Monday, September 22, 2014

Novel : Suamiku, Encik Perfect 10! - Syamnuriezmil

Sumber : Thanks KaryaSeni


Sinopsis

Pertemuan yang tidak terduga sewaktu perjalanan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zafriel Danial. Lakonan selama seminggu demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula bertakhta di hati.

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zafriel Danial terhadap Aleeya Azmeen. Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zafriel Danial.


Komen~~~

Novel yang sangat menarik! Dah jadi drama belum? Belum, kan? Kut- kutlah termiss. Maklumlah, bukan selalu depan tv sangat pun. Tapi jalan cerita yang menarik dalam Suamiku, Encik Perfect 10! sangat sesuai untuk dijadikan drama.

Tapi adakah ada orang sebaik Zarief? Sanggup pura- pura berlakon demi menolong Aleeya sampai menyamar jadi suami. Kalau ada, Alhamdulillah. Walaupun macam tu, saya tak rasa saya akan buat benda yang sama kalau saya jadi dia.

Novel ini bukanlah perfect 10 (mana ada perfect 10, tak ada yang sempurna) tapi saya suka sangat. 

Saturday, September 20, 2014

Novel : Love You, Mr. Arrogant - Aliesha Kirana

Sumber gambar : Saya pinjam kat KaryaSeni

Sinopsis

Demi sebuah janji, Zaara Amirah rela menerima kehendak ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak- pijak jejaka bongkak itu sewenang- wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau- bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mentuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya mengeruhkan lagi keadaan.

Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh cinta pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.



Komenkah (?)

Secara jujur, tak faham macam mana Zaara boleh terus setuju untuk terima pinangan Irham sedangkan masih ada option lagi, contohnya buat report polis. Tapi kalau buat macam tu, tak jadi ceritalah ya tak?

Watak Zaara sendiri agak degil dalam sikap lembutnya, sesuai untuk menyanyingi hati kering Irham. Biarpun selalu dia kena buli, tehehe~

Tapi keseluruhan novel ini agak menarik. Tapi disebabkan saya tengok drama dulu sebelum baca novel, saya asyik terbayang wajah pelakon masa membaca. Siap terbayang Puan Sri Maryam dengan permnya.  Disebabkan ada sedikit perbezaan antara novel dan drama, adalah sedikit rasa teruja untuk terus membaca biarpun saya tengok dulu drama sampai habis.

Friday, September 5, 2014

Cerpen : Saya Suka Awak Bahagian III

Menjelang masa makan tengahari, jantung Hanis bagaikan hendak tercabut dari dadanya. Dia masih belum percaya yang King mengajaknya makan tengahari bersama. Langkahnya ke kafeteria juga bagaikan berduri. Hampir sepuluh minit, barulah dia sampai. Matanya terus mencari King.

King duduk di meja yang paling tengah, dikerumuni gadis dan jejaka yang biasa ada. Malah, rasanya sudah bertambah beberapa orang.

Hanis bagaikan ingin menangis. King pasti cuba mahu main- mainkan dia.

King yang nampak bosan tiba- tiba terpandang Hanis yang masih berdiri di pintu masuk. Lelaki itu terus bangun dan mendekatinya. Kumpulan peminatnya terpinga- pinga.

“Lambatnya! Dah lama saya tunggu,” King tersengih lebar.

Sekarang, bukan peminat King ternganga, malah satu kafeteria termasuk pekerja yang menghidang makanan terdiam, melopong memandang mereka berdua. Wajah Hanis merona merah.

“Kenapa?” tanya King, hairan.

“Awak betul- betul nak makan dengan saya?” Hanis bertanya sekali lagi.

“Betullah, berapa kali nak ulang? Nak kena tulis memo atau rakam supaya awak percaya?”

Hanis mencebik. Bergurau pula King ni!

“Siapa perempuan ni?”

Hanis berpaling melihat peminat- peminat tegar King sudah mengerumuninya. Mereka memandangnya dengan jelik.

“Hanis Affira, kelas aku.” Hanis mengenali gadis ini, Juwita.

“Kenapa King cakap dengan dia?” seorang pelajar lelaki yang tidak kenali bertanya.

“Dia pun sukakan King?” gadis yang berdiri paling dekat dengan King bertanya.

“Jangan pedulikan dia, marilah kita pergi makan,” manja sahaja suara gadis lain bersuara.

Hanis menggigit bibir. Mungkin King dah berubah fikiran tapi Hanis malu untuk bertanya. Biarlah dia pergi.

“Awak nak ke mana?” King menarik tangannya. Kedengaran suara- suara mereka yang terkejut di seluruh kafeteria.

Tanpa berkata apa- apa, King menarik tangannya keluar. Dia langsung tidak menghiraukan teriakan peminat- peminatnya. Hanis pula terlalu tergamam untuk berkata apa- apa. Mereka tiba di mesin makanan layan diri berdekatan Dewan Utama.

“Maaf, saya rasa susah kita nak balik ke kafeteria dengan perangai mereka macam tu. Kita beli makanan dalam mesin ni, boleh tak?” tanya King.

Hanis mengangguk laju.

King membelanjanya dengan roti, makanan ringan dan air dan membeli banyak makanan untuk dirinya sendiri. Mereka duduk untuk makan di bangku berdekatan padang.

Hanis dapat rasakan perbezaan King bila berbual dengannya. Dia bukan lelaki cool, serius dan pendiam seperti yang dibayangkan. King tidak banyak bercakap tetapi kelakar dan baik. Dia seperti tidak mempedulikan statusnya sebagai pelajar paling popular.

“Esok saya jumpa awak lagi untuk makan tengahari?” tanya King apabila dia menghantar Hanis balik ke kelas. Hanis tersenyum dan mengangguk.

Hanis duduk di meja, tunduk mengeluarkan buku. Tiba- tiba, sepasang tangan menepuk meja dan bertanya dengan kuat;

“Kenapa King tarik kau tadi?”