Esoknya, Hanis sekali lagi tiba awal di
sekolah. Hari ini ialah gilirannya untuk membersihkan kelas. Tetapi semasa di
koridor, seorang lelaki telah berdiri di situ.
King berdiri seorang diri dan merenung ke
luar tingkap.
Wajah Hanis terus merona merah.
‘Nanti! Dia bukannya kenal aku. Kenapa
mesti malu?’ Hanis berdialog di dalam hati.
Dengan itu, Hanis memberanikan diri dan
melangkah. Dia berjalan melepasi King apabila terdengar suara lelaki itu.
“Awal awak hari ni.”
Bulat mata Hanis, terus kakinya kaku.
Adakah King baru menegur dirinya atau dia perasan sahaja? Hanis tidak berani
menoleh, takut- takut dia cuma berkhayal.
“Kenapa dengan awak?”
Kali ini King betul- betul di belakangnya.
Perlahan- lahan Hanis berpusing, memandang wajah King.
“Awak…awak tegur…saya?” terketar- ketar
Hanis bertanya.
King tersenyum gelihati. “Ada orang lain
lagikah di sini?”
Hanis menggeleng. Dia mungkin bermimpi. Tak
mungkin dia sedang bercakap dengan King!
Hanis mencubit tangan King.
“Sakitlah!” lelaki itu mencelang Hanis.
Hanis tak bermimpi!
“Kenapa cubit saya?”
“Sebab kalau cubit saya, saya yang sakit
nanti,” jawapan itu keluar dengan bergumam dari bibir Hanis.
King menghela nafas. “Macam- macam awak
ni.”
“Mana peminat- peminat awak?” pelik melihat
King sendirian.
“Entah!” jawab King selamba. “Saya tak
peduli. Mereka yang asyik ikut saya.”
Mereka berdua berdiri mematung. Hanis tiba-
tiba terasa malu kembali.
“Saya minta diri dulu!” katanya cepat-
cepat, ingin beredar ke kelas secepat mungkin.
“Nanti!” panggil King. Lelaki itu berdiri
di depan Hanis.
Dia menggaru kepala yang tidak gatal
sebelum menyambung kata- katanya. “Saya nak ajak awak join saya lunch hari ni.”
Tergamam, Hanis merenung lelaki itu. Wajah
King sedekit kemerahan. King…malu?
“Awak tak setuju?” tanya King.
“Tak, err…bukan! Setuju!” berterabur Hanis
menjawab.
King tersenyum lebar. “Kita jumpa di
kafeteria rehat nanti!”
Hanis memandang belakang lelaki yang sedang
berlalu itu. Mulutnya terlopong. Adakah King cuba bermain- main? Tetapi dia
tidak mendapat apa jika buat begitu. Tapi kalau King mengajaknya, bagaimana
dengan mereka yang selalu mengerumuni King?
Kalau betul King mengajaknya makan bersama,
Hanis dapat rasakan yang dia akan dibunuh oleh kumpulan peminat King di
kafeteria nanti!
No comments:
Post a Comment