganya. Dulu, kadang-kala mereka
akan makan bersama. Walaupun papa dan mama selalu sibuk, mereka sering cari
masa untuk berkumpul. Ayni yang masih muda pada waktu itu rasa teruja setiap
kali semua orang dapat berkumpul. Apatah lagi jika mak tok pun ada. Mak tok
melayan karenah Ayni dengan penuh sabar. Rindunya Ayni pada mak tok!
Agaknya
sebab itulah masa silam dipanggil kenangan. Ia tidak akan dapat diulang, cuma
dapat dikenang.
“Kenapa?”
tanya Luqman bila nampak Ayni tidak lagi makan. “Awak nak makanan yang lain?”
Ayni
menggeleng. “Di mana agaknya papa saya?”
“Saya
akan minta orang carikan dia.”
Sekali
lagi Ayni menggeleng. “Biarlah, buat masa sekarang saya tak mahu jumpa dia. Selama
ini pun, biarpun dia ada tapi dia macam tak ada.”
Luqman
hanya mendengar, tidak menjawab.
“Awak
tahu tak yang dia perlu jumpa cikgu di sekolah esok? Macam mana saya nak beritahu
cikgu yang papa saya tiba-tiba hilang? Agak-agak cikgu akan percaya tak?” kata
Ayni, tersenyum tawar.
Ayni
mencucuk- cucuk makanan dengan garfu. Seleranya tiba-tiba hilang.
“Saya
dah kenyang. Saya minta diri dulu,” kata Ayni.
“Tak
banyak pun awak makan,” komen Luqman.
“Saya
nak berehat.” Ayni terus masuk ke dalam bilik.
Memang
masa silam itu sepatutnya kenangan. Tapi kejamkah kalau Ayni berharap yang masa
silam itu dapat diulang? Ayni rindukan kenangan yang tidak dapat digapai itu
lagi. Ayni cuma ingin kembali ke masa itu.
Itu…
mustahil, kan?
No comments:
Post a Comment