Watak- Watak Utama
Wirda Eirdayu
Gadis yang berasal dari Kuantan tetapi menetap di ibu kota. Asal bekerja makan gaji, akhir membuka perniagaan sendiri yang diberi nama Matahari.
AdamHaikal
Jatuh cinta dengan Wirda tetapi tidak meluahkan perasaan kerana Wirda bercinta dengan Razif. Seorang juruterbang (apsal aku asyik terbayang Zill yang dalam Rindu Awak 200% masa create dia??? Why?????)
Razif Firman
Peguam yang berjaya dan terkenal. Kekasih kepada Wirda. Mula berubah selepas mula bekerja.
Rina
Kawan baik Wirda
Tuan Haji Soffian
Majikan Wirda di S&S Advertising
Dian Asmira Dato' Asmadi
Juga peguam. Jatuh cinta pada Razif (peguam handsome & glamour susah orang nak tolak~)
Sunday, August 31, 2014
Saya Suka Awak : Bahagian 1
Hari ini genap satu tahun, lima bulan dan dua puluh hari Hanis menyukai dia.
Dia yang tampan, pintar, lembut berkata- kata, menarik, bergaya, hebat bersukan, berkarisma, hebat berpidato, handal dalam seni mempertahankan diri dan berbakat dalam segala hal yang Hanis tak dapat fikir untuk senaraikan di sini. Sebab itulah, Hanis cuma sukakan dia dari jauh.
Siapa dia? Mohd Amsyar Jauhari atau nama panggilannya di mana- mana, King.
Kenapa? Entah. Rasanya dia tak ada kaitan dengan mana- mana kerabat pun.
Tapi nama itulah yang dipanggil oleh semua orang, termasuklah Hanis sendiri.
Pertemuan mereka lebih dari cerita dalam novel atau drama. Pernah tengok dalam drama Korea, hero terlanggar heroin dan mereka saling bertentang mata? Tak, bukan itu situasinya di sini. Dalam cerita ini, Hanis yang pada masa itu belajar di Tingkatan Empat tergesa- gesa mencari guru untuk menghantar kerja rumah telah terlanggar King dan hampir terjatuh tangga. Nasib baik King yang menyelamatkan Hanis dengan menarik tangannya, Tapi, selepas menarik, King seperti melempar dia ke tepi dinding, di mana dia terlanggar dan hidungnya berdarah. Kata- kata King selepas itu:
“Jalan pakai lutut, sebab itulah buta! Mujur tak mati tadi!”
Selepas itu, King terus berjalan seperti tidak ada apa pun yang berlaku. Hanis pula terjelepok di dinding, merenung belakang King dengan penuh perasaan. Hanis sudah jatuh cinta!
Sejak Hanis sedar akan perasaannya, Hanis seperti dapat melihat King di mana- mana. Semasa di perpustakaan, boleh nampak King juga sedang belajar di kerumuni sekumpulan gadis dan beberapa orang pelajar lelaki yang mengaguminya. Semasa makan di kantin, dia nampak King juga sedang makan dan dikerumuni oleh mereka yang sama. Semasa berada di padang untuk bersukan, dia nampak King sedang bersukan dan mereka itu berada di tepi padang untuk bersorak. Cuma yang dia tidak pasti adakah mereka juga mengikut King ke tandas kerana dia tidak pernah masuk tandas lelaki.
Hari demi hari, perasaan Hanis kepada King semakin menebal. Tapi, Hanis seorang yang pemalu. Dia cuma memendamkannya di dalam hati. Lagipun, siapalah dia berbanding King.
Sekarang, Hanis belajar di Tingkatan Lima. Selain bertungkus- lumus untuk bersedia bagi menghadapi peperiksaan SPM, Hanis juga sibuk dengan aktiviti Kelab Seni. Ahlinya cuma seramai sepuluh orang tetapi mereka banyak mendapat aktiviti untuk dilakukan di sekeliling sekolah. Salah satunya ialah melukis mural di dinding- dinding sekolah.
Hari ini, Hanis dan ahli- ahli lain akan melukis mural di dalam stadium. Awal pagi lagi Hanis sudah bergegas untuk sampai awal kerana dia perlu melakukan persiapan sebelum mereka boleh melukis. Itu ialah tugasnya sebagai Ketua Kelab. Ketika Hanis masuk ke stadium, ruang penonton suku penuh dan ahli kelab bola keranjang sedang berlatih. Hanis mengeluh. Dia tahu kenapa ramai penonton.
King ada di tengah gelanggang.
Dengan berat hati, dia mengalih pandangan dari King dan melakukan persiapan untuk aktiviti kelabnya nanti. Selepas lima belas minit, seorang demi seorang ahli datang. Mereka mula melukis di sebalik hiruk pikuk jeritan penonton di dalam stadium.
“Hebatkan dia?” tegur Jaafar, setiausaha kelab. Dia dan Jaafar berada agak jauh dari ahli- ahli kelab yang lain.
“Siapa?” Hanis pura- pura tidak mengerti.
“King,” Jaafar melihat ke arah penonton.
“Mereka datang pun sebab dia.”
“Belum tentu lagi,” tingkah Hanis.
“Kau pun asyik pandang dia,” sambung Jaafar.
Pucat wajah Hanis memandang Jaafar tetapi anak muda itu cuma tersenyum tawar.
“Aku dah lama kenal kau Hanis, mestilah aku tahu.”
Hanis mencebik, kembali mewarna dinding untuk menyiapkan mural. Tiba- tiba terasa pipinya basah. Dia mengesat dan mendapati jarinya biru. Jaafar tersengih dengan berus yang tercelup cat biru di tangan.
Hanis menghela nafas sebelum mengecat hidung Jaafar dengan warna kuning di berusnya. Hanis ketawa melihat reaksi Jaafar tapi tawanya tidak lama apabila Jaafar pula mengecat rambutnya. Selepas itu telinga Jaafar berwarna kuning, hujung hidung Hanis berwarna biru dan rambut Jaafar berwarna kuning. Mereka berhenti apabila terasa aura yang sangat marah di belakang mereka.
“Ketua, Jaafar, kerja mesti disiapkan cepat!” kata Mei Ling, Penolong Ketua dengan nada mendatar tapi mempunyai nada amaran yang keras.
Hanis dan Jaafar cepat- cepat kembali menyambung kerja.
Namun, Hanis dan Jaafar tidak sedar ada mata lain yang memerhatikan mereka dengan rasa tidak senang.
*bersambung*

Perasmian Blog
Post pertama n_n
Moga banyak lagi post selepas ini.
.....
.....
...
.
*pendeknya ucapan*
Moga banyak lagi post selepas ini.
.....
.....
...
.
*pendeknya ucapan*
Subscribe to:
Comments (Atom)