Akhirnya
majlis yang awalnya untuk meraikan perkahwinan aku dan Furqan akhirnya bertukar
menjadi jamuan kecil keluarga kami. Aunty Sofea yang masih sugul meminta diri
untuk pulang lebih awal. Aku tahu dia masih bersedih. Memandangkan banyak hal
yang perlu diselesaikan, Uncle Hadi duduk menunggu untuk berbincang tindakan
yang dapat diambil selepas ini. Furqan menawarkan diri untuk menghantar Aunty
Sofea dan Danish pulang. Katanya dia akan datang kembali selepas itu.
Mereka
yang lain yang datang tidak bertanya walaupun masing- masing bagaikan dapat
menduga apa yang telah berlaku. Tetapi memandangkan mereka sanak saudara yang
selama ini memang boleh dipercayai, ayah yakin mereka akan tutup mulut.
Seterusnya cuma perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah lain seperti
kad jemputan yang telah diedar dan tempahan- tempahan yang telah dibuat.
Nampaknya
aku memang timbulkan banyak masalah kepada semua orang. Disebabkan itulah aku
duduk di kerusi di balkoni, malu untuk bersemuka dengan semua orang lain.
“Minumlah.”
Segelas
air oren yang sejuk diletakkan dihadapanku. Ibu mengambil tempat disebelahku.
Sambil mengucapkan terima kasih, aku mencapai gelas itu, menikmati minuman
sejuk. Cepat saja aku habiskan. Tidak sedar pula aku rasa dahaga begini.
“Janganlah
difikirkan lagi, kami boleh selesaikan masalah ni,” kata ibu, bagaikan mengerti
apa yang aku fikirkan sejak tadi.
“Maafkan
saya, saya dah timbulkan banyak masalah untuk semua orang,” kataku.
Ibu
mengukir senyuman kecil. “Kalau ucapan maaf kamu tu senilai dengan emas, kita
dah kaya agaknya! Entah berapa kali kamu ucapkan maaf tu.”
“Tapi
saya memang rasa bersalah pun,” kataku dengan suara kecil.
“Ibu
tahu tapi ibu rasa ibu pun patut minta maaf kepada kamu juga,” kata ibu.
“Kenapa?”
Aku memandang ibu dengan hairan.
“Ibu
sebenarnya perasan yang kamu bukannya hendak kahwin dengan Furqan pun. Tapi ibu
abaikan. Kalau ibu lebih perihatin dengan perasaan kamu, ibu sepatutnya dah
halang kamu sejak dulu lagi.”
Aku
cuma menggeleng. Bukan salah ibu atau sesiapa pun, aku yang terlalu berdegil. Untuk
lari dari masalahku, aku lukakan banyak pihak yang lain. Ibu memeluk bahuku.
“Anak
ibu, jangan terus salahkan diri sendiri. Macam yang ibu cakap tadi, ibu nak
kamu bahagia. Selepas ni, jangan ulangi hal ni lagi. Boleh kamu janji dengan
ibu?”
Suara
ibu yang lembut itu hampir membuatkan aku sekali lagi menangis. Aku cuma
mengangguk. Ibu mencium pipiku, kemudian kembali masuk ke dalam. Entah berapa
lama aku terus termenung di situ.
“Assalamualaikum.”
Aku
berpaling, melihat Furqan berjalan ke arahku. “Waalaikumsalam.”
“Kenapa
termenung lagi? Kan dah selesai pun,” tegur Furqan, mengambil tempat di
depanku.
“Banyak
yang saya fikirkan,” jawabku.
“Tak
sangka awak batalkan betul- betul sebelum lafaz akad,” kritik Furqan, biarpun
bibirnya menguntum senyum lebar.
“Awak
juga yang cakap tak apa,” balasku, mengerlingnya.
Furqan
tergelak mendengar jawapanku. Aku tidak tahu hendak katakan apa kepada Furqan
sebenarnya. Tidak kira apa pun, perasaan bersalah itu tetap ada.
“Ya,
dan seperti mana yang pernah saya cakap, saya akan tetap sokong keputusan
awak.”
Ah,
makin kuat perasaan bersalah aku! Lebih mudah jika Furqan ialah seseorang yang
aku benci, aku tidak perlu rasa begini.
“Saya
minta maaf,” kataku.
“Sebab
batalkan majlis perkahwinan kita? Kali kedua pula tu!” kata Furqan.
“Ya.”
“Hmm,
tak apa. Lagipun awak bukannya cantik sangat pun!” komen Furqan, seraya
mengerling aku.
“Hei!”
desisku, menjeling lelaki itu.
Memanglah
aku rasa bersalah tapi itu tidak bermakna dia boleh mengutuk aku pula!
Dia
cuma tergelak. “Saya berguraulah!”
Kejam
betul gurauan dia!
“Dari
tadi awak asyik minta maaf saja. Sudah- sudahlah, semuanya dah selesai dengan
baik,” kata Furqan.
“Tapi
saya memang rasa bersalah. Tak kira berapa kali saya minta maaf pun, masih rasa
tak cukup.”
Furqan
menghela nafas. “Dah cukup, dah banyak kali awak ulang pun. Tak perlulah ulang
lagi. Semua orang dah tahu awak rasa bersalah dan kami pun tak salahkan awak
pun. Jadi tak perlulah cakap lagi.”
Aku
cuma mengangguk. “Tapi saya nak ucapkan terima kasih pada awak juga.”
“Untuk
apa?”
“Untuk
sokongan awak tadi,” jawabku.
Furqan
tersenyum. “Saya pernah cakap, kan? Saya akan sokong apa pun keputusan awak.”
“Kenapa
tak beritahu semua orang hal yang sebenar kenapa saya nak kahwin dengan awak?”
soalku, cuba menduga.
Furqan
mendengus. “Nak kena marahkah? Awak mungkin kena marah, saya mungkin kena
tumbuk lagi!”
“Awak
ingat ayah saya suka menumbuk orangkah?” soalku dengan jengkel.
“Saya
tak mahu cuba, nanti saya juga yang kena.”
“Awak
tak buat salah, buat apa dia nak tumbuk awak.”
“Manalah
tahu. Lagi satu, awak tak beritahu lelaki tu yang awak tak jadi berkahwin
dengan saya?” tanya Furqan, tersenyum penuh makna.
“Untuk
apa? Biarpun saya tak jadi kahwin dengan awak, dia masih akan kahwin dengan
tunangnya,” jawabku dengan rasa jengkel.
Tiba-
tiba pula dia bangkitkan hal ini. Hampir sepanjang hari aku lupakan hal ini,
sekarang aku teringat balik.
“Dia
tak akan kahwin dengan tunangnya,” kata Furqan dengan yakin.
“Kenapa
awak boleh cakap macam tu?” soalku, hairan dengan kata- katanya.
Furqan
tersenyum. “Sebab saya tahu dia memang betul- betul cintakan awak.”
Terkejut
aku mendengar. “Macam mana-”
“Saya
jumpa dengan dia sebelum majlis akad nikah kita,” jawab Furqan.
“Bila?”
Seingat
aku, baru semalam aku berbual dengan Hazriq. Tapi tidak ada langsung tanda-
tanda dia berjumpa dengan Furqan.
“Pagi
tadi, dalam pukul sepuluh pagi. Saya rasa saya dan dia ada perkara penting yang
perlu kami selesaikan. Jadi saya telefon dia, minta untuk berjumpa. Dia pun
setuju.”
Melopong
aku mendengar. Jadi dalam beberapa jam tadi, mereka berdua berjumpa dan
berbual?
“Tapi…macam
mana…?”
Furqan
memandang aku dengan raut wajah berlagak. “Awak ingat susah sangatkah saya nak
cari dia? Biarpun awak beria- ia tak mahu saya tahu nombor telefon dia, saya
masih ada cara untuk cari. Kan saya dah cakap, kami mesti berbual. Man to man!”
“Jadi
awak pergi jumpa dia? Buat apa?”
Jangan
cakap mereka bertumbuk pagi tadi! Tapi tidak ada kesan lebam atau luka pada
Furqan, jadi aku boleh berharap yang ia tidak berlaku.
“Bercakap,”
jawab Furqan, kemudian menghela nafas. “Secara jujur, saya tunggu peluang untuk
tumbuk dia. Salah cakap sikit pun cukuplah. Tapi selepas dia jelaskan semuanya,
saya pun boleh faham apa yang sudah berlaku.”
Ada
apa dengan lelaki dan tumbuk menumbuk? Tak boleh bercakap dengan mulut? Kenapa
hendak gunakan tangan?
“Saya
dah cakap, kan? Awak cari dia lagi kenapa?” tanyaku dengan jengkel.
“Sebagai
adik ipar awak, saya bertanggungjawab untuk jaga awak. Tambahan lagi, kalau
kita jadi bernikah, saya jadi suami awak. Maka lebih besar tanggungjawab saya
ke atas awak. Jadi tak salah apa yang saya buat,” jelas Furqan.
“Habis
macam mana awak boleh berubah fikiran?”
“Saya
boleh tahu yang dia benar- benar cintakan awak. Dia minta saya jaga awak sebaik
mungkin. Siap beri amaran pada saya.” Furqan tergelak sinis. “Macam saya ni tak
boleh diharap pula!”
Apa
yang telah mereka berdua bualkan?
Furqan
menghela nafas. “Walaupun saya tetap tak sukakan dia, tapi saya faham perasaan
dia. Kalau dia begitu kecewa awak akan kahwin dengan saya, bayangkan perasaan
dia nanti kalau dia tahu yang kita dah batalkan majlis kita. Entah- entah
melompat sampai ke bintang!”
Ah,
kenapa pula aku rasa malu!
“Kenapa
wajah awak merah?” soal Furqan.
“Tak
ada apa- apa,” gerutuku.
“Awak
tak nak telefon dia?”
“Nantilah,”
jawabku.
Furqan
tersengih. “Betulkah?”
“Jangan
sibuklah!” bentakku.
Furqan
cuma tergelak dengan reaksiku.
“Tapi
saya nak tanya lagi satu perkara. Sampai bila awak nak pakai macam ni?” tegur
Furqan, menunjuk dari atas ke bawah.
Oh,
aku lupa salin pakaian. Sekurang- kurangnya Furqan tidak lagi bersampin, tapi
aku masih lengkap berbaju pengantin.
“Biarlah,
bukannya selalu saya boleh pakai macam ni,” balasku dengan nada acuh tak acuh.
“Siapa
kata tak boleh. Pakailah, siapa kisah. Pakai pergi kerja pun tak apa.”
“Awak
ingat saya hilang akal?” tempelakku.
“Agaknya,
memandangkan dah dua kali awak tak jadi kahwin!” balas Furqan tergelak- gelak.
“Hei!”
Makin
kuat dia tergelak.
Jadi
bagaimana sekarang? Patutkah aku beritahu Hazriq yang aku dan Furqan tidak jadi
berkahwin? Apa agaknya reaksi dia nanti? Tapi apa yang hendak aku katakan
nanti? Hampir lebih satu jam aku merenung telefon yang aku letakkan di
hadapanku.
Hendak
telefon. Jangan telefon! Telefonlah. Tak, jangan! Hesy, telefon sajalah! Tapi…
Ah,
telefonlah!
Aku
melarik skrin telefon untuk menelefonnya. Selepas tiga deringan, ada jawapan.
“Assalamualaikum.”
Suara
seorang wanita.
“Waalaikumsalam,”
jawabku. “Boleh saya cakap dengan Hazriq?”
“Rania?”
“Ya.”
“Ini
Nurrul Azzwa.”
“Oh,
kenapa awak ada telefon dia?” tanyaku, mula terasa tidak sedap hati.
“Saya
dan dia sudah berkahwin. Jadi jangan telefon suami saya lagi. Saya tak akan
maafkan awak kalau awak rosakkan rumah tangga kami,” kata wanita itu dengan
nada yang tenang sebelum memutuskan talian.
Suami?
Mereka sudah berkahwin?
“B-bila
awak berdua berkahwin?” tanyaku.
“Petang
tadi!”
“Nanti!
Biar saya cakap dengan Hazriq dulu!” pintaku.
“Awak
dah gila! Bahagian mana dalam kata- kata saya tadi yang awak tak faham? Jangan
ganggu suami saya!” tengking Nurrul Azzwa.
Selepas
itu dia terus memutuskan talian. Aku tidak bermimpikah tadi? Benarkah mereka
berdua sudah berkahwin? Jadi pada hari aku sepatutnya disatukan dengan Furqan,
Hazriq bernikah dengan Nurrul Azzwa.
Furqan
cakap Hazriq tidak akan kahwin dengan tunangnya. Hazriq juga beritahu aku
perkara yang sama. Habis yang mana satu yang betul?
Dengan
tangan yang terketar- ketar, aku cuba menelefon beberapa kali tetapi
panggilanku gagal disambung. Aku merenung skrin telefon yang gelap. Ternampak
bayangku sendiri dengan air mata mengalir membasahi pipi. Aku segera mengesat
air mata tetapi masih tidak berhenti mengalir. Malah semakin lama, semakin
lebat air mataku. Akhirnya aku tidak dapat tahan lagi.
No comments:
Post a Comment